27 June 2013

GO KL City Bus

Journey Made Easy
PERKHIDMATAN PERCUMA / FREE SERVICE

Suria KLCC Shopping Centre

Pengenalan GO-KL City Bus
GO-KL adalah perkhidmatan bas dalam bandar percuma untuk Kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur (CBD) yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri untuk Pelan Tranformasi Kerajaan (GTP 2.0) bagi memperbaiki pengangkutan awam dan meningkatkan mod pengangkutan bagi keselesaan rakyat.

Mengapa perlu ada perkhidmatan City Bus ini?
GO KL bertujuan mempertingkatkan mobility orang awam memasuki Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) Kuala Lumpur melalui pengangkutan awam yang lebih senang dicapai. Ia juga bertujuan menggalakkan para pelancong untuk secara mudahnya memasuki pusat bandar Melaka Kuala Lumpur untuk menikmati tarikan membeli-belah dan tempat-tempat menarik. Ia juga bertujuan mengurangkan jumlah kereta yang memasuki CBD ketika waktu puncak.

Laluan GO-KL Bus
GO-KL telah beroperasi pada 2 laluan: Laluan Hijau dan Laluan Ungu. Kesemua laluan ini telah dikenalpasti sebagai kawasan jumlah penumpang yang tinggi dan mempunyai sambungan ke perkhidmatan pengangkutan awam lain.

- Laluan Hijau berkhidmat bagi laluan KLCC-Bukit Bintang (7.4km)
- Laluan Ungu berkhidmat bagi laluan HAB Pasar Seni-Bukit Bintang (6.5km)

Ciri-ciri menarik perkhidmatan bas GO-KL
- Frekuensi tinggi (setiap 5minit)
- Laluan bas khas (di laluan tertentu)
- WiFi percuma gotomelaka.blogspot.com

Introducing GO KL City Bus
GO KL City Bus is a free bus service for the Kuala Lumpur Central Business District (CBD) envisioned by YAB Prime Minister and forms a part of the Government Transformation Plan (GTP 2.0) to improve public transportation and increase transportation mode share for the convenience of the rakyat.

Why a City Bus service?
GO KL is intended to help improve public mobility into the Kuala Lumpur Central Business District (CBD) by providing easier access to public transportation. It also to encourage tourist to conveniently enter the Melaka Kuala Lumpur city center for shopping attractions and points of interest. It is ultimately intended to reduce the number of cars entering the CBD during peak hour.

GO KL City Bus Lines
GO KL is now operation on 2 routes: Green Line and Purple Line. These routes have been identified as being high catchment areas with connectivity with other modes of transport for seamless transfer.
- Green Line service KLCC-Bukit Bintang (7.4km)
- Purple Line service HAB Pasar Seni-Bukit Bintang (6.5km)

Great features for GO KL City Bus services
- High frequency (every 5minutes)
- Dedicated bus line (on certain routes)
- Free Wifi




Operasi harian 6:00 pagi – 11.00 malam
5 minit kekerapan pada waktu puncak
15 minit kekerapan selepas semasa waktu puncak

Daily operation form 6.00am to 11.00pm
5 minutes frequency during peak hours
15 minutes frequency during off-peak hours 


Sebanyak 15 bas, 60 orang satu bus
Kenderaan Mesra OKU
Kenderaan Dilengkapi WiFi
Sistem Maklumat Penumpang

A total of 15 buses, 60pax per bus
Universal Access vehicle
Wi-Fi Enabled vehicle
Passenger Information System

Laluan Hijau GO KL / GO KL Green Line
Petunjuk / Legend
Hentian Bus / Bus Stops:

KLCC
Wisma BSN
MATIC
Concorde Hotel
Hap Seng Tower
The Weld
Wisma Lim Foo Yong
Pavilion
Starhill Gallery
Bukit Bintang
Monorail Raja Chulan
Wisma Rohas Perkasa
Citibank
Menara Atlan

Laluan Ungu GO KL / GO KL Purple Line
Petunjuk / Legend
Hentian Bus / Bus Stops:

Pasar Seni / Central Market Hub
Bankok Bank
Muzium Telekom
Menara Olympia
KL Tower
The Weld
Wisma Lim Foo Yong
Pavillion
Starhill Gallery
Bukit Bintang
Wisma Boustesd
Wisma MPL
Impang Bkt Ceylon
Muzium Telekom (Opp)
Kota Raya

At Pavillion Kuala Lumpur...  Pavilion Kuala Lumpur is a shopping mall situated in the Bukit Bintang district in Kuala Lumpur(KL), Malaysia.


GO-KL City Bus
Journey Made Easy
Perkhidmatan Percuma / Free Service
By: Farihan[Han]

19 June 2013

Melaka Perkenal Peta Pelancongan

Jadi Panduan Kepada Pelancong

Idris menunjukkan Peta Pelancongan terbaharu pada sidang media di Seri Negeri

AYER KEROH, 19 Jun- Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) akan mengedarkan Peta Pelancongan terbaharu mulai pertengahan bulan depan bagi kemudahan para pelancong mengunjungi produk-produk / tempat-tempat pelancongan menarik yang terdapat di negeri Melaka ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir. Idris Haron berkata, Peta Pelancongan atau lebih dikenali sebagai ‘Fun Map’ di beberapa negara luar akan diedarkan di pusat-pusat produk pelancongan, selain diletakkan secara kekal di beberapa lokasi tumpuan pelancong.

“Pelancong juga boleh membeli Peta Pelancongan berkenaan pada harga kurang dari RM5 sama ada untuk disimpan sebagai cenderamata atau dijadikan panduan ketika melancong ke Melaka,” ujar beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya, petang tadi.

Ketua Menteri memberitahu, Peta Pelancongan itu berukuran A3 dan dicetak menggunakan cetakan berkualiti.

“Mesyuarat juga telah meminta BPP mengekalkan integriti (kebolehpercayaan) terhadap Peta Pelancongan tersebut di mana setiap produk pelancongan yang dimuatkan dalam Fun Map ini mesti benar-benar wujud di tapak sebenar,” ujarnya.

Mesyuarat Mingguan Exco juga kata Ketua Menteri turut memberikan cadangan untuk menyediakan ‘star rating’ (penarafan bintang) pada produk-produk pelancongan yang terdapat di Melaka sebagai tarikan kepada pelancong.




Melaka Hari Ini@ Gotomelaka.blogspot.com
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

18 June 2013

Sambutan Ulangtahun Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO Ke-5

Anniversary Celebration Of Melaka World Heritage City UNESCO

Aktiviti-aktiviti Sepanjang Sambutan Ulangtahun ke-5 Pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia 2013
Activities in Conjunction of The 5th Anniversary of Melaka as World Heritage City 2013

Majlis Perasmian Sambutan Ulangtahun Pengistiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia Ke-5
Pada 5 Julai 2013(Jumaat) 8 malam
Di Perkarangan Muzium Istana Kesultanan Melaka, Banda Hilir, Melaka
Orang ramai dijemput hadir!!

Opening Ceremony Of The 5th Anniversary Celebration Of Melaka World Heritage City




Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

16 June 2013

Jamuan Rakyat Parlimen Jasin

Di Stadium Jasin
Majlis Jamuan Rakyat ini turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahli Parlimen Jasin, dan semua wakil rakyat dari kawasan Parlimen Jasin iaitu dari ADUN Rim, ADUN Bemban, ADUN Serkam, ADUN Merlimau, ADUN Sungai Rambai

Jasin, Melaka- Kira-kira 5,000 penduduk dari sekitar Jasin menghadiri majlis Jamuan Rakyat Parlimen Jasin yang diadakan di Mini Stadium Jasin Melaka dekat sini, malam tadi.

Majlis yang diadakan untuk meraikan kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Jasin itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Wira Ir. Idris Haron dan turut dihadiri isterinya, Datin Wira Fadillah Abdullah.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, majlis jamuan yang diadakan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada rakyat khususnya di sekitar kawasan Parlimen Jasin  atas sokongan mereka membantu BN memenangi PRU ke13 yang lalu.

Menurut Ahmad, kejayaan BN dalam mengekalkan semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di kawasan itu membuktikan bahawa rakyat tetap memberi mandat kepada kerajaan BN.

"BN tetap menjadi pilihan rakyat kerana rakyat bijak dalam menentukan kerajaan di dalam kawasan Parlimen Jasin dan ini dibuktikan apabila kerusi parlimen dan semua lima kerusi DUN dimenangi oleh BN," katanya.

 Jemput makan...


 Salah seorang pengunjung begitu berpuas hati dengan menu makanan yang disediakan


 Roti Canai antara menu yang disediakan


Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan satay yang menjadi makanan utama pada majlis jamuan itu

Orang ramai mula mengunjungi khemah makanan seawal jam 8 malam



Jamuan Rakyat P139… Terima Kasih PRU13!!

03 June 2013

Persembahan Dondang Sayang di Muzium Rakyat Melaka

Sempena Musim Cuti Sekolah
BANDA HILIR, MELAKA- Pihak Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bukan sahaja memelihara warisan nyata, malah warisan tidak nyata melalui penganjuran persembahan Dondang Sayang setiap kali menjelangnya musim cuti sekolah.

Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas berkata, kesempatan itu digunakan PERZIM bagi mengetengahkan seni masyarakat Melaka kepada para pelancong terutama yang berasal dari luar.

Katanya, pada kali ini persembahan tersebut diadakan di Halaman Rakyat, Muzium Rakyat Melaka pada 26 Mei 2013 dan 2 Jun 2013 dilaksanakan dengan kerjasama kumpulan Seni Warisan Baruh Ala.

"Ia dimainkan sebanyak dua sesi iaitu pada sebelah pagi bermula jam 10 hingga 12 tengah hari dan sebelah petang pada jam 4 hingga 6 petang.

"Bukan saja berpeluang mendengar dan melihat dondang sayang dipersembahkan, malah para pelancong boleh cuba menyanyi dan menari mengikut rentak dan aluan muzik dondang sayang itu," katanya.

Jelasnya, rata-rata pelancong gembira dengan penganjuran program seperti ini sempena musim cuti sekolah.





p/s: Harap dapat diteruskan persembahan Dondang Sayang ini pada musim cuti umum dan cuti sekolah


Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

02 June 2013

Promosi Sungai Melaka Menerusi Internet


Laman web/Website thesanantonioriverwalk yang mempromosikan Sungai San Antonio dengan pelbagai aktiviti, kemudahan, penginapan, restoran-restoran, keindahan, sejarah, festival, dll di Melaka River Walk River Walk San Antonio Texas 

MELAKA- Kerajaan Melaka perlu mempromosikan keindahan Sungai Melaka menerusi internet dan media baharu bagi menarik lebih ramai pelancong luar mengunjungi sungai bersejarah itu.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, hasil promosi berterusan sungai itu berjaya menarik lebih sejuta pengunjung tahun lepas dan usaha itu akan dilakukan berterusan.

"Saya mahu momentum dan transformasi Sungai Melaka sebagai tarikan pengunjung terutama pelancong asing berterusan bersandarkan kaitan sejarah sungai ini pada satu ketika dulu dan keindahannya pada masa kini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sungai Melaka Antarabangsa 2013 anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPS, Datuk Ahmad Husaini Sulaiman.

Idris berkata, sungai itu yang kini memasuki fasa kedua projek pengindahan dan pembersihan membabitkan kos RM285 juta akan dibangunkan mengikut konsep safari iaitu menggabungkan elemen tumbuhan, haiwan serta flora dan fauna yang dilancarkan Mei tahun lepas.



By: Farihan[Han]
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City UNESCO