16 April 2011

Taman Botanikal Melaka

At Ayer Keroh
Taman Botanikal Melaka dibangunkan pada 1hb Jun 2006 dan dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Ia adalah cetusan idea YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Keluasan Taman Botanikal Melaka adalah 92.5 hektar dan terdiri daripada hutan hujan khatulistiwa semulajadi yang dikelilingi lanskap yang indah.  Terdapat lebih daripada 300 spesis flora dan fauna dalam taman ini.


Taman Botanikal Melaka adalah destinasi yang sangat popular di kalangan orang ramai kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara yang nyaman dalam suasana yang tenang. Tempat ini menjanjikan kedamaian dan ketenangan dari kesesakan dan kesibukan kota. Ia merupakan taman yang amat popular di kalangan peminat joging dan keluarga yang ingin bersiar-siar.

Tarikan dalam Taman Botanikal Melaka adalah Kampung Buku Malaysia Melaka, Muzium Perhutanan, Canopy Walk, Buggy Ride, Cafe Botanical, Taman Prasejarah (dinosaurs), Taman Cerita dan chalet penginapan. Selain daripada itu, kemudahan yang terdapat di sana adalah kawasan perkhemahan, padang serbaguna, surau, tandas dan kafe.
Dinosaurs di Taman Prasejarah...
Diantara tempat menarik di sini ialah Taman Prasejarah, ianya dibina berasaskan imaginasi alam prasejarah dan memaparkan beberapa replika haiwan-haiwan purbakala yang terdapat dibumi ini kira-kira 70 juta tahun dahulu. Sebanyak 15 jenis raksasa reptilia ukiran batu, dapat dilihat dalam persekitaran alam semulajadi yang hijau lagi nyaman. Diantara penghuni terawal yang dapat disaksikan termasuklah ‘Pteronodon’ iaitu reptilia terbang yang bersayap sepanjang kira-kira 8 meter, ‘Protoceratops’ yang mempunyai struktur tulang yang timbul seperti kipas di bahagian belakang tengkuknya, ‘Dimetrodon’ yang terdapat bentuk layar sepanjang belakangnya dan juga ‘Chelonian’ serta kumpulan reptilia berbentuk seperti penyu.
Taman ini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHJ) manakala promosi dan publisiti adalah di bawah urusan Perbadanan Hang Tuah Jaya.



6 comments:

Anonymous said...

kene bayar x nk masuk?

Farihan Han said...

Free..

miss wany said...

naik basikal semo byr kn?brape rm ye

Unknown said...

Sekarang Dah Tahun 2015, Still Masuk Free Ke .. ? Sebab , Saya Ada Jugak Cari Blogger Pasal Taman Botanikal Di Melaka Yang Terbaru , Tiada .. Saya Jumpa Blogger Ni , Betul Ke Masuk Free Cuz Saya Nak Calculate Betul2 Kos Yang Perlu Digunakan .. Hope Soalan Saya Dijawab Yaa ..

tkp said...

masuk free

Unknown said...

kalau saya nak buat family day dalam taman botanikal melaka boleh ke x ye?