24 March 2013

Ladang Jagung 1Malaysia Terbaik, Cemerlang - Sultan Johor

Sultan Ibrahim berkenan melawat Ladang Jagung 1Malaysia, pagi semalam.

BANDARAYA MELAKA, 23 Mac- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan mencemar duli melawat Ladang Jagung 1Malaysia di Jalan Gapam, Ayer Keroh, dekat sini.

Kehadiran baginda kira-kira jam 9.50 pagi itu disambut oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Selain itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh dan juga barisan Exco-exco serta Timbalan Exco turut menyambut ketibaan baginda.

Dalam lawatan itu, baginda telah diberi penerangan oleh penasihat ladang mengenai operasi dan pembukaan ladang jagung itu sebelum dibawa melawat ke ladang seluas 650 ekar dengan menaiki ‘buggy’.

Tidak sekadar melawat ladang, baginda juga berkenan mengunjungi berberapa kiosk produk tani berasaskan jagung selain merasa sendiri jagung rebus dan jagung muda segar.

Baginda turut beramah mesra dan menyantuni orang ramai yang hadir dan bersalaman dengan baginda.

Pada masa sama, baginda melahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kerajaan negeri atas pembukaan Ladang Jagung 1Malaysia yang disifatkan sebagai terbaik dan cemerlang.


Galakkan Tanaman Dan Jana Pendapatan
Tanam Jagung Di Tanah Terbiar - Mohd Ali

Jagung Rebus/Jagung Bakar boleh juga dijual di sepanjang pintu-pintu masuk ke Melaka seperti di AMJ Sungai Rambai, Simpang Ampat Alor Gajah dll…

Melaka akan mengusahakan tanah-tanah terbiar yang ada di negeri ini dengan penanaman jagung, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, ini termasuklah tanah-tanah di bawah talian atau kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mana ada di antaranya dibiarkan kosong dan tidak diusahakan.

Katanya, inisiatif ini bagi mengalakkan industri penanaman jagung agar dapat menjana jutaan pendapatan bukan sahaja kepada negeri Melaka, sebaliknya kepada pemilik tanah.

“Sebagai permulaan, pihak kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian sedang mengenal pasti pemilik tanah terbiar di negeri ini untuk berbincang bagi mengusahakan tanah terbiar itu dengan penanaman jagung.

“Bukan saja tanah milik individu, tetapi pihak kita akan mengusahakan tanah-tanah di bawah talian atau kabel TNB, dari dibiarkan kosong lebih baik ditanam dengan tanaman jagung,” ujar Mohd Ali.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Lawatan Menjunjung Kasih Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ke Ladang Penanaman Jagung 1Malaysia (JOM) di Ladang Jagung Gapam Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beritahu Mohd Ali, program penanaman jagung berkelompok ini diusahakan oleh CSR1Malaysia yang merupakan satu badan komuniti bertindak membantu menguruskan penanaman jagung secara komersil.

Jelasnya, pihak CSR1Malaysia akan memastikan semua peserta yang bersetuju menyertai program penanaman jagung mendapat manfaat sepenuhnya lebih-lebih lagi dari segi bayaran tanah yang diusahakan.

Dijangkakan 10,800 tongkol jagung dapat dihasilkan untuk satu ekar tanah yang mana pemilik tanah yang menyewakan tanah akan dibayar anggaran RM330 sebulan.

“Mengikut terma CSR1Malaysia, setiap 10 ekar tanah akan disertai tiga pemilik tanah yang akan mengusahakan tanahnya dengan penanaman jagung.

“Sehingga hari ini, 650 ekar tanah di sini (Ladang Jagung 1Malaysia Jalan Gapam) telah diusahakan yang mana 106 ekar tanah telahpun ditanam jagung,” kata Mohd Ali Sungai Rambai miliki 10 ekar ladang penanaman jagung.

Ketua Menteri berkata, hasil penanaman jagung itu amat memberangsangkan selain dapat menampung 60 peratus eksport jagung ke luar negara.

Sehubungan itu, Mohd Ali berharap agar inisiatif kerajaan negeri yang bakal membangunkan tanah-tanah terbiar dengan penanaman jagung akan mendapat sambutan orang ramai.

Khususnya pemilik tanah, bertepatan konsep menghijaukan Melaka melalui ‘Green Technology, Go Green’ selain menjadikan penanaman jagung sebagai sebuah penanaman pertanian terbesar di Melaka berjaya dilaksanakan.



Ladang Jagung 1Malaysia di Jalan Gapam, Ayer Keroh Melaka

Sultan Ibrahim juga dibawa melawat ladang seluas 650 ekar dengan menaiki ‘buggy


Merasai jagung kukus...

Jagung dalam Tin...

Sultan Ibrahim bersama Mohd Khalil dan Mohd Ali ceria ketika menikmati jagung segar yang baru dipetik...

Sultan Ibrahim (tengah) bersama Mohd Ali dan Mohd Khalil sewaktu bergambar bersama sebelum berangkat pulang


Suasana semasa lawatan D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR ke tapak tanaman jagung di Jalan Gapam. Menjunjung kasih, daulat tuanku. Sila datang lagi...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

9 comments:

azda ventures said...

Bagaimana hendak menghubungi peladang jagung ini ? Sy berminat utk mendapatkan hampas dan kulit jagung.

ter8ma kasih

Unknown said...

saya mencari pembekal jagung area melaka..
macam mana saya nak berurusan dgn tuan/puan.

Unknown said...

Salam...mcm mana sy nak dapatkan bekalan jagung? Whatssap sy dh no 01129048612

Amylia Zalina said...

salam.mcm mna sy nk hubungi pihak tuan ye utk temubual bagi tugasan projek universiti?

Amylia Zalina said...

salam.mcm mna sy nk hubungi pihak tuan ye utk temubual bagi tugasan projek universiti?

Unknown said...

SLM ad lgi ke ladang ni

Unknown said...

Bagaimana nak beli jagung kat ladang gapam 2..boleh coll saya..saya nak beli borong 0176905803 razuab

Unknown said...

Sya pon tngah cari pembekal jagung nor mna bolh dapat ea

Ajay said...

Hi kepada semua yang berminat Ladang Jagung One Malaysia JOM. Program JOM Kebangsaan bakal dilaksanakan semula selepas era Covid-19. Sesiapa yang berminat sila hubungi saya setiausaha CSR 1Malaysia di talian 019-3117171 - Ajay. Terima Kasih kerana minat anda.