06 January 2014

Nelson Mandela

Nelson Rolihlahla Mandela (18 Julai 1918 − 5 Disember 2013)

Nelson Mandela atau nama sebenarnya Nelson Rolihlahla Mandela (18 Julai 1918 − 5 Disember 2013) telah dilahirkan di Mvezo, sebuah desa kecil di tepi Sungai Mbashe, di daerah Umtata, ibu kota Transkei (kini sebahagian wilayah Eastern Cape), Afrika Selatan pada 18 Julai 1918. Beliau meninggal dunia pada 5 Disember 2013.

Sejarah awal
Ayahnya, Gadla Henry Mphakanyiswa, merupakan Penasihat Pengadilan Tinggi di Thembuland di bawah pemimpin tertinggi David Dalindyebo. Selepas ayahnya meninggal dunia, Mandela dibimbing oleh pemimpin tertinggi dan dididik untuk menjadi seorang pemimpin.
Mandela menamatkan pendidikan menengahnya di Healdtown Methodist Boarding School dan mendapatkan ijazah sarjana muda di bidang perniagaan di Universiti Fort Hare. Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dia bersama dengan mendiang Oliver Tambo pernah menentang aparteid dengan mogok pelajar meski akhirnya dibuang dari universiti tersebut pada tahun 1940. Dia kemudian melanjutkan pendidikan melalui program jarak jauh di University of South Africa (UNISA) di Johannesburg. Setelah mendapat ijazah dalam bidang perniagaan, dia mendaftar dalam program LLB (Sarjana Muda Undang-Undang) di University Witwatersrand.

Pembentukan Liga Pemuda ANC
Pada tahun 1944 Mandela membentuk Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League), di mana program kegiatannya telah ditetapkan oleh parti ANC pada tahun 1949. Mandela dilantik Ketua Sukarela Kebangsaan untuk program yang dikenal sebagai Kempen Penentangan (Defiance Campaign) pada 1952. Dia telah menjelajah satu negara dalam mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang aparteid. Pada tahun itu juga, Mandela bersama Tambo menubuhkan firma guaman kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas oleh undang-undang kejam kaum kulit putih.

Penahanan Nelson Mandela
Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun 1960, dan Mandela sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961. Namun semangat perjuangannya tidak padam begitu saja. Mandela masih meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti bawah tanah sambil memimpin organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, bebas daripada pengaruh aparteid.
Umkhonto we Sizwe (MK), sayap militer parti ANC dibentuk pada tahun yang sama dengan Mandela sebagai pemerintah tertingginya. Di bawah pimpinannya, dia melancarkan sabotaj terhadap pemerintahan dan ekonomi negara. Setahun kemudian, Mandela meninggalkan tanah airnya untuk mendalami latihan ketenteraan di Algeria dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli MK yang lain.
Setelah dia kembali, dia terus ditahan dengan alasan meninggalkan negara secara haram dan mengobarkan semangat rakyat untuk bermogok. Dia didakwa bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun pada bulan November 1962. Sewaktu di penjara, dia didakwa dalam perbicaraan Rivonia , atas tuduhan melakukan sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup.

This is a photo of Mandela's cell, taken before the 25 April 1977 visit to Robben Island by the media

Sedekad sebelum dipenjarakan, Mandela telah membidas pengenalan program Pendidikan Bantu, dan mencadangkan semua aktivis masyarakat menjadikan "setiap rumah, setiap pondok atau setiap struktur yang usang menjadi pusat ilmu".
Pulau Robben, di mana dia dipenjarakan, telah dijadikan pusat perkembangan ilmu, dan Mandela merupakan orang utama mengadakan kelas pendidikan politik. Sewaktu dipenjara, Mandela tidak pernah mengkompromikan prinsip politiknya dan menjadi sumber kekuatan banduan-banduan yang lain.
Pada tahun 70-an, dia menolak tawaran pengurangan hukumannya sekiranya dia mengiktiraf Transkei sebagai sebuah penempatan (settlement) dan bersetuju untuk tinggal di sana. Manakala pada 1980-an, dia enggan menerima tawaran Presiden Botha untuk membebaskannya dari penjara sekiranya dia menolak keganasan.

Berakhirnya Aparteid
Setelah menolak beberapa tawaran bersyarat rejim Afrika Selatan, Mandela akhirnya dibebaskan pada 11 Februari 1990. Akibat tentangan hebat parti ANC dan tekanan antarabangsa, Presiden F.W. de Klerk terpaksa akur dan membebaskan semua tahanan politik termasuk Mandela dan juga mengakhirkan pengharaman parti ANC.
Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

Kematian
Setelah lama sakit, Mandela meninggal dunia akibat jangkitan peparu pada 5 Disember 2013 di rumahnya di Houghton, Johannesburg. Kematian beliau diumumkan Presiden Jacob Zuma. Beliau dijangka dikebumikan selepas 12 hari.   - gotomelaka.blogspot.com


Robben Island. The photo was taken during the 1977 media visit. On that day Mandela and his comrades were told to work in the garden instead of going to the lime quarry, which was their usual

Nelson Mandela and wife Winnie raise fists upon his release from Victor Verster prison, 11 February 1990 in Paarl after served over 27 years in prison

Nelson Mandela road to freedom

The photograph is of a meeting with, amongst others, Arafat, Mandela and Gadaffi. The date and venue of the meeting is unknown

Mandela with child 2002

Nelson Mandela is known as “Madiba”. Madiba is a term used for older people, particularly men, fitting for a man called the father of the South African nation.

FIFA Worldcup Trofy... In 2004, Mandela was successfully campaigning for South Africa to host the 2010 FIFA World Cup. Mandela lifting the FIFA World Cup Trophy after South Africa was awarded host status...




Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

No comments: