supaya mereka tidak jauh ketinggalan...
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad(PUNB) menggesa agensi
kerajaan membeli premis perniagaan di seluruh negara bagi menampung keperluan
usahawan bumiputera. Ia berikutan, pemilikan premis perniagaan oleh bumiputera di
seluruh negara setakat ini hanya 5% sahaja, berbanding sasaran 30% sekurang-kurangnya.
Agensi-agensi kerajaan digesa membeli rumah kedai di bawah kuota bumiputera
yang terbiar khususnya di bandar kecil di seluruh negara untuk disewakan kepada
peniaga atau usahawan Melayu.
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk
Seri Mohd. Ali Rustam berkata, setakat ini, pemilikan rumah kedai dan premis
perniagaan orang Melayu sekadar lima
peratus di seluruh negara.
Katanya, pendekatan agensi kerajaan yang lebih memberi
tumpuan kepada pemilikan aset di kawasan pusat bandar terutama Kuala
Lumpur menyebabkan masalah itu timbul memandangkan
tidak ramai usahawan Melayu mampu menyewa di kawasan bandar.
"Memang ada agensi kerajaan seperti Mara, UDA Holdings
Bhd. yang membeli rumah kedai, kemudian disewakan kepada orang Melayu serta
bumiputera tetapi kebanyakannya di ibu negara yang kosnya sangat tinggi.
"Kenapa tidak cuba
beli di luar Kuala Lumpur misalnya
di Melaka, Ipoh , Meru, Muar, Batu
Pahat, Alor Setar dan negeri lain kerana inilah kawasan tumpuan usahawan
bumiputera.
Apa salahnya agensi kerajaan beli rumah kedai di kawasan
seperti disebutkan tadi, beli di bawah kuota bumiputera, kemudian sewakan
kepada usahawan bumiputera dengan harga yang murah sedikit untuk tempoh satu
atau dua tahun. Apabila perniagaan mereka berkembang dan maju, naikkan sedikit
kadar sewa atau menjualnya ikut harga pasaran.
Dengan cara ini, kita bukan sahaja mampu membantu orang
Melayu mengembangkan perniagaan malah meningkatkan keuntungan agensi kerana
nilai rumah kedai meningkat setiap tahun.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali memberitahu, PUNB sendiri membeli
110 rumah kedai dan menyewakannya kepada usahawan Melayu serta bumiputera
tetapi menegaskan jumlah itu tidak mencukupi.
Usaha itu, katanya, mampu merealisasikan hasrat kerajaan
meningkatkan pemilikan ekuiti ekonomi dalam kalangan orang Melayu serta
bumiputera.
"Saya sendiri minta PUNB mengubah dasar pembelian rumah
kedai ini dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur .
Seperti di Ipoh, PUNB tidak mempunyai sebarang aset, jadi saya sasarkan tahun
ini mahu membeli beberapa aset berkenaan untuk disewakan kepada usahawan
kita," jelas beliau.
Dalam pada itu, menurut Mohd. Ali, pada tahun ini PUNB
diberi peruntukan RM270 juta dan daripada jumlah itu RM70 juta digunakan untuk
pembelian aset termasuk rumah kedai dan selebihnya pinjaman perniagaan.
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City
2 comments:
Lamenyer x singgah blog ne.. Rindu nak bace..Hai... zai nak jemput masuk giveaway kalau ade mase & x keberatan..
Giveaway Double Stemcell by Call me Zai!
how Much Untuk Pendapatan perkapita for a year in bandar Malaka
Post a Comment