31 October 2012

Hang Tuah City Hotel Melaka

Berkonsepkan Suite Apartment, Saji Menu Asli Melaka
Hang Tuah City Hotel menawarkan 81 bilik penginapan

BUKIT PALAH, MELAKA- Hang Tuah City Hotel kerap menjadi destinasi pilihan menginap bagi pelanggan berkumpulan serta berkeluarga sesuai dengan konsep suite apartment yang ditawarkan oleh hotel bertaraf 3 bintang berkenaan. Hang Tuah City Hotel Melaka ini terletak di No.1 Jalan Malinja, Taman Malinja, Bukit Baru, 75150 Melaka Bandaraya Bersejarah.

Terletak di lokasi strategik yang dihubungkan dengan jajaran Lebuh Raya AMJ dan jalan utama menuju ke pusat Bandaraya, Hang Tuah City Hotel kini menampilkan imej serba baru yang menjanjikan khidmat lebih berkualiti dan selesa kepada pelanggan.

Selain menawarkan bilik penginapan serba eksklusif, kami juga sering menerima tempahan bagi penganjuran majlis-majlis keramaian termasuk BBQ, buffet makan tengah hari dan makan malam, khususnya dari kumpulan pelajar luar negara seperti Singapura, Taiwan, Hong Kong serta Jepun yang mahu menikmati sajian menu asli Melaka berserta ulam tempatan,” ujar Pengurus Besar Hang Tuah City Hotel, Mohd Jamilz Ab Wahab.

Beliau memberitahu, Hang Tuah City Hotel Melaka menawarkan bilik penginapan termasuk Superior suites, Farmosa suites, Apartment dan Deluxe, selain Hang Tuah Coffee House serta bilik persidangan yang mengabadikan nama-nama tokoh tersohor seperti Dewan Tun Sri Lanang, Dewan Dang Anum dan Dewan Hang Li Po.

Menjelang cuti sekolah ini, kami juga turut menawarkan pakej istimewa kepada pelajar pada harga serendah RM50 seorang termasuk sarapan pagi,” ujar Mohd Jamilz. Maklumat lanjut tentang Hang Tuah City Hotel, hubungi 06-2841166 atau layari www.HangTuahHotel.com.my atau email reservations@HangTuahHotel.com.my.

 Petugas di kaunter sedang melayan pelanggan yang membuat tempahan bilik penginapan

Suasana di bilik penginapan di Hang Tuah City Hotel

Hang Tuah Coffee House

Suasana hijau dari arah kolam renang yang sering jadi lokasi penganjuran aktiviti keramaian, termasuk BBQ

 Map ke Hang Tuah City Hotel Melaka



Hang Tuah City Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

30 October 2012

Casa del Rio Melaka

Penginapan Serba Mewah
BANDARAYA MELAKA- Casa Del Rio Melaka adalah pilihan paling tepat bagi anda yang mahukan penginapan serba mewah dan eksklusif sejajar dengan status 5 bintang hotel butik berkenaan yang terletak No.88 Jalan Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia mengadap panorama indah Sungai Melaka penuh bersejarah!

Menampilkan ciri bangunan agak unik berkonsepkan Mediterranean yang turut menggabungkan kehebatan sentuhan seni bina Melaka, China, Arab, Portugis serta Belanda, hakikatnya kewujudan Casa Del Rio telah menjadi ikon kebanggaan Melaka yang diletakkan di tangga ke 28 dari 45 tempat yang mesti dilawati tahun ini oleh The New Yorks Times terbitan 6 Januari 2012.

Casa Del Rio Melaka menawarkan 66 bilik penginapan mewah yang menampilkan ciri-ciri sentuhan dekorasi dan fasaliti yang berbeza pada setiap bilik.

Selain menawarkan bilik penginapan serba mewah, Casa Del Rio juga menyajikan panorama yang cukup indah dari jendela bilik penginapan yang mengadap sungai. Ianya cukup mengujakan, terutama di waktu malam!

Setelah penat jalan-jalan di Jonker Walk atau melawat pelbagai produk pelancongan sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO, anda juga boleh merehatkan badan seketika di Satkara Spa yang menawarkan teknik urutan tradisional seperti Shiatsu, Lomi Lomi, Thailand, Bali atau Sweden.

Kelainan juga dapat anda rasakan bila melangkah masuk ke Bar Rio, River Cafe atau River Grill bagi menikmati sajian makan malam atau sekadar minum petang dengan pelbagai pilihan menu antarabangsa atau tempatan.

Setanding dengan statusnya sebagai hotel butik 5 bintang, Casa Del Rio Melaka telah mendapat Anugerah Go Green pada 8 September 2012 (Pertandingan Kebersihan dan Amalan Hijau Melaka 2012) serta Hotel Club Awards (Finalist in Best Hotel to Experience UNESCO Sites) dari Kementerian Pelancongan.

Maklumat lanjut hubungi talian 06- 2896966/2896888 atau CasadelRio-Melaka-com.

Diantara bilik penginapan mewah di Casa Del Rio

  Deluxe Room

Balcony

Intai Panorama Indah Di Muara Sungai Melaka

Ballroom KD Hang Tuah di Casa Del Rio Melaka

Meeting Room di Casa Del Rio Melaka 

Lokasi Casa Del Rio di pinggir Sungai Melaka menjanjikan suatu panorama yang cukup mengujakan

Suasana yang cukup mendamaikan di suatu sudut yang terdapat di Casa Del Rio Melaka

Beraneka sajian termasuk steamboat boleh dinikmati di River Café

River Grill di Casa del Rio Melaka

Pemandangan indah Casa Del Rio Melaka dari arah Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka



Casa del Rio Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

29 October 2012

d'Village Resort Melaka

Saji Suasana Kampung
d'Village Resort turut menyediakan kemudahan bagi program seminar dan acara keramaian lain

AYER KEROH- Deretan rumah-rumah tradisional Melayu di celah-celah kehijauan pokok-pokok merimbun tentunya menjadi buruan sesiapa sahaja yang mendambakan suasana penginapan berkonsepkan kampung yang serba serbinya cukup mendamaikan!

d'Village Resort Melaka tidak sekadar menjadi pilihan bagi penganjuran seminar atau mesyuarat serta majlis-majlis keramaian, bahkan ia turut dilengkapi dengan pakej penginapan yang cukup ideal sesuai dengan citarasa anda. Pengurus Operasi d'Village Resort Melaka, Haidil Azreen Zakaria berkata, konsep penginapan ala-kampung merupakan identiti yang diketengahkan oleh pihak pengurusan resort berkenaan.

"Bagi mereka yang rindukan suasana kampung, mungkin anda boleh merasainya di d'Village Resort yang terletak di lokasi strategik pintu masuk menuju ke bandaraya serta dikelilingi pelbagai tarikan produk pelancongan di sekitar Ayer Keroh, Melaka" ujarnya.

Katanya, d'Village Resort menyediakan 218 bilik sama ada mahu menginap di chalet atau motel, di samping dewan bankuet dan bilik mesyuarat serta kemudahan lain untuk keselesaan pelanggan. Untuk Chalet, ujarnya lagi, ia terdapat dua pilihan Standard Chalet atau Family Chalet, manakala terdapat tiga pilihan bagi yang berhasrat menginap di Motel iaitu Standard Room; Superior Room dan Family Room.

Maklumat lanjut mengenai d'Village Resort Melaka, hubungi talian 06-232800 atau layari www.dVillage.com.my.

Suasana di Standard Chalet

Deretan chalet di d'Village Resort Ayer Keroh Melaka

Mentari Cafe menyediakan beraneka sajian tempatan dan ala-carte

Family Chalet di d'Village Resort



d' Village Resort Ayer Keroh Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

28 October 2012

Hotel Naza Melaka

Saji Menu Istimewa Termasuk Nyonya Chicken Pongteh
Hotel Naza Talyya Melaka di Jalan Tun Ali 

BANDARAYA MELAKA- Selain menawarkan perkhidmatan dan layanan yang kondusif sebagai jaminan kepada setiap pelanggan yang bermalam di Hotel Naza Talyya Melaka, hotel yang terletak di Jalan Tun Ali dan pernah dianugerahkan Best Tour Programe 2010/2011 oleh Tourism Malaysia juga sebenarnya memiliki keistimewaan tersendiri yang menyebabkannya kerap menjadi buruan pelancong. 

Selain menawarkan pilihan bilik yang pelbagai sama ada superior room (32 unit); Deluxe Room (40 unit); Deluxe King (8 unit); Family Room (16 unit); Junior Suite (8 unit) dan Executive Suite (8 unit); Hotel Naza Talyya bertaraf 3 bintang juga adalah pilihan para penggemar makanan asli Melaka seperti Asam Pedas Naza; Portuguese Baked Fish; Nyonya Chicken Pongteh dan Siamese Chicken Paprik sebagai menu sajian tengah hari di D'Cafe.
Katanya lagi, hotel berkenaan juga turut menawarkan sajian kambing panggang untuk majlis-majlis keramaian mengikut citrasa pelanggan pada harga berpatutan serendah RM950 seekor! 

Gambar dihadapan Hotel Naza Melaka

"Sajian berkenaan dianggap pelengkap kepada setiap permintaan pelanggan yang bermalam di sini. Inilah antara kelainan yang kami tawarkan kepada setiap pelanggan dan ternyata respon dari mereka begitu memberangsangkan. Mereka kata menu itu cukup istimewa dan lain dari yang lain," ujar Pengurus Hotel Naza Talyya Melaka, Abu Hassan Ismail. Katanya, selain mengutamakan aspek kualiti perkhidmatan, team pengurusannya juga sentiasa mencari identity tersendiri bagi memastikan Hotel Naza Talyya Melaka terus dekat di hati pelanggan seiring dengan moto : 'Comfort Withnin Reach'.

Abu Hassan memberitahu, penginapan di hotel berkenaan dirasakan tidak lengkap tanpa mempelawa pelanggan menyertai beberapa pakej istimewa untuk mengenali Melaka secara lebih dekat memalui program 'Dine on the cruise' (dengan kerjasama Melaka River Cruise); 'Sleep over the museum' (dengan kerjasama PERZIM) atau 'Taming Sari stay package'. 

"Visi kita bukan sekadar mahu menjadikan Hotel Naza Talyya pilihan utama pelancong menginap, malah kami mahu mendekatkan lagi Melaka di hati mereka menerusi perkhidmatan kelas pertama, sajian makanan dan pakej jalan-jalan," ujarnya. 

Anda merancang bermalam di Hotel Naza Talyya Melaka, hubungi talian 06-2882288 ATAU layari www.NazaHotels.com.

Hotel Naza Melaka menawarkan beraneka menu termasuk masakan barat dan sajian tempatan

D'Cafe di Hotel Naza Talyya Melaka

Hotel Naza Talyya Melaka menawarkan beberapa jenis bilik termasuk Execuite Suite

Ballroom yang menjadi pilihan bagi penganjuran majlis keramaian

Team pengurusan Hotel Naza Talyya Melaka 



Naza Talyya Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

27 October 2012

Puteri Resort Melaka

Tawar Pakej Kembara Alam Semulajadi
 Suasana damai bermalam di Puteri Resort Hotel

AYER KEROH- Menginap di Puteri Resort Hotel Melaka, anda tidak sekadar berpeluang menikmati kedamaian suasana desa, malah anda juga sebenarnya berkesempatan menjelajah kehijauan belantara dan merasai pelbagai aktiviti lasak yang pastinya mencabar kekuatan fizikal dan mental.

Marina...Perkenalkan eco-tourism
Pengurus Besar Puteri Resort Hotel, Marina Harun memberitahu, hotel berkenaan kini menjadi pilihan para pengemar aktiviti lasak, team building dan pelancongan eco untuk menganjurkan program atau seminar dari seluruh negara membabitkan pihak korporat, agensi kerajaan, NGO dan persendirian. 

Katanya lagi, perlantikan Puteri Resort Hotel sebagai panel Jabatan Standard Malaysia sebagai venue untuk team building dan eco-tourism memberi banyak kelebihan kepada resort berkenaan, sekaligus menjadi pelengkap ke arah menjadikan Puteri Resort Green Hotel ‘Melaka Tree Top’ menjelang tahun 2014.

Selain menawarkan 228 bilik penginapan terdiri dari Junior Suite (14 unit); Superior (14 unit) dan 200 Deluxe, Puteri Resort Melaka turut menyediakan pelbagai pakej team building dan outdoor seperti dry telematch; wet telematch; treasure hunt; obstacle; achery; night walk; compass marching; pond rafting; explorace serta night jungle trekking.

“Semua aktiviti dikendalikan jurulatih professional iaitu Kapt.(B) Mohd Noorizan Mohd Yunos, termasuk aktiviti paintball terbuka berkonsepkan ‘jungle war’,” ujar Marina. 

Katanya, pelanggan juga mempunyai banyak pilihan menjamu selera di Dayang Cafe atau menikmati sajian istimewa Chicken Rice Ball berkosepkan warung setiap hari Jumaat dan Sabtu. Marina memberitahu, Puteri Resort Hotel Melaka turut menawarkan pakej jalan-jalan bagi memudahkan pelanggan menerokai keunikkan produk-produk pelancongan lain di Melaka serta mengadakan promosi bersama dengan Ayer Keroh Country Club(AKCC) kepada pelanggannya yang berminat bermain golf.

Hubungi 03-33747777 atau layari www.PuteriGarden.com untuk mendapatkan maklumat lanjut penginapan di Puteri Resort Hotel Ayer Keroh Melaka..

Bilik superior yang terdapat di Puteri Resort Hotel

Chicken Rice Ball hidangan istimewa setiap Jumaat dan Sabtu

Paintball berkonsepkan ‘Jungle war’ menguji ketahanan mental dan fizikal

Aktiviti ‘high rope’ pada ketinggian 10 meter pastinya memberi pengalaman baru kepada pengunjung

Aktiviti berkayak menjadi antara pakej sukan lasak yang terdapat di hotel berkenaan




Puteri Resort Hotel Ayer Keroh Malacca / Melaka Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

26 October 2012

Arenaa De Luxe Hotel Melaka

Stylish And Elegant...
Arenaa De Luxe Hotel di Jalan Ujong Pasir Melaka 

BANDARAYA MELAKA- Suasana mewah dan eksklusif pastinya dapat anda rasai apabila memilih Arenaa De Luxe Hotel sebagai tempat penginapan sebelum meneruskan pengembaraan menikmati keunikan panorama di sekitar Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO yang kaya dengan khazanah peninggalan bersejarah serta produk-produk pelancongan menarik.

Hotel butik bertaraf 3 bintang ini memberikan pilihan bilik-bilik penginapan eksklusif bergantung kepada bajet anda, sama ada Superior Room; Deluxe Room; Premier Room; Family Room atau Presidential Suite yang menampilkan kelainan dekorasi dan fasiliti pada setiap bilik. 

Seni reka dan sentuhan gaya klasik yang cukup eksklusif adalah imej yang dijemlakan oleh Arenaa De Luxe Hotel yang terletak di Jalan Ujong Pasir Melaka, Malaysia. Arenaa De Luxe Hotel juga dilengkapi lounge untuk beristirehat sambil menikmati muzik; gynasium; bilik mesyuarat serta cafe yang menyajikan hidangan tempatan dan barat.

Arenaa De Luxe Hotel turut menawarkan pakej jalan-jalan, membeli belah serta makan-makan kerana lokasinya yang strategik sudah pasti mampu membawa anda ke destinasi diingini sama ada ke Mahkota Parade; Dataran Pahlawan Melaka Megamall; Jonker Walk atau ke tapak warisan dunia UNESCO serta menikmati hidangan lazat makanan Portugis di Portuguese Settlement Melaka; Restoran Nyonya; Sate Celup di Jalan Ong Kim Hwe serta ikan bakar di Serkam dan Umbai.

Arenaa De Luxe Hotel pastinya bakal melengkapkan pelancongan anda ke Melaka dengan momen indah yang berpanjangan. Maklumat lanjut hubungi talian 06-2883399 atau email: inquiry@ArenaHotels.com.my.

Hotel butik yang elegan dengan intipati mewah yang terletak strategik di tengah-tengah Melaka Bandaraya Bersejarah, menawarkan 82 bilik yang direka khas untuk keselesaan...

 Ruang mewah di Presidential Suite

Sentuhan gaya klasik yang cukup eksklusif…

 Cafe di Arenaa De Luxe Hotel



Arenaa De Luxe Hotel Malacca / Melaka Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

25 October 2012

Marvelux Hotel Melaka

Tampil Suasana Penginapan Hijau
 Ikon Baru Di Taman Kota Laksamana Utama

KOTA LAKSAMANA- Suasana penginapan yang bercirikan kehijauan alam semula jadi adalah antara kelainan yang dapat dirasai sebaik anda melangkah masuk ke lobi Marvelux Hotel, terletak di No.6 Jalan KLU 1, Taman Kota Laksamana Utama, 75200 Melaka Malaysia yang turut menjadi mercu tanda baru di kawasan pertumbuhan perniagaan berkenaan. Suasana hijau tidak hanya di lobi, bahkan turut diadaptasikan di bilik penginapan serta beberapa sudut lain bagi memberikan suntikan suasana lebih tenang dan damai kepada pelanggan yang menginap di hotel 3 bintang tersebut.

Dengan keseluruhan 100 bilik penginapan, Marvelux Hotel Melaka menawarkan pelbagai pilihan bilik sama ada mahu bermalam di Family Suites (8 unit); Deluxe Room (8 unit) dan 84 unit Superior Room. Bilik persidangan dan seminar turut melengkapi kemudahan yang ditawarkan di Marvelux Hotel, selain pusat kecergasan yang dilengkapi fasiliti gynasium serba moden serta taman mini yang dihiasi pepohon hijau sambil menikmati panorama indah di Selat Melaka yang terbentang luas saujana mata memandang!

Di Mar’cious Cafe, beraneka sajian disediakan untuk menjamu selera sama ada menu tempatan atau antarabangsa. Dengan lokasinya yang strategik berhampiran tapak Warisan Dunia UNESCO, Marvelux Hotel Melaka turut menawarkan perkhidmatan shuttle jika anda berhasrat jalan-jalan di Jonker Walk; rangkaian muzium PERZIM; melihat panorama indah Bandar raya dari Menara Taming Sari; menjelajahi keunikan Sungai Melaka penuh bersejarah dengan Melaka River Cruise atau membeli belah di Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade!

Berhasrat bermalam di Marvelux Hotel Melaka, hubungi talian 06-2818888 atau layari www.MarveluxHotel.com atau reservation@marveluxhotel.com untuk tempahan secara atas talian.

Kehijauan alam semula jadi dapat dirasai sebaik anda melangkah masuk ke lobi di Marvelux Hotel

Family Suite Marvelux Hotel Melaka

 Banquet Style di Marvelux Hotel

Taman mini yang dihiasi pepohon hijau sambil menikmati panorama indah di Selat Melaka...



Marvelux Hotel Malacca / Melaka Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com

24 October 2012

Bayview Hotel Melaka

Dengan Gaya Penginapan Mewah…
Bayview Hotel Melaka di Jalan Bendahara popular sebagai pilihan untuk penginapan dan penganjuran M.I.C.E.

BANDARAYA MELAKA- Bayview Hotel Melaka, Malaysia tidak sekadar menawarkan bilik penginapan serba selesa, bahkan ia turut menjadi pilihan kepada penganjuran berbagai aktiviti M.I.C.E.(MeetingsIncentivesConventionsExhibitions) yang cukup ideal buat pelanggannya.

Bayview Hotel Melaka bertaraf 4 bintang terletak di Jalan Bendahara menyediakan 192 bilik penginapan dari Deluxe, Studio atau Presidential Suites yang dilengkapi pelbagai kemudahan serba mewah

Kayangan Ballroom di tingkat 5 merupakan Pusat Konvensyen yang sesuai bagi penganjuran berbagai acara berskala besar, selain enam bilik lain iaitu Bilik Aman Room; Bilik Damai; Bilik Putera; Bilik Puteri; Bilik Impian dan Indah bagi tujuan seminar atau mesyuarat. 

Keseronokan penginapan di Bayview Hotel Melaka kian terasa apabila anda berpeluang menikmati hidangan antarabangsa dan tempatan sama ada di The Palette Café sambil menghadap ke kolam renang atau di Restoran Cina Southern Court bagi sajian masakan Kantonis dan Szechuan atau sekadar meneguk secawan kopi sambil menikmati muzik di Star Cups Coffee Club dan Lobby Lounge.

Di Bayview Hotel Melaka, anda juga berpeluang memanfaatkan masa berharga anda bersama keluarga di DoReMi KTV yang menyediakan 10 bilik eksklusif berkonsepkan dekorasi Thai, Japanese, Chinese, English dan French dengan lebih 30,000 lagu pelbagai gerne muzik

Bayview Hotel Melaka ternyata bukan sekadar menawarkan bilik penginapan yang ideal, selesa, malah ia kerap menjadi tumpuan untuk penganjuran program berkaitan M.I.C.E sejajar dengan hasrat Kerajaan negeri mahu menjadikan Melaka Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau sebagai pusat penganjuran M.I.C.E terkemuka di rantau ini. 

Suasana di lobi Bayview Hotel Melaka yang cukup selesa


Deluxe Room antara bilik penginapan mewah yang terdapat di Bayview Hotel Melaka

Kelengkapan yang terdapat di DoReMi KTV yang menjadi pilihan hiburan seisi keluarga

Sudut menarik di bahagian kolam renang terletak bersebelahan dengan The Palette Café

Suasana di Southern Court Restaurant

Kayangan Ballroom yang menjadi pilihan bagi penganjuran majlis keramaian



Bayview Hotel Melaka / Malacca Malaysia
Melaka Hari Ini@gotomelaka.blogspot.com