14 May 2011

Ketua Menteri Melaka

DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM
Ketua Menteri Melaka / Melaka Chief Minister
[03/12/1999 - 06/05/2013]
YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam (lahir 24 Ogos 1949) merupakan Ketua Menteri Melaka sejak Disember 1999. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional.

Butiran peribadi

Datuk Ali Rustam merupakan anak jati negeri Melaka. Beliau dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil, Melaka. Pendidikan awal DAR ialah di Sekolah Kebangsaan Bukit Katil, dan Sekolah Kebangsaan Semabok. Datuk Ali Rustam (DAR) kemudian meneruskan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School). Beliau berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Ridhwan, Wan Nazirah dan Muhm. Hamka. Gelaran yang diterima atas sumbangannya ialah D.G.S.M yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2001, D.C.S.M pada tahun 1995, D.M.S.M yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1990, D.S.M tahun 1989 dan P.B.M tahun 1979.                                                                                           gotomelaka.blogspot.com


Pembabitan di dalam politik

Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) dari 1969 – 1979. Beliau kemudian menjadi Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah antara tahun 1979 – 1980.
Berkat kegigihan melaksanakan tugas, DAR dinaikkan pangkat sebagai Pengarah KEMAS negeri Perlis selama setahun iaitu dari 1980 – 1981. Beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981 – 1982) menjawat jawatan yang sama.
Setahun kemudian dihantar ke Melaka sebagai Pengarah KEMAS (1982 – 1983). Pada tahun 1984, DAR mendapat kepercayaan dari Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik dan dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.
Pada pilihanraya umum tahun 1986 bertanding untuk kerusi DUN Ayer Molek. Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990). Sekali lagi pada 1990, DAR bertanding untuk kerusi DUN kawasan Sungai Udang dan menang. DAR dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sains dan Teknologi hingga 1995. DAR kemudian dipilih oleh parti bertanding untuk kerusi parlimen Batu Berendam pada pilihanraya umum tahun 1995 dan menang. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 4 Mei 1995 – 10 Januari 1999. Dalam rombakan kabinet pada Januari 1999, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dari 11 Januari 1999 hingga pilihanraya umum pada 29 November 1999.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang pada pilihanraya itu. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 2 Disember 1999. DAR dalam jangka waktu pemerintahannya di negeri Hang Tuah sejak 1999 telah meletakkan matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Visinya terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah diusahakan DAR semenjak awal perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka dan di atas kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal tetapi dengan kelajuan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.
Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahli yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merupakan Naib Presiden UMNO, Presiden Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Beliau adalah seorang idealis yang praktikal, berpendirian tegas, berani, cekal, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Maka tidak hairanlah sejak di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun. Pencapaian dan kulaiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia dan kadar kemiskinan yang semakin berkurangan, penetapan gaji minima (RM720), tertinggi di Malaysia, pengeluaran telur ayam 6 juta sehari, menjadikan negeri Melaka lebih selamat dengan kadar jenayah yang semakin berkurangan, Melaka sebagai antara destinasi Pelancong Perubatan (Health Tourism) tertinggi di Malaysia dan sebagainya.
Kepemimpinan politik beliau juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya memberikan kemenangan kepada UMNO 100%, dalam PRU-12 pada 2008.

Gambar bersama DAR...

Datuk Seri akui pernah berhenti sekolah kerana keluarga miskin..?
Saya rasa terharu membaca temubual Datuk Seri dengan Berita Minggu apabila ditanya tentang tahap pendidikan beliau.

"Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pembangunan Ekonomi dari USM (Universiti Sains Malaysia). Saya memperolehnya pada 1984 menerusi Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Saya pernah masuk ITM (Institut Teknologi Mara) di Shah Alam pada 1972, untuk mengikuti pengajian Kejuruteraan Elektrik tapi hanya mampu bertahan selama tiga minggu.
Saya terpaksa berhenti kerana keluarga miskin. Sebagai ketua keluarga ketika itu, kerana bapa meninggal dunia ketika usia saya 11 tahun, saya terpaksa menanggung emak dan dua adik lain. Untuk meneruskan kehidupan, saya jadi kerani Lembaga Letrik Negara (ketika itu dan kini Tenaga Nasional Berhad). Oleh kerana hasrat untuk belajar meluap-luap, saya mengambil STP (Sijil Tinggi Pelajaran) pada 1979 dan akhirnya mendapat keputusan cemerlang. Selepas dilantik menjadi Penolong Pengarah Kemas di Kedah pada tahun sama, saya mengambil PJJ di USM."
Datuk Seri ternyata tidak datang dari keluarga mewah. Saya yakin dengan pengalaman beliau membesar dalam keluarga miskin, sebagai pemimpin Datuk Seri tidak mahu kemiskinan menghimpit atau menghantui walaupun satu rakyat.
Perjuangan hidup Datuk Seri boleh dijadikan teladan dan 'role-model' untuk semua lapisan masyarakat, insyaallah.



By: Farihan[Han]
Gotomelaka.blogspot.com

No comments: