21 January 2014

Melaka Hilang Sultan Sejak 1511

Pelanggaran Portugis ke atas Melaka pada 24 Ogos 1511 telah menyebabkan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera dan mangkat di sana pada 1526. Selepas dari tarikh itu, Melaka sudah tidak diperintah oleh sultan, Melaka terus dijajah oleh kuasa-kuasa besar bermula dengan Portugis pada 1511, Belanda (1641), Inggeris 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.

Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh raja-raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.

Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Atas kesepakatan, raja-raja dan pemimpin parti Perikatan, Malaya telah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Malaysia kemudian mengamalkan Sistem Demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan dengan Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan agong sebagai ketua Negara. Sebagai sebuah negara raja berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan agong, raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis raja-raja. 

Baginda diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Daripada catatan ringkas itu, jelas memperlihatkan bagaimana, pengwujudan Malaysia dan pentadbiran negeri-negeri di negara ini khasnya Melaka yang tidak lagi ditadbir oleh kuasa sultan.





Melaka Hari Ini @ Gotomelaka.blogspot.com
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

1 comment:

Unknown said...

Why kampar?? Baginda sultan lari ke bentan pahang, lepas tu lari ke Johor. Anakandanya menubuhkan kesultanan Johor dan menyerang portugis untuk dapatkan Melaka balik tetapi gagal.