01 April 2013

MYDIN Hypermarket Bandar Jasin Bistari

MYDIN Bandar Jasin Bistari ini merupakan cawangan Mydin yang ke-4 di Melaka

JASIN- Mydin Hypermarket berharga kira-kira RM60 juta kini beroperasi di Bandar Jasin Bistari, Melaka dan kira-kira 7,000 warga Jasin dan lokasi berhampiran. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, pada 30 Mac 2013.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Wira Dr. Ameer Ali berkata, Mydin Bandar Jasin Bistari merupakan cawangan Mydin Hypermarket kedua di Melaka selepas Mydin MITC dan ke-12 yang juga merupakan rangkaian ke-101 di Malaysia.

Katanya, pembukaan Mydin Bandar Jasin Bistari bakal menjadi alternatif destinasi membeli-belah untuk warga Jasin, Tangkak, Segamat atau Muar, bahkan ia bakal menjadi katalis pembangunan sosio-ekonomi setempat di samping memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 300 anak tempatan.

"Kewujudan Mydin Hypermarket di ini juga adalah sebagai melaksanakan sebahagian dari Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kerana ia bertujuan menambah baik taraf hidup rakyat kerana CSR tidak terhad hanya sekadar sumbangan kewangan atau barangan, bahkan pengertian CSR adalah jauh lebih luas termasuk dalam bentuk perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai," ujarnya.

Mydin, Pengerusi dan Pengasas Mydin Mohamed Holdings Berhad menyerahkan cenderamata berupa tulisan khat kepada Pengurus Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bistari, Zulkarnain Baharom sebagai simbolik semasa Majlis Pra-Perasmian

Beliau berkata demikian di Majlis Pra-Perasmian Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bistari yang disempurnakan oleh Pengerusi/Pengasas Mydin Mohamed Holdings Berhad,

Majlis perasmian oleh Ketua Menteri pada 30 Mac lalu, dianggarkan lebih 7,000 warga Jasin 'berkampung' di pusat beli belah berkenaan yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti ke arah mengeratkan lagi jaringan hubungan dengan komuniti setempat.

Diharap dengan pembukaan Mydin Hypermarket baru ini akan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi Jasin/setempat dan membuka lebih banyak lagi usaha penggerak ekonomi untuk memajukan lokasi berkenaan, serta Melaka secara amnya.

Ameer bersama warga kerja Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bistari

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin beramah mesra bersama pelanggan di MYDIN Bandar Jasin Bestari.

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin memegang ikan salmon di Majlis Perasmian MYDIN Bandar Jasin Bestari

Orang ramai membeli keperluan harian di Mydin Jasin.. Mengapa bayar lebih? Belilah dengan harga borong!! 

Sebahagian dari orang ramai yang datang membeli-belah sempena pembukaan Mydin Hypermarket Bandar Jasin Bistari



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

2 comments:

Razil Tahir said...

suka gi mydin... :)9

En Azman said...

RM100 Melaka Homestay 0123736548
http://jasinhomestay.blogspot.com/