08 May 2011

Sambutan Majlis Perbandaran Alor Gajah Ke-8



Majlis Perasmian Sambutan Hari Majlis Perbandaran Alor Gajah(MPAG) Ke-8.

Tempat : Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah
Tarikh   : 30 April 2011
Masa       : 8.00 Malam


Masjid Tanah, Melaka. 30 April, Kira-kira 3,000 orang ramai membanjiri Taman Masjid Tanah Ria di sini bagi memeriahkan program sambutan Hari Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Kali Ke-8 [2011] bagi menyaksikan persembahan beberapa artis solo dan berkumpulan pujaan popular tanah air, pada malam 30 April yang lalu.

Konsert yang menampilkan artis popular pujaan ramai antaranya ialah Datuk Yusni Hamid, Datuk Ahmad Jais, Faizal Tahir(Artis Tetap), Siti Nordiana, 6ixt Sense, AXLS, termasuk artis MPAG iaitu Aiman menyerikan acara perasmian sempena sambutan hari MPAG kali ke-8 yang bermula pada 21 April hingga 8 Mei.
Diantara tetamu VIP yang hadir...

YDP MPAG...

Mohd Khalil(TYT Melaka) merasamikan Hari MPAG Kali Ke-8 sambil disaksikan oleh Othman, Omar, Abu Seman, dan Kamarudin... 

Hadiah dismpaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka , Tun Mohd Khalil Yaakub...........
Majlis Perasmian disempurnakan Oleh Yang di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakub. Diiringi oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Othman Muhamad dan Datin Halimah Baba.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Datuk Wira Omar Kasih, Yang Dipertua MPAG Kamarudin Md Shah, Ahli Parlimen Masjid Tanah serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop termasuk Exco Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN).

Mohd Khalil(TYT) tiba kira-kira jam 9 malam dan turut meluangkan masa hampir 3 jam menyaksikan persembahan artis-artis popular Malaysia menyampaikan beberapa buah lagu hits yang mendapat sambutan orang ramai.

Pada majlis perasmian itu para pengunjung turut disajikan dengan percikan bunga api selama 20 minit sebagai simbolik perasmian majlis berkenaan.

YDP MPAG(Kamarudin Md Shah) berkata, sebanyak lapan Program telah dirancang untuk memeriahkan sambutan hari MPAG Kali Ke-8 yang berlangsung sekitar daerah Alor Gajah, Antaranya seperti biasa bacaan doa selamat dan tahlil, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan futsal, dan kawat kaki.

Sambutan hari MPAG ini, akan menutup tirainya dengan acara pertandingan AG Joran yang bertempat di kolam memancing AMJ iaitu iada 8 Mei.

YDP MPAG mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit kerana memberi kerjasama yang memberangsangkan bagi menjayakan program anjuran MPAG kali 2011 ini.
Percikan bunga api selama 20 minit sebagai simbolik perasmian...

Datuk Ahmad Jais...

Datuk Yusni Hamid...

Macam kenal je...

Persembahan kumpulan 6ixth Sense tak kurang hebatnya...

Diantara orang ramai yang membanjiri Taman Masjid Tanah Ria bagi menyaksikan konsert...

Faizal TAHIR.....





Sumber:Melakatoday

Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

1 comment: