20 December 2011

Tidak Kisah Asal Tandas Bersih

Hotel Atau Homestay

 Gambar hiasan..

Baru-baru ini satu seminar antarabangsa homestay telah berlangsung selama empat hari di Melaka International Trade Centre (MITC) di Ayer Keroh. Seminar ini telah dihadiri lebih 300 peserta dan semuanya tinggal di homestay seluruh negeri Melaka.

Seminar ini telah berlangsung dari 11 hingga 14 Disember 2011 dan berjaya menyemarakkan semangat pengusaha dan di akhir seminar sebanyak 12 resolusi telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diserahkan kepada kementerian tertentu dan sudah tentu paling banyak adalah kepada Kementerian Pelancongan Malaysia.

Ahli panel forum semasa seminar ini datang dari universiti dan juga tetamu jemputan dari Jepun dan Indonesia. Banyak juga penuntut dari institusi pengajian tinggi yang mengikuti seminar ini dan telah mendapat sambutan yang baik.

Sudah tentu seminar ini telah memberikan maklumat baru dari seluruh dunia dan akan digunakan sebagai panduan pada masa hadapan untuk pengusaha homestay di Melaka. Syabas kepada penganjur seminar Kumpulan Melaka Berhad (KMB).

Semasa seminar, seorang ahli panel telah bertanya kepada peserta seminar yang hadir, jika mereka memerlukan penginapan untuk bercuti di kawasan tertentu apakah mereka akan duduk di hotel atau di homestay.

Sudah tentu mereka menjawab mahu menginap di homestay kerana ini adalah seminar homestay :P . Ada juga yang menjawab tidak kisah hotel atau homestay yang penting tandas mesti bersih dan ada juga yang menjawab harga perlu murah atau berpatutan. ~Jawapan yang diberikan sangat menarik minat mereka yang hadir kerana kebanyakan memilih untuk menginap jika tandas bersih. Ini menunjukkan pengunjung atau pelancong sangat pentingkan kebersihan dan tandas harus menjadi pilihan utama.

Untuk itu, setiap pengusaha homestay telah diingatkan perlu menyediakan tandas bersih, disamping mementingkan keselamatan penghuni homestay.
Cerita tandas bersih bukan sahaja datang dari ahli panel, tetapi terus dibincangkan semasa bengkel. Ini menunjukkan tandas homestay perlu diberi perhatian.

Kebersihan tandas perlu diberi perhatian utama apabila berurusan dengan masyarakat awam. Tandas perlu bersih sebagaimana bersihnya tandas di rumah sendiri. Adalah didapati banyak pengusaha kedai tidak langsung memperdulikan kebersihan tandas.

Banyak restoran yang cantik tetapi tidak terjaga dan kerosakkan tidak diperbaiki. Pengusaha kedai makan hanya mementingkan keuntungan perniagaan tanpa memikirkan perkhidmatan kepada pelanggan. Kalau ada pun tandas yang kelihatan bersih tetapi berbau busuk lagi hapak.

Ini kerana pembersihan tandas tidak betul. Pembersihan tidak menggunakan bahan kimia atau meletakkan pewangi. Pengusaha kedai sangat kedekut membelanjakan sedikit wang untuk kebersihan tandas.

Sudah sampai masanya setiap restoran atau kedai makan menyediakan tandas bersih. Beri perhatian kepada kebersihan tandas dan berbelanjalah sedikit bagi menjaga kebersihan tandas. Sudah sampai masanya setiap tandas awam juga perlu disediakan tisu tandas.

Keadaan ekonomi negara ini sudah jauh berubah dan penggunaan tisu tandas perlu diberi perhatian. Tandas awam juga perlu disediakan tisu tanda seperti mana tandas yang disediakan oleh pihak Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Kemudahan R&R yang disediakan sangat baik, bukan sahaja tandas bersih malah tidak berbau. Setiap tandas telah dicuci secara berkala dan sudah tentu mempunyai pemeriksaan secara berkala juga. Pihak  PLUS  perlu diberi pujian berkenaan penyediaan tandas kepada pengguna lubuh raya.

Tandas di R&R sudah sebersih tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Segala kemudahan di R&R juga telah dijaga dengan baik. Semua kelihatan bersih termasuk di kedai makan. Sampah telah dikutip dengan cepat kecuali waktu ramai orang kelihatan tidak begitu cekap.

Kemudahan R&R negara kita sudah secantik R&R di luar negara seperti WELCOME BREAK di United Kingdom. Kemudahan juga sudah secekap di Welcome Break. Itu sebabnya membuat perjalanan sudah menjadi kegilaan di negara ini terutama di hujung minggu.

Kerap yang menjadi tumpuan adalah tandas masjid. Kerap diperkatakan dalam mana-mana forum, tandas masjid perlu dibersihkan setiap hari. Kalau masjid mempunyai wang, apa salahnya mengajikan pekerja tetap untuk membersihkan tandas masjid.

Kalau hendak mengarapkan kesukarelaan sahaja sepanjang masa untuk menbersihkan tandas masjid tidak akan menjadi. Sudah menjadi perkara biasa, tandas masjid mesti kotor. Kalau bersih pun adalah masjid besar yang punyai kakitangan termasuk pekerja mencuci tandas.

Adalah memalukan, tandas masjid menjijikan, pintu sudah berkopak tetapi tidak diganti, paip tidak berair, mangkuk tandas yang pecah, tandas sangat berbau dan bermacam-macam lagi. Kalau ada yang mencuci tandas tetapi tidak mencuci dengan baik. Pembersihan tandas perlu menggunakan bahan kimia tertentu. Jika hanya dicuci dengan air sahaja sememangnya nampak bersih tetapi berbau busuk. Bau tandas perlu dielakkan, kita tidak mahu imej tandas busuk ini mejadi imej masjid di negara kita.

Penyediaan tisu tandas sudah tentu jauh sekali. Hampir semua masjid di negeri Melaka tidak menyediakan tisu tandas. Mungkin kepada jawatankuasa masjid penyediaan tisu tandas sangat mahal tetapi penggunaan ini perlu difikirkan.

Selalu diperkatakan tandas masjid kotor disebabkan pengguna yang banyak. Sememangnya ini diakui, tandas R&R di lebuh raya PLUS juga punyai mendapat kunjungan banyak orang tetapi tandas dan bilik air di hentian rehat PLUS sentiasa bersih.

Ini disebabkan kerja pembersihan berkala dan kerja penyenggaraan yang baik. Tandas masjid kerap menggunakan peralatan murah, sudah mejadi kebiasaan, apa sahaja yang disediakan di tandas tidak perlu yang mahal-mahal.

Ini kerana tandas tempat kotor. Penggunaan peralatan murah untuk tandas masjid adalah sebab utama peralatan cepat rosak. Jika tandas mendapat kunjungan yang tinggi, peralatan perlulah canggih ‘Heavy duty’, supaya tahan lama.

Sememangnya diketahui “ alah membeli menang memakai ”, peralatan yang mahal akan tahan lama. Jawatankuasa masjid perlu berkeinginan menjadikan tandas masjid mereka sangat bersih. Gunakan tenaga sepenuh masa mencuci tandas, gunakan peralatan yang tahan lama, cucian perlu menggunakan peralatan dan bahan kimia, buat pencucian berkala, sediakan tisu tandas, kerap membuat pemeriksaan dan membuang tanggapan tandas perlu kotor. Wang derma orang ramai perlu digunakan untuk membersihkan tandas atau membuat penyenggaraan.

Mungkin juga sudah sampai masanya reka bentuk tandas di negara kita diubahsuai mengikut perkembangan teknologi semasa dan juga sikap pengguna terutama tandas awam. Lantai tandas tidak boleh lagi dari simen biasa yang mudah kotor.

Tandas-tandas perlu seperti lantai restoran yang perlu memenuhi syarat-syarat tertentu. Tandas sekolah juga perlu menggunakan lantai khas juga tidak seperti sekarang yang kelihatan sangat comot dan sukar dicuci.

Kemudahan tandas juga perlu ‘heavy duty’ kerana penggunaan yang kerap. Banyak Lagi kemudahan tandas tidak boleh terus dibeli dari kedai hardware sahaja. Peralatan perlu mematuhi piawaian tertentu.

Mungkin dengan cara ini sahaja keadaan tandas di negara ini dapat dikawal. Jika tidak memikirkan rekabentuk baru atau pendekatan undang-undang sudah tentu keadaan tandas tidak akan berubah selamanya.

Baru-baru ini, tandas di Stesen Minyak Shell di Gurun telah rosak dan tidak diperbaiki. Sememangnya stesen minyak ini selamanya tidak menyediakan tandas yang bersih. Pengusaha stesen minyak ini tidak menitik beratkan penyenggaraan tandas langsung.
Akibatnya ramai yang kecewa. Ada yang berlari-lari untuk ke tandas, malangnya tandas ROSAK tidak langsung diperdulikan. Pekerjanya juga tidak memperdulikan rungutan pelanggannya.

Mereka hanya mengutip wang sahaja di kaunter sama ada jualan minyak atau barangan runcit dalam stesen minyak. Ini adalah contoh stesen minyak yang tidak baik. Penumpang tidak banyak pilihan kerana stesen minyak hanya satu sahaja di R&R Gurun.

Kalau ada pilihan sudah tentu pelanggan tidak akan singgah lagi di stesen minyak ini pada masa hadapan. Kelihatan seorang ibu muda yang sedang mengandung berkejar untuk ke tandas. Malang sekali papan tanda yang telah usang mengatakan  TANDAS ROSAK  diletakkan di hadapan tandas.

Bagaimanakah kalau keadaan keinginan untuk membuang air besar atau air kecil dalam keadaan kecemasan. Pihak Shell di R&R Gurun.  Mungkin pengguna boleh memboikot stesen minyak ini pada masa hadapan. Selalu diperkatakan pengguna mempunyai kuasa dan raja, sudah tentu ini boleh dilakukan. Percakapan dari mulut ke mulut sangat berkuasa untuk memberi pengajaran kepada perkhidmatan yang sangat tidak baik kepada pengguna.

Setiap pengusaha homestay perlu sentiasa memberi perhatian kepada kebersihan tandas. Sediakan kumpulan pencuci tandas yang cekap dan berbelanja sedikit bagi menyediakan tandas yang bersih dan perlu sentiasa memikir menyediakan kemudahan tandas yang cekap. Tandas perlu berbau harum.

Berbelanja sedikit untuk menyediakan pewangi dan tisu tandas. Pelancong dari luar negara sangat memerlukan tandas yang bersih. Ini kerana tandas di luar negara sangat bersih terutama tandas di negara Jepun.

Kerap dikatakan tandas di Jepun boleh digunakan untuk bermalam. Rungutan tandas kerap dapat didengari dari pelancong yang menggunakan tandas awam. Banyak juga tandas yang mengutip wang, tetapi tetap tidak bersih dan berbau.

Kerap kali pengusaha tandas hanya memasang langsir untuk tandas tetapi dalamnya sangat kotor. Banyak tandas awam tidak diselenggara dengan baik. Kemudahan yang rosak tidak diperbaiki. Pili yang ada banyak yang usang dan lantai tandas sudah berlumut dan singki tandas juga tidak dibersihkan.

Pengusaha tandas perlu lihat sendiri tandas mereka dan berusahalah untuk menyediakan tandas yan bersih untuk pelancong yang datang. Bukan dengan cara menunjuk-nunjuk dengan memasang langsir, tapi tandas tidak terjaga. Langsir tidak perlu untuk tandas yang perlu adalah kebersihan.

Kerja pembaikan tandas perlu disediakan seperti juga peruntukan untuk menukar tilam, bantal, kerusi meja, dan lain-lain yang terdapat di dalam bilik. Setiap homestay perlu menyediakan pekerja khas untuk membaiki tandas yang mengalami kerosakkan pada setiap masa tidak kira siang atau malam.

Ini kerana perkhidmatan pencucian tandas sangat dititik beratkan di hotel. Sekarang ini jarang kita dengar penghuni hotel merungut tentang kebersihan tandas mereka. Sememangnya kebersihan tandas hotel di Malaysia boleh dipuji.

Itu sebabnya ramai yang suka menginap di hotel. Selain dari kebersihan yang dijaga. Hotel juga sangat menitik beratkan penyenggaraan peralatan tandas. Jarang kedengaran yang tandas di hotel kotor. Sudah terbayang di setiap mereka yang ingin menghuni hotel tandas yang bersih, berbau harum, dan peralatan yang kerap diganti jika kerosakan.

Homestay perlu mencontohi kebersihan tandas hotel. Kalau boleh biarlah menggunakan peralatan yang moden dan terkini. Setiap kerosakkan peralatan perlu diganti dengan segera. Tandas sangat sensitif kepada penghuni homestay.




Oleh: Prof. Madya Datuk Dr Abu Bakar

5 comments:

Anonymous said...

It was a awe-inspiring post and it has a significant meaning and thanks for sharing the information.Would love to read your next post too……

Emmet said...

wah thanks, nice post, blog ni pun lawa.. :D

Farihan Han said...

Terima Kasih...

pelajar said...

terima kasih prof atas perkongsian di atas. sy dpt tender urus tandas awam maka sy perlu tahu apakah huraian terhadap perkataan "bersih" bagi masyarakat di luar sana.

Unknown said...

I want to thank Loan Credit Institutions for giving me a loan worth $43,000. i have been scammed in several attempts to get a loan by several fake loan companies until i meant Loan Credit Institutions . if you need an urgent real loan today avoid being scammed contact Loan Credit Institutions loan by email: loancreditinstitutions00@yahoo.com or whatsapp: +393509313766. whatsapp : +393512640785.