30 March 2013

Menara Persekutuan Melaka

Pusat Khidmat Sehenti Permudah Urusan Rakyat

 Menara Persekutuan prasarana canggih, menempatkan 24 Jabatan

AYER KEROH- Pembinaan Menara Persekutuan Melaka di lokasi strategik pusat perbandaran terancang di MITC adalah jelas membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak, sentiasa mendahulukan rakyat dalam segala sudut termasuk penyediaan prasarana yang canggih untuk manfaat rakyat di negeri ini.

Pembinaan Menara Persekutuan Melaka setinggi 21 tingkat dan menempatkan 24 Jabatan adalah satu lagi terjemahan kepada transformasi Perkhidmatan Awam yang digerakkan oleh Perdana Menteri, sekaligus mencerminkan iltizam Kerajaan untuk merealisasikan setiap perancangan kepada tindakan yang pastinya akan memberikan limpahan manfaat kepada rakyat.

Kewujudan Menara Persekutuan Melaka setinggi 21 tingkat yang menempatkan 24 Jabatan juga turut menjadi ikon kebanggaan rakyat Melaka seiring dengan status Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau yang menjadi katalis kepada kemajuan masa depan Melaka yang lebih gemilang.

Pembinaan Menara Persekutuan Melaka berharga RM208 juta ini turut menyaksikan Kerajaan telah mengotakan janjinya serta melambangkan kelangsungan agenda transformasi negara dalam menjaga kebajikan penjawat awam di Melaka dengan menyediakan kemudahan yang selesa supaya dapat terus menyumbang perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Dengan adanya Menara Persekutuan Melaka, ia bukan sahaja mempermudahkan urusan rakyat dengan agensi Kerajaan, malah pelanggan (rakyat) turut menikmati pelbagai kemudahan serba canggih, seterusnya menjadikan urusan dengan agensi Kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.

Panorama indah Menara Persekutuan Melaka yang mempamerkan sentuhan seni bina kontemperari seiring agenda transformasi negara ke arah 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' yang lebih efisen

Kini terdapat seramai 1,050 kakitangan yang bertugas di Menara Persekutuan Melaka membabitkan 24 Jabatan iaitu :-


Jabatan Kemajuan Masyarakat Melaka (ARAS 2);

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional;
Pusat Khidmat Kontraktor;
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja;
Jabatan Perhubungan Perusahaan serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (ARAS 3);

Jabatan Tenaga Kerja dan Biro Tatanegara  (ARAS 4);

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Melaka (ARAS 5);

Jabatan Bantuan Guaman (ARAS 6);

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (ARAS 6,7 & 8);

Arkib Negara Malaysia Melaka (ARAS 8);

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Bahagian Audit Sekolah (ARAS 9);

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka (ARAS 10);

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Melaka (ARAS 10);

Jabatan Insolvensi Malaysia (ARAS 12);

Majlis Keselamatan Negara (ARAS13);

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (ARAS 14);

Jabatan Penerangan Negeri Melaka (ARAS 14, 15 & 16);

Jabatan Hal Ehwal Khas- JASA (ARAS 15 & 16);

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara –PERHILITAN (ARAS 18);

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (ARAS 20) dan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (ARAS 18, 19 & 20).

Apa yang jelas, Menara Persekutuan Melaka yang dibina dengan sentuhan seni bina kontemperari juga adalah bukti kesungguhan Kerajaan dalam melaksanakan usaha berterusan 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' demi memastikan rakyat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Kerajaan untuk terus memberi khidmat bakti terbaik.

Majlis Perasmian Menara Persekutuan Melaka yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak tentunya akan membuka lembaran sejarah baru kepada sektor Perkhidmatan Awam.

Menara Persekutuan Melaka terletak di lokasi strategik pusat perbandaran terancang MITC
  


p/s: Selepas ini diharap lebih banyak lagi pembinaan menara2 yang menjadi mercu tanda kejayaan dan kemajuan negeri Melaka, terutama dari pihak swasta/korporat seperti Maybank, CIMB, Tabung Haji, PETRONAS, TM, TNB, syarikat telekomunikasi, multinasional dll


Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

No comments: