Di Stadium Jasin
Majlis Jamuan Rakyat ini turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahli Parlimen Jasin, dan semua wakil rakyat dari kawasan Parlimen Jasin iaitu dari ADUN Rim, ADUN Bemban, ADUN Serkam, ADUN Merlimau, ADUN Sungai Rambai
Jasin, Melaka- Kira-kira 5,000 penduduk dari sekitar Jasin menghadiri majlis Jamuan Rakyat Parlimen Jasin yang diadakan di Mini Stadium Jasin Melaka dekat sini, malam tadi.
Majlis yang diadakan untuk meraikan kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Jasin itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Wira Ir. Idris Haron dan turut dihadiri isterinya, Datin Wira Fadillah Abdullah.
Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, majlis jamuan yang diadakan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada rakyat khususnya di sekitar kawasan Parlimen Jasin atas sokongan mereka membantu BN memenangi PRU ke13 yang lalu.
Menurut Ahmad, kejayaan BN dalam mengekalkan semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di kawasan itu membuktikan bahawa rakyat tetap memberi mandat kepada kerajaan BN.
"BN tetap menjadi pilihan rakyat kerana rakyat bijak dalam menentukan kerajaan di dalam kawasan Parlimen Jasin dan ini dibuktikan apabila kerusi parlimen dan semua lima kerusi DUN dimenangi oleh BN," katanya.
Jemput makan...
Salah seorang pengunjung begitu berpuas hati dengan menu makanan yang disediakan
Roti Canai antara menu yang disediakan
Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan satay yang menjadi makanan utama pada majlis jamuan itu
Orang ramai mula mengunjungi khemah makanan seawal jam 8 malam
Jamuan Rakyat P139… Terima Kasih PRU13!!
No comments:
Post a Comment