08 December 2011

Rahsia Coca-cola

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.

Memanglah semua orang di dunia ni tahu apa kandungan yang terkandung dalam Coke, tapi yang menjadi rahsianya pastinya nisbah kandungan setiap bahan dan cara membuatnya. Dalam dunia ni, bahan boleh ditiru, tapi nak tiru cara membuat dengan nisbah yang betul, memang sangat susah. sedikit trivia berkaitan isu resepi Coca-Cola ni...

Special limited edition Coca-Cola Heritage 125 years Bottle Set daripada Coca-cola...

1) Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

2) Pada era 1970-an, Coca-Cola menarik diri daripada melabur di India kerana desakan kerajaan India yang mewajibkan Coca-Cola untuk menyenaraikan resepi Coke secara terperinci. Sehinggakan terhasilnya iklan mengutuk India berkenaan isu ini.

3) Dikatakan didalam dunia ini hanya 2 orang sahaja yang tahu pasal resepi Coca-cola ni. Dan betapa top secret nya resepi Coke ni sehinggakan 2 orang ni tak boleh ke mana-mana bersama-sama. Takut nanti kalau jadi apa-apa eksiden ke, diorang tak nak hilang dua-dua orang serentak. Huhu.
  
4) Paling tak boleh blah apabila kes penceraian pon terpaksa ditunda dek kerana resepi Coca-Cola ni. Kes penceraian tu melibatkan pewaris syarikat gergasi ini. Ketika beliau nak mengemukakan penceraian, isteri beliau meminta buku nota asal yang ada kandungan resipi Coke ni sebagai syarat tuntutan penceraian. Last-last kes tu pending sampai sekarang. Huhu. Betapa bernilainya buku usang tu. Kemudian kecoh plak baru-baru ni yang buku tu dah ditunjukkan kepada umum.

Buku Resepi Coca-cola...

Kandungan buku tersebut lebih kurang camni la...


Resepi Coca-Cola:
Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color

dan Rahsia perisa 7X ...

Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa rumusan minuman Coca-Cola merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja. Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali "7X" yang selama ini dianggap sebagai komponen kamiran untuk Coca Cola. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui "X" itu merujuk kepada apa walaupun adalah dipercayai pekerja Coca Cola mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik keatas resipi Coca-Cola. 

5) Salinan original resepi tersebut sebenarnya disimpan di SunTrust Bank di Atlanta. Bagi memastikan Bank ini benar-benar amanah (Yela, nilai aset Coca-Cola ni mestilah lagi tinggi dari aset Bank tu sendiri), pihak Coca-Cola telah melantik eksekutif di pihak SunTrust Bank untuk duduk sebagai lembaga pengarah di Coca-Cola dan juga sebaliknya di pihak lembaga pengarah SunTrust Bank. Selain tu, Coca-Cola juga memberi 48.3 juta share kepada SunTrust Bank bagi memastikan mereka menjaga resepi tu seketat-ketat mungkin.

Namun, terdapat khabar angin yang menyatakan resipi asal Coca Cola mengandungi kekacang mongolia, dan pada pertengahan 80-an apabila rahsia ini dibongkar oleh kerajaan Mongolia, mereka telah menaikkan harga komoditi ini.(Coca Cola telah membeli kekacang mongolia secara senyap melalui beberapa pengedar). Akibatnya, Coca Cola terpaksa menggantikannya dengan kekacang mongolia tiruan.

Selepas itu, sama ada disebabkan usaha mereka untuk membuat keuntungan apabila ramuan rahsia mereka menjadi semakin mahal, atau perisa tiruan mereka tidak menjadi (dan syarikat ini memerlukan lebih masa agar orang ramai melupakan rasa Coca-Cola yang sebenar), 'Coke' yang baru telah diperkenalkan.



No comments: