02 June 2013

Promosi Sungai Melaka Menerusi Internet


Laman web/Website thesanantonioriverwalk yang mempromosikan Sungai San Antonio dengan pelbagai aktiviti, kemudahan, penginapan, restoran-restoran, keindahan, sejarah, festival, dll di Melaka River Walk River Walk San Antonio Texas 

MELAKA- Kerajaan Melaka perlu mempromosikan keindahan Sungai Melaka menerusi internet dan media baharu bagi menarik lebih ramai pelancong luar mengunjungi sungai bersejarah itu.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, hasil promosi berterusan sungai itu berjaya menarik lebih sejuta pengunjung tahun lepas dan usaha itu akan dilakukan berterusan.

"Saya mahu momentum dan transformasi Sungai Melaka sebagai tarikan pengunjung terutama pelancong asing berterusan bersandarkan kaitan sejarah sungai ini pada satu ketika dulu dan keindahannya pada masa kini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sungai Melaka Antarabangsa 2013 anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPS, Datuk Ahmad Husaini Sulaiman.

Idris berkata, sungai itu yang kini memasuki fasa kedua projek pengindahan dan pembersihan membabitkan kos RM285 juta akan dibangunkan mengikut konsep safari iaitu menggabungkan elemen tumbuhan, haiwan serta flora dan fauna yang dilancarkan Mei tahun lepas.



By: Farihan[Han]
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City UNESCO

No comments: