Pelbagai acara menarik diatur bagi memeriahkan Pesta Sungai Melaka 2011 Edisi Kelima yang berlangsung sebulan bermula 1 Jun 2011.
Diantara Program-program yang dirangka.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid berkata, pesta sungai kali ini akan dimeriahkan dengan 52 acara menarik membabitkan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
Menurutnya, kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir berikutan cuti sekolah yang bermula dari 28 Mei hingga 12 Jun.
Berdasarkan pelbagai acara menarik yang diatur di sekitar muara Sungai Melaka, PPSPM menjangka ramai pengunjung hadir untuk sama-sama memeriahkan pesta ini.
No comments:
Post a Comment