2014 Kerajaan Melaka mensasarkan 15 juta pelancongan akan melawat negeri ini sepanjang tahun ini berdasarkan peningkatan kehadiran pelancong yang semakin bertambah saban tahun.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, tahun 2013 menyaksikan sebanyak 13.5 juta pelancong ke Melaka dan tidak mustahil jumlah itu akan meningkat tahun ini. Perkembangan positif ini dapat dicapai kerana semua projek dilaksanakan dengan strategi dan perancangan yang teliti sehingga menjadi kebanggaan hari ini.
Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil usaha pelbagai pihak, antaranya media yang telah memainkan peranan dalam mempromosi Melaka khususnya beberapa produk pelancong di negeri ini hingga menjadi perhatian dunia.
Transformasi Sungai Melaka sebagai tarikan pengunjung terutama pelancong asing berterusan bersandarkan kaitan sejarah sungai ini pada satu ketika dulu dan keindahannya pada masa kini. Sewaktu zaman kegemilangan Sungai Melaka, ia juga telah diiktiraf sebagai 'Venice' di sebelah Timur oleh ahli pelayaran Portugis, Tome Pires.
Sungai Melaka merupakan nadi penggerak perdagangan Melaka sewaktu zaman kegemilangannya dan ketika itu sungai ini padat dengan kapal pedagang dari serata dunia.
Kerajaan negeri Melaka juga sentiasa menjaga kebajikan pelancong yang datang ke Melaka terutama dari segi penginapan yang sentiasa tidak mencukupi lebih-lebih lagi apabila masa cuti sekolah.
Pada masa sama, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif mewujudkan lebih banyak hotel dan rumah inap 'homestay' dengan lebih banyak. Saya bangga apabila banyak pelabur ingin melabur di Melaka dalam sektor pelancongan khususnya perhotelan bagi menampung keperluan yang kian meningkat saban tahun.
Di Melaka terdapat 7,500 bilik dari hotel lima bintang hingga ke rumah inap yang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Kita juga mensasarkan 20,000 bilik hotel akan ditambah dalam masa tiga tahun akan datang bagi kemudahan pelancong.
Kerjasama yang ditunjukkan pelbagai pihak swasta khususnya badan bukan kerajaan (NGO) sangat dialukan kerana saya tidak mahu hanya satu pihak saja yang bertanggungjawab membangunkan sektor ini.
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City
No comments:
Post a Comment