09 December 2011

Hospital Melaka Kurang Ubat

Kegagalan Kementerian Kesihatan salur peruntukan RM3.5 juta punca masalah

Mungkin ramai tidak percaya tetapi ia benar-benar apabila Hospital Melaka menghadapi masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan bagi kegunaan pesakit sejak Setember lalu hingga kini.

Masalah yang dianggap jarang berlaku itu menyebabkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam terpaksa tampil desas-desus di kalangan orang ramai bahawa masalah tersebut adalah serius.

Beliau menegaskan, masalah tersebut berlaku disebabkan kegagalan Kementerian Kesihatan menyalurkan baki peruntukan sebanyak RM3.5 juta pada September lalu bagi membeli ubat berkenaan.

“Saya merayu kepada Kementerian Kesihatan agar menyalurkan peruntukan itu dengan segera sekali gus dapat menyelesaikan masalah ,” katanya pada siding akhbar di Melaka semalam.


More.....

MELAKA - Jarang kedengaran tetapi ia benar-benar berlaku apabila Hospital Melaka (HM) menghadapi masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan bagi keperluan pesakit sejak September lalu.

Akibatnya, pengurusan HM terpaksa menggunakan ubat alternatif selain terpaksa mendapatkan ubat dari Hospital Muar di Johor, hospital di Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memenuhi keperluan harian.

Bagaimanapun media tidak dimaklumkan mengenai jenis-jenis ubat yang mengalami kekurangan bekalan tersebut atas alasan maklumat adalah sulit (sulit memanjang..).
Namun difahamkan ubat-ubatan yang kurang itu kebanyakannya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kekurangan ubat berlaku disebabkan pihak HM masih belum mendapat baki peruntukan daripada Kementerian Kesihatan yang berjumlah RM3.5 juta bagi membeli ubat berkenaan sejak September lalu.

Disebabkan kegagalan Hospital Melaka mendapat baki peruntukan itu telah menyebabkan beberapa jenis ubat tidak mencukupi.

“Masalah ini hanya berlaku di Hospital Melaka dan tidak melibatkan hospital lain serta Klinik Kesihatan daerah di negeri ini.

"Jesteru dakwaan bahawa HM sudah kehabisan ubat adalah tidak tepat,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim di sini semalam.

Mohd Ali menjelaskan, keadaan menjadi semakin buruk apabila jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di HM sejak September lalu hingga sekarang meningkat sebanyak 16.8 peratus kepada 200,000 orang setahun.

Beliau bekata, bagi memastikan masalah tersebut tidak berlarutan, pihaknya merayu Kementerian Kesihatan agar mempercepatkan pembayaran baki peruntukan tersebut dengan segera.

“Jika baki peruntukan itu telah diterima tiada lagi masalah hospital ini kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk menampung pertambahan pesakit yang mendapat rawatan,” katanya.

Beliau menjelaskan, HM menerima peruntukan untuk membeli ubat-ubatan berjumlah RM34.5 juta pada setiap tahun.

Katanya, peruntukkan tersebut disalurkan sebanyak tiga kali dalam setahun iaitu pada Januari, April dan September.

Sehingga malam tadi Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan ubat di kaunter farmasi Hospital Melaka...




Sumber:kosmo

No comments: