Replika Kapal Laksamana Cheng Ho
MENARIK... Sebuah replika kapal Laksamana Cheng Ho yang diletakkan
berhampiran Jonker Walk berdekatan dengan Hard Rock Cafe Melaka menjadi satu imbasan
sejarah apabila pelancong melalui kawasan itu.
Replika berkenaan dibina bersempena Ulang Tahun ke-608 Pelayaran
Laksamana Cheng Ho dimana namanya terpahat dalam mata pelajaran Sejarah kerana
membuka jalan hubungan diplomatik dua negara, Melaka dan China adalah seorang
pelayar Islam legenda pada kurun ke-15.
Dikenali sebagai Ma He pada awalnya, beliau dilahirkan pada tahun
1371 dalam sebuah keluarga Cina Islam etnik Hui yang miskin.
Kunjungan bapa dan datuknya ke Mekah untuk menunaikan haji,
telah menyumbang kepada pendidikan Cheng Ho sejak awal.
Beliau membesar dengan fasih bertutur dalam bahasa Arab selain
bahasa ibundanya, serta belajar mengenai dunia sehingga ke Barat dan geografi
serta budayanya.
Bertugas sebagai pekerja istana ketika berusia 10 tahun, Cheng
Ho ditugaskan menjadi pengiring Duke Yan, yang kemudian dinobat sebagai Maharaja
Yong Le yang memerintah di Dinasti Ming.
Beliau mengiringi Yan dalam banyak siri kempen ketenteraan yang
membawa kejayaan dan memainkan peranan penting dalam menakluk Nanjing ,
ibu negara China
ketika itu. Beliau kemudian dianugerahkan pangkat tinggi dalam istana dan
diberi nama keluarga Zheng.
Maharaja Yong Le berusaha menaikkan imejnya dengan
menghantar pegawainya belayar dan tugas nakhoda pelayaran diserahkan kepada
orang kepercayaannya, Cheng Ho.
Sebuah kapal besar dengan sembilan tiang layar dan dikemudi 500
anak kapal pada setiap satunya, memulakan pelayaran pada Julai 1405 iaitu
kira-kira 50 tahun sebelum Columbus menemui Amerika Syarikat.
Laksamana Cheng Ho merupakan seorang pelayar Islam legenda, pada kurun ke-15
Kebanyakan kapal dibina di Teluk Naga berhampiran Nanjing ,
dan peninggalannya masih boleh dilihat sehingga hari ini. Armada pertama Cheng
Ho termasuk 27,870 pekerja di atas 317 kapal termasuk kelasi, kerani,
penterjemah, askar, pakar perubatan dan pakar kaji cuaca. Mereka membawa kuantiti
besar kargo termasuk sutera, emas, perak, peralatan tembaga serta barangan
kapas.
Armada itu berlayar ke Champa berhampiran Vietnam
dan selepas melepasi Laut China Selatan, ia melawat Jawa, Sumatera dan sampai ke Sri
Lanka dengan melepasi Selat Melaka.
Dalam perjalanan pulang, ia belayar di sepanjang pantai
Barat India dan
tiba pada tahun 1407. Pada musim luruh 1413, Cheng Ho meneruskan pelayaran
dengan 30,000 ahli rombongan ke Arab dalam pelayarannya yang keempat dan paling
penting.
Ketibaan armada diketuai Cheng Ho itu mencetuskan sensasi di
rantau itu dan 19 negara menghantar duta menaiki kapalnya dengan hadiah untuk
Maharaja Yong Le.
Pada tahun 1417, selepas dua tahun di Nanjing
dan melawat bandaraya lain, pembesar asing itu diiringi pulang oleh Cheng Ho sendiri.
Dalam pelayaran itu, beliau mengunjungi pantai Timur Afrika, berhenti di Mogadishu , Matindi,
Mombassa dan Zanzibar serta berkemungkinan
besar sampai ke Mozambique .
Maharaja Yong Le meninggal dunia pada tahun 1424 sejurus selepas
Cheng Ho kembali dari pelayarannya yang keenam. Pada tahun 1430, beliau masih
lagi dipercayai mengetuai armada untuk kali ketujuh dan juga terakhir.
Pada usia 60 tahun, Cheng Ho melawat semula Teluk Parsi,
Laut Merah dan Afrika. Beliau meninggal dunia di India
dalam perjalanan pulang pada tahun 1433.
Replika kapal ini dibina bersempena dengan Ulang Tahun ke-608 Pelayaran Laksamana Cheng Ho...
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City
No comments:
Post a Comment