Pelancong dari Eropah tidak melepaskan peluang menyertai Festival Chap Goh Mei anjuran Hotel Seri Malaysia di Jeti Quayside muara Sungai Melaka
BANDA HILIR, MELAKA 16 Feb- Kehadiran gadis jelita dan jejaka tampan berpakaian serba cantik di Jeti Quayside berhampiran muara Sungai Melaka ternyata menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke lokasi tumpuan pelancong tersebut.
Orang ramai tambah teruja sebaik melihat gadis menulis nama berserta nombor telefon dan alamat email masing-masing pada limau mandarin sebelum membalingnya ke dalam Sungai Melaka dengan harapan mendapat suami yang baik.
Namun itu hanyalah sebahagian dari warna-warni kemeriahan Festival Chap Goh Mei anjuran Hotel Seri Malaysia Melaka dengan kerjasama Tourism Malaysia Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Jeti Quayside, Jumaat lalu.
Pengarah Tourism Malaysia Melaka, Jefri Munir berkata, tradisi yang diwarisi oleh kaum Tionghua sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina kini berubah menjadi pesta yang mampu menggamit penyertaan dari pelbagai kaum sebagai symbol keharmonian rakyat Malaysia.
Festival ini telah diadakan setiap tahun dan ia akan diteruskan kerana mampu menarik lebih ramai pelancongan ke sini.
“Pada masa sama, menunjukkan perpaduan yang utuh di Malaysia khususnya di Melaka di mana setiap perayaan yang disambut boleh diraikan pelbagai kaum,” katanya.
Bercakap kepada media selepas majlis tersebut, Jeffri memberitahu, festival itu hanya untuk menggambarkan keunikan tradisi masyarakat Cina dalam soal mencari jodoh atau pasangan hidup.
“Perayaan Chap Goh Mei sebenarnya berasal daripada kata pepatah orang Hokkien iaitu ‘dim gam ga ho ang, dim go chua ho bo’ yang bermaksud melontar limau boleh mendapat suami yang baik. Budaya itu seterusnya berevolusi menjadi satu aktiviti tradisional yang utama dan romantik sempena perayaan Chap Goh Mei,” ujarnya.
Kata Jeffri lagi, kira-kira 200 peserta menyertai festival kali ini dan angka tersebut dijangka meningkat setiap tahun. Turut hadir Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia Melaka, Sazali Sabri.
Penyertaan gadis berbagai kaum menunjukkan keharmonian rakyat Malaysia menyambut sesuatu perayaan
Peserta festival membaling limau mandarin ke dalam bekas khas di Sungai Melaka..
Melaka Hari Ini @ Gotomelaka.blogspot.com
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City
1 comment:
Jadi mau ke tempat tu :D cari jodoh
Watch movie HD
Post a Comment