11 March 2014

Agensi kerajaan digesa bantu bumiputera berniaga

supaya mereka tidak jauh ketinggalan...

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad(PUNB) menggesa agensi kerajaan membeli premis perniagaan di seluruh negara bagi menampung keperluan usahawan bumiputera. Ia berikutan, pemilikan premis perniagaan oleh bumiputera di seluruh negara setakat ini hanya 5% sahaja, berbanding sasaran 30% sekurang-kurangnya.

Agensi-agensi kerajaan digesa membeli rumah kedai di bawah kuota bumiputera yang terbiar khususnya di bandar kecil di seluruh negara untuk disewakan kepada peniaga atau usahawan Melayu.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, setakat ini, pemilikan rumah kedai dan premis perniagaan orang Melayu sekadar lima peratus di seluruh negara.

Katanya, pendekatan agensi kerajaan yang lebih memberi tumpuan kepada pemilikan aset di kawasan pusat bandar terutama Kuala Lumpur menyebabkan masalah itu timbul memandangkan tidak ramai usahawan Melayu mampu menyewa di kawasan bandar.

"Memang ada agensi kerajaan seperti Mara, UDA Holdings Bhd. yang membeli rumah kedai, kemudian disewakan kepada orang Melayu serta bumiputera tetapi kebanyakannya di ibu negara yang kosnya sangat tinggi.

"Kenapa tidak cuba beli di luar Kuala Lumpur misalnya di Melaka, Ipoh, Meru, Muar, Batu Pahat, Alor Setar dan negeri lain kerana inilah kawasan tumpuan usahawan bumiputera.

Apa salahnya agensi kerajaan beli rumah kedai di kawasan seperti disebutkan tadi, beli di bawah kuota bumiputera, kemudian sewakan kepada usahawan bumiputera dengan harga yang murah sedikit untuk tempoh satu atau dua tahun. Apabila perniagaan mereka berkembang dan maju, naikkan sedikit kadar sewa atau menjualnya ikut harga pasaran.

Dengan cara ini, kita bukan sahaja mampu membantu orang Melayu mengembangkan perniagaan malah meningkatkan keuntungan agensi kerana nilai rumah kedai meningkat setiap tahun.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali memberitahu, PUNB sendiri membeli 110 rumah kedai dan menyewakannya kepada usahawan Melayu serta bumiputera tetapi menegaskan jumlah itu tidak mencukupi.

Usaha itu, katanya, mampu merealisasikan hasrat kerajaan meningkatkan pemilikan ekuiti ekonomi dalam kalangan orang Melayu serta bumiputera.

"Saya sendiri minta PUNB mengubah dasar pembelian rumah kedai ini dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur. Seperti di Ipoh, PUNB tidak mempunyai sebarang aset, jadi saya sasarkan tahun ini mahu membeli beberapa aset berkenaan untuk disewakan kepada usahawan kita," jelas beliau.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Ali, pada tahun ini PUNB diberi peruntukan RM270 juta dan daripada jumlah itu RM70 juta digunakan untuk pembelian aset termasuk rumah kedai dan selebihnya pinjaman perniagaan.




Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

2 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Lamenyer x singgah blog ne.. Rindu nak bace..Hai... zai nak jemput masuk giveaway kalau ade mase & x keberatan..
Giveaway Double Stemcell by Call me Zai!

Sandi Indra said...

how Much Untuk Pendapatan perkapita for a year in bandar Malaka