10 April 2013

Melaka Terima Lebih 500,000 Pelancong Kesihatan Sepanjang Tahun 2012

Meningkat 9.3 Peratus

AYER KEROH- Melaka telah menerima sejumlah 526,491 orang pelancong kesihatan sepanjang Januari hingga Disember 2012 dengan mencatatkan peningkatan seramai 44,639 orang atau 9.3 peratus berbanding 481,852 orang dalam tempoh yang sama tahun 2011.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan(BPP), Abd Kadir Md Idris berkata, Laporan Eksklusif Bilangan Pelancong 2012 bertarikh 30 Januari 2013 mencatatkan seramai 431,139 orang pelancong kesihatan domestik (81.9 peratus) telah mendapatkan rawatan di tiga buah hospital swasta utama di Melaka, manakala seramai 95,352 orang adalah pelancong kesihatan asing.

Indonesia menjadi penyumbang utama kemasukan pelancong kesihatan asing dengan seramai 87,953 orang atau 92.2 peratus dari jumlah keseluruhan pelancong kesihatan asing yang datang sepanjang tahun 2012. LTAM Batu Berendam menjadi salah satu pintu masuk utama kedatangan pelancong kesihatan dari Indonesia.


Melaka juga turut menerima kedatangan pelancong kesihatan asing termasuk dari Singapura; China; Bangladesh serta beberapa Negara Timur Tengah.

Sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2012, Mahkota Medical Centre Melaka menerima kedatangan seramai 283,762 orang pelancong kesihatan (peningkatan sebanyak 12,571 orang atau 4.6 peratus) berbanding seramai 271,191 orang pada tahun 2011.

Putra Specialist Hospital Melaka

Manakala, Putra Specialist Hospital Melaka telah mencatatkan peningkatan yang agak memberangsangkan dengan mencatatkan seramai 136,966 berbanding 112,096 orang pada tempoh yang sama tahun 2011 (peningkatan seramai 24,870 orang atau 22.2 peratus).

Manakala Hospital Pantai Melaka menerima seramai 105,763 orang pelancong kesihatan pada tahun 2012 berbanding 98,565 orang pada tahun 2011 (meningkat 7,198 orang atau 7.3
peratus).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama seorang pelancong kesihatan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka(LTAM) dari, Sumatera Indonesia...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

No comments: