BANDA HILIR, MELAKA- Pihak Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bukan sahaja memelihara warisan nyata, malah warisan tidak nyata melalui penganjuran persembahan Dondang Sayang setiap kali menjelangnya musim cuti sekolah.
Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas berkata, kesempatan itu digunakan PERZIM bagi mengetengahkan seni masyarakat Melaka kepada para pelancong terutama yang berasal dari luar.
Katanya, pada kali ini persembahan tersebut diadakan di Halaman Rakyat, Muzium Rakyat Melaka pada 26 Mei 2013 dan 2 Jun 2013 dilaksanakan dengan kerjasama kumpulan Seni Warisan Baruh Ala.
"Ia dimainkan sebanyak dua sesi iaitu pada sebelah pagi bermula jam 10 hingga 12 tengah hari dan sebelah petang pada jam 4 hingga 6 petang.
"Bukan saja berpeluang mendengar dan melihat dondang sayang dipersembahkan, malah para pelancong boleh cuba menyanyi dan menari mengikut rentak dan aluan muzik dondang sayang itu," katanya.
Jelasnya, rata-rata pelancong gembira dengan penganjuran program seperti ini sempena musim cuti sekolah.
p/s: Harap dapat diteruskan persembahan Dondang Sayang ini pada musim cuti umum dan cuti sekolah
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City
No comments:
Post a Comment