27 December 2011

YDP, Ahli Majlis Perlu Kerap Turun Padang

Selesai Sebarang Masalah Tanpa Birokrasi– Mohd Ali 

 Ahli Majlis MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) 2012

AYER KEROH - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta semua Yang Dipertua termasuk Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baru dilantik bagi sesi 2012 perlu kerap turun padang meninjau masalah rakyat di kawasan masing-masing. 

“Mulai tahun 2012, kesemua PBT diminta kerap mengadakan sesi dialog dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persatuan Penduduk di taman-taman perumahan. 

“Saya mahu mereka bekerja keras dan menjalin hubungan lebih akrab dengan masyarakat di kawasan masing-masing tanpa mengira kaum. 

Mereka perlu mendengar masalah yang dikemukakan dan menyelesaikannya cepat tanpa sebarang birokrasi kerana mereka yang dilantik perlu mengamalkan slogan "Rakyat Didahulukan”, katanya 

Beliau juga meminta Ahli-ahli Majlis yang baru dilantik dan mereka dipilih semula bagi sesi 2012 melaksanakan dasar 'Negeri Bandar Teknologi Hijau' bagi menggalakkan masyarakat turut sama kearah merialisasikan hasrat tersebut. 

“Ianya merangkumi tiga objektif utama iaitu meningkatkan pencapaian Negeri Maju, memperkukuhkan status Negeri Bandar dan meningkatkan status Negeri Mampan menerusi pembangunan teknologi dan amalan hijau. 

“Bermula dua kawasan khas bercirikan teknologi hijau iaitu Bandar Hijau Hang Tuah Jaya dan Melaka World Solar Valley (MWSV) yang akan menjadi pemangkin dan contoh kepada PBT lain mewujudkan kawasan seperti itu di kawasan mereka,” katanya. 

Mohd Ali berucap di Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar, Yang Dipertua serta Ahli Majlis PBT Tahun 2012 di Dewan Seri Negeri


Hadir sama : 

- Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad 

- Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh 

- Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Md Yunos Husin 

- Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka, 

- Ahli-ahli Dewan Negeri(ADUN) Melaka, serta 

- Ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan. 


Mohd Ali memberitahu, adalah menjadi tanggungjawab semua agensi kerajaan di peringkat negeri terutamanya PBT mengembling tenaga dalam memastikan Melaka sentiasa bersih dan cantik

Jelasnya, tumpuan bukan sahaja kearah meningkatkan mutu perkhidmatan PBT, malah lebih penting menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang mempunyai ‘langskap’ terbaik dan terbersih  di Malaysia. 


Ahli Majlis MPHTJ (Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya) 2012

Ianya sekali gus memberikan imej dan contoh terbaik bagi negeri-negeri lain di Malaysia dengan menjadikan Melaka sebagai rujukan termasuk sistem pencahayaan, kebersihan tandas, pantai, sungai, dan kampung-kampung. 

Pada majlis itu, Tiga(3) Yang Dipertua dan Seorang(1) Datuk Bandar PBT mendapat mandat dan kepercayaan dari kerjaan negeri apabila mereka dikekalkan jawatan masing-masing bagi sesi 2012. 


Mereka ialah:- 

- Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu 

- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Sapiah Haron 

- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamarudin Md Shah dan, 

- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin. 


Kesemua mereka mengetuai seramai 100 Ahli Majlis PBT yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing bagi sesi 2012, mereka mengangkat sumpah dan lafaz ikrar di hadapan Ketua Menteri. 

Ahli Majlis MPAG (Majlis Perbandaran Alor Gajah) 2012

Ahli Majlis MPJ (Majlis Perbandaran Jasin) 2012




"1Malaysia, Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 750 tahun"

No comments: