27 March 2014

Melaka Pet Expo di MIBC

Pet Expo di MIBC Melaka

AYER KEROH, MELAKA- Orang ramai dijemput hadir memeriahkan lagi Melaka Pet Expo 2014 yang akan berlangsung di ruang legar Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), pada 29 hingga 30 Mac ini.

Pengurus program, Firdaus Sani berkata, program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada peminat kucing dan haiwan peliharaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

"Orang ramai yang hadir pada program itu akan diberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai cara penjagaan dan mengurus haiwan peliharaaan kesayangan mereka dengan cara yang betul.

"Ini juga dapat dilihat sebagai platform kepada peminat haiwan peliharaan untuk berkumpul bersama-sama dan berkongsi minat dalam bidang ini," katanya ketika ditemui semasa memberikan penerangan kepada wakil media di MIBC, hari ini.

Menurutnya lagi, orang ramai juga berpeluang untuk memiliki kucing peliharaan sendiri menerusi program Pengambilan Kucing Angkat Terbesar di Melaka Pet Expo 2014 yang akan diberikan secara percuma pada program itu.

"Pemberian secara percuma kepada orang ramai yang berminat pada program itu adalah bagi membela nasib kucing yang kurang bertuah itu untuk dipelihara," ujarnya.

Katanya lagi, expo berkenaan turut dimeriahkan dengan Pertandingan Kucing membabitkan kira-kira 170 ekor kucing pelbagai baka dari dalam dan luar negara, di samping Pameran Haiwan Peliharaan Mini (Small Pet), Pameran Haiwan Exotic juga Taman Arnab.


Melaka Pet Expo 2014 yang akan berlangsung di Melaka International Bowling Centre (MIBC Melaka)






Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

No comments: