11 June 2014

Kereta Api Cepat KLIA-Melaka

Rel Kereta Api Pelengkap Pembangunan Di Melaka


Sekiranya ada rangkaian kereta api yang cepat, mungkin pengguna boleh sampai ke KLIA dari Melaka dalam masa kurang daripada 40 minit.


AYER KEROH- Melaka berharap akan mempunyai sambungan rel keretapi ke rangkaian laluan utama bagi kemudahan jaringan dan sistem jalan raya di negeri ini.

Timbalan Exco Pembangunan Industri dan Pelaburan Negeri, Sulaiman Md. Ali berkata, sistem penyambungan jalan raya yang menghubung Melaka dengan laluan utama itu adalah relevan berdasarkan aliran trafik yang semakin sibuk.

Katanya, penyambungan rel ke arah utara, selatan dan timur boleh menjadi alternative dalam sistem jalan raya untuk memudahkan aliran trafik mana-mana kenderaan di jalan dan lebuh raya.

“Mungkin ini adalah satu projek Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) yang boleh dibawa kepada perbincangan serius antara kerajaan Negeri Melaka dan kerajaan Persekutuan.

“Umpamanya, pada masa ini memang tidak ada sambungan rel antara Melaka dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pengguna terpaksa melalui jalan raya selama kira-kira 2jam.

Jadi sekiranya ada rangkaian kereta api yang cepat, mungkin pengguna boleh sampai ke KLIA dari Melaka dalam masa kurang daripada 40 saatminit.

Sulaiman berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Antarabangsa CILT 2014 Melaka, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka(MITC)

Menurut beliau lagi, CILT turut berupaya merangsang peranan profesional dalam usaha pembangunan dan pengangkutan di Melaka.

“Kami masih memerlukan sistem jalan raya yang betul yang bebas daripada kesesakan termasuk peruntukkan rangkaian pengangkutan untuk kegunaan orang awam.

“Ini termasuk juga sebuah pelabuhan maritim yang akan memudahkan pemindahan kargo antarabangsa sekali gus bertindak sebagai pusat logistic utama di sini dan negeri-negeri di sekitarnya.

“Saya percaya persidangan CLIT ini sesungguhnya sangat tepat pada masanya ketika kerajaan Negeri Melaka sedang memulakan pertumbuhan ekonomi dengan banyak projek yang dirancang dan dicadangkan pada masa akan datang,” katanya sambil menambah khidmat profesional CILT akan membantu kerajaan negeri merangka perancangan bertaraf dunia.

Hadir sama Presiden CILT Antarabangsa, Dr. Dorothy Chan, Timbalan Presiden CILT Malaysia, Dr. Rosli Azad Khan dan Ketua Pegawai Operasi Penang Port, Datuk Niana Merican.

Turut hadir Pengarah Presiden QBE Pool Indonesia, Aziz Adam Sattar, Pengarah Urusan Seloga Holding, Datuk Rosli Sharif dan Pengarah Eco Port UK, Julian King.

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 

 KLIA-MELAKA


Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

09 June 2014

Dubai United Arab Emirates UAE

gotomelaka.blogspot.com 
Dubai Emiriah Arab Bersatu
Dubai is the most popular city in the United Arab Emirates (UAE). It is located on the southeast coast of the Persian Gulf and is the capital of the Emirate of Dubai, one of the seven emirates that make up the country. Abu Dhabi and Dubai are the only two emirates to have veto power over critical matters of national importance in the country's legislature. The city of Dubai is located on the emirate's northern coastline and heads up the Dubai Sharjah Ajman metropolitan area. Dubai is to host World Expo 2020.

Port of Dubai

Dubai has emerged as a global city and business hub of the Middle East. It is also a major transport hub for passengers and cargo. By the 1960s, Dubai's economy was based on revenues from trade and, to a smaller extent, oil exploration concessions, but oil was not discovered until 1966. Oil revenue first started to flow in 1969. Dubai's oil revenue helped accelerate the early development of the city, but its reserves are limited and production levels are low: today, less than 5% of the emirate's revenue comes from oil. The emirate's Western style model of business drives its economy with the main revenues now coming from tourism, aviation, real estate, and financial services. Dubai has recently attracted world attention through many innovative large construction projects and sports events. The city has become iconic for its skyscrapers and high-rise buildings, in particular the world's tallest building, the Burj Khalifa.

As of 2012, Dubai is the 22nd most expensive city in the world and the most expensive city in the Middle East. In 2014, Dubai's hotel rooms were rated as the second most expensive in the world, after Geneva. Dubai was rated as one of the best places to live in the Middle East by U.S. global consulting firm Mercer.

Tourism in Dubai


Dubai International Airport 
Dubai United Arab Emirates UAE


Tourism is an important part of the Dubai government's strategy to maintain the flow of foreign cash into the emirate. Dubai's lure for tourists is based mainly on shopping, but also on its possession of other ancient and modern attractions. As of 2013, Dubai was the 7th most visited city of the world based on air traffic and the fastest growing, increasing by a 10.7% rate. Dubai is expected to accommodate over 15 million tourists by 2015. The emirate is also the most populous of the seven emirates of the United Arab Emirates. Dubai was rated as one of the best places to live in the Middle East by U.S. global consulting firm Mercer.





Palm Islands


Palm Islands are three artificial islands, Palm Jumeirah, Deira Island and Palm Jebel Ali, on the coast of Dubai, United Arab Emirates. As of November 2014, only Palm Jumeirah has been completed. This island takes the form of a palm tree, topped by a crescent. After completion, Palm Jebel Ali will take a similar shape; each island will be host to a large number of residential, leisure and entertainment centers and will add a total of 520 kilometers of non-public beaches to the city of Dubai.

The creation of the Palm Jumeirah began in June 2001. Shortly after, the Palm Jebel Ali was announced and reclamation work began. This island was meant to be a bigger island, but it was later downsized. A third island was planned and construction started, but this project was later remodelled and renamed to Deira Island.contracting companies around the world with 100 nationalities of workers. It is a building icon



Palm Jumeirah



Atlantis
Atlantis, The Palm Dubai is a UAE hotel resort located at the apex of the Palm Jumeirah in the United Arab Emirates. It was the first resort to be built on the island and is themed on the myth of Atlantis but includes distinct Arabian elements. The resort opened on September 24, 2008

Guests who attended the event included Charlize Theron, Dan Ilic, Datuk Shah Rukh Khan, Robert De Niro, Janet Jackson, Lily Allen, Amit Kumar, Mischa Barton, Chris Tucker, Michael Jordan, Wesley Snipes, Andrea Colognoli, and Lindsay Lohan. Priyanka Chopra was chosen as the Goddess of Atlantis to inaugurate the resort. Australian diva Kylie Minogue performed her debut concert alongside Lebanese singer Nawal Al Zoghbi at the event.

As part of the opening, a light show of moving images was illuminated onto the hotel. 100,000 fireworks, around seven times the amount that were used for the opening ceremony of the 2008 Beijing Olympics, were let off, lasting 15 minutes.


Burj Al Arab
The Burj Al Arab (Tower of the Arabs), a luxury hotel, is frequently described as "the world's only 7 star Hotel"









Burj Khalifa



Burj Khalifa is an 828 metres (2,717 ft) high skyscraper in Dubai, and the tallest man-made building in the world. 
The tower was inspired by the structure of the desert flower named as Hymenocallis. 
It was constructed by more than 30 contracting companies around the world with 100 nationalities of workers. It is a building icon




gotomelaka.blogspot.com 
Dubai mempunyai penduduk teramai dan merupakan bandar kedua terbesar setelah Abu Dhabi. Dubai dibezakan dari ahli-ahli lain di UAE dengan jualan dari minyak mengandungi hanya 6% keluaran dalam negara kasar. Kebanyakan jualan emiriah adalah dari Zon Bebas Jebel Ali (ZBJA) dan, kenaikannya, dari pelancongan.

Dengan pembinaan dan pembangunan dalam berbagai industri, Dubai telah menarik perhatian sedunia melalui projek pembaharuan hartanah, pesta sukan, persidangan dan rekod Guinness. Walau bagaimanapun, ini menarik perhatian, bersesuaian dengan kemunculannya sebagai sebuah hab bisnes dunia.

Dubai kini dipimpin oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Makhtoum yang juga Wakil Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu. Meskipun bentuk pemerintahan Dubai adalah dalam bentuk kerajaan berpelembagaan, namun kerajaan berpelembagaan itu terpaksa tunduk pada undang-undang yang berlaku di sana.

Luas Dubai sekitar 4.114km2 dengan penduduknya hanya sekitar 2,262,000 orang dengan majoriti penduduk adalah pendatang dari sekitar 100 negara dari setiap penjuru dunia. Kerana Dubai dihuni oleh banyak bangsa, maka kebudayaannya pun telah beraneka ragam dan dipelbagaikan. 

Kerana pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain, maka Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat mendorong pendapatan kota ini dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor bisnes perniagaan, ekonomi, perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan. Kebanyakan dari bangunan-bangunan yang dibina di Dubai amat menekankan bentuk dan kesenian yang berunsur keIslaman dan kontemporari.

Dubai telah banyak sekali membangunkan hotel dan pusat menbeli belah mewah dengan infrastruktur kelas pertama untuk menarik minat para pelancong bagi melancong ke kota bertaraf Dunia ini. Apabila dilihat beberapa hotel supermewah, seperti Hotel Atlantis dan Burj Al Arab, gedung canggih seperti Dubai Dynamic Tower, serta Pulau Palma yang luar biasa, pasti pelancong akan terpegun dan terkaku sebentar akan kemewahan dan perbezaan bentuk kota yang diperagakan.


Pulau Palma
Pulau Palma atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Palm Island. Ia merupakan pulau buatan di Dubai yang bentuknya menyerupai pohon palma. Pulau ini tidak dicipta untuk satu gugusan pulau sahaja, tetapi ia telah dicipta untuk tiga gugusan.

Pulau buatan menyerupai pohon palma ini telah diberikan sebagai Palma Jumeirah, Palma Jebel Ali, dan Palma Deira yang luasnya sekitar 25km dua kaki persegi. Pulau buatan ini dibentuk dengan cara reklamasi yang di atasnya sedang dan akan dibangun lebih dari 100 hotel mewah, banglo perumahan, apartment, restoran, dan sebagainya.


Hotel Atlantis
Hotel ini telah menghebohkan dunia kerana pembukaan dan perasmiannya pada 24 September 2008 dihadiri begitu banyak pesohor Hollywood dan Bollywood, seperti Datuk Shah Rukh Khan, Rani Mukerji, Lily Allen, Robert De Niro, Priyanka Chopra, Denzel Washington, Janet Jackson, Sarah, Duchess of York, Charlize Theron, Sir Richard Branson, Mischa Barton, Chris Tucker, Michael Jordan, Wesley Snipes dan Lindsay Lohan.

Hotel mewah ini menjadi salah satu hotel termahal di dunia dengan biaya menginap sekitar 231043 US Dolar semalam. Tetapi yang istimewanya, Selain dari bilik tidur yang spektakular melebihi 2000 bilik, hotel ini juga menyediakan akuarium raksasa terdiri lebih dari 65.000 ikan, Terdapat juga dolphinarium atau akuarium khusus bagi ikan lumba-lumba dalam hotel ini. Kebanyakan ikan lumba-lumba khusus didatangkan dari Kepulauan Solomon.


Burj Al Arab
Salah satu hotel mewah di Dubai yang terkenal kerana bentuknya. Dengan ketinggian sekitar 321 meter dan berbentuk seperti perahu layar dhow serta terletak di Palma Jumeirah, pembinaan hotel ini telah menelan belanja lebih kurang US$650 juta. Ini sekaligus menjadikan Burj Al-Arab adalah binaan hotel yang termahal didunia serta menjadi salah satu hotel yang dibanggakan di Dubai. Burj Al-Arab juga kini telah dinobatkan sebagai satu-satunya hotel didunia yang mempunyai gred Hotel 7 bintang.


Burj Khalifa
Burj Khalifa (Menara Khalifa), dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 meter (2,717 ka). 





Farihan[Han]
Melaka Bandaraya Warisan Dunia
http://gotomelaka.blogspot.com
Malacca World Heritage City UNESCO
Melaka Bandaraya Bersejarah
Melaka Malacca Malaysia

25 May 2014

Maraton Antarabangsa Sungai Melaka 2014

Melaka River International Marathon 2014


Maraton Antarabangsa Sungai Melaka 2014
pada 8 Jun 2014 (Ahad) bertempat di Hadapan Dataran Pahlawan, Banda Hilir Melaka

MELAKA- Seramai 10,000 peserta dijangka menyertai pertandingan Marathon Antarabangsa Sungai Melaka 2014 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM120,000 bermula 8 Jun ini.

Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin berkata, pertandingan itu turut menarik penyertaan peserta dari luar negara seperti Jepun, Norway, England, New Zealand, Denmark, Amerika Syarikat, Kenya, Jerman, Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura, Iran, India dan Thailand.

Larian tersebut membabitkan empat kategori utama iaitu sejauh 42 kilometer (km), 21 km, 10 km dan 5 km (Fun Run).

Beliau berkata, kategori Terbuka Lelaki untuk peringkat umur 18 tahun ke atas bagi jarak 42 km menawarkan hadiah tertinggi iaitu juara bakal meraih RM10,000.

Marathon antarabangsa yang julung kali diadakan MBMB ini bertujuan mempromosi dan memperkenalkan Sungai Melaka ke peringkat antarabangsa selain bertepatan dengan usaha menarik pelancong ke negeri ini.

Marathon Antarabangsa Su­ngai Melaka ini juga diadakan sempena sambutan Ulang Tahun MBMB Ke-11 dan Festival Antarabangsa Sungai Melaka.

Antara kawasan warisan yang bakal dilalui peserta ialah sekitar Banda Hilir, Kota Laksamana, Kampung Morten, Sungai Melaka serta kawasan sehingga ke Klebang dan Pantai Puteri mengikut kategori yang ditentukan...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

12 May 2014

Masuk Percuma ke Muzium & Galeri di Melaka pada 18 Mei

Sempena Hari Muzium Antarabangsa
Masuk Percuma ke Muzium & Galeri di Melaka pada 18 Mei 2014 (Ahad) Sempena Hari Muzium Sedunia / FREE Entrance to All Museum and Gallery in Malacca

BANDARAYA MELAKA- Sempena Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei setiap tahun, para pelancong dari dalam dan luar Negara berpeluang melawat 25 buah muzium dan 12 buah galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) secara percuma pada tarikh tersebut.

Menurut Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis, setiap kali sambutan Hari Muzium Antarabangsa, perzim akan memberi peluang kepada para pelancong mengunjungi muzium secara percuma bagi mendekatkan para belia dengan warisan dan khazanah Melaka mahupun negara.

Tema Hari Muzium Antarabangsa 2014 ialah “Koleksi Muzium Menjalin Hubungan”.  Selamat Menyambut Hari Muzium Antarabangsa 2014... 


Diantara Muzium dan Galeri di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) :-


Rangkaian Muzium PERZIM Di Melaka

Muzium Sejarah & Etnografi
Muzium Pendidikan
Muzium Sastera
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Muzium Belia Malaysia
Muzium Islam Melaka
Muzium Rakyat
Muzium Kecantikan
Muzium Layang-layang
Muzium Setem Melaka
Muzium Istana Kesultanan Melaka
Muzium Dunia Melayu Dunia Islam
Muzium Samudera (Flor de La Mar)
Muzium Samudera Fasa II
Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia
Muzium Al-Quran
Muzium Chetti
Muzium Orang Asli
dll..


Rangkaian Galeri PERZIM Di Melaka

Galeri Balai Seni Lukis Melaka
Galeri Seni Rakyat
Galeri 3D
Galeri Ketua Menteri Melaka
Galeri Melaka
Galeri Balai Polis Batang Tiga
Galeri Demang Abdul Ghani
Galeri Laksamana Cheng Ho
dll..



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City 

29 April 2014

Melaka Sedia Bas Khas Ke Lokasi Pelancongan


Bas Double Decker / Bas London

BANDARAYA MELAKA- Panorama Melaka, menyediakan perkhidmatan bas Double Decker bagi kemudahan orang ramai dan pelancong menikmati keindahan sekitar lokasi tumpuan ramai di negeri ini.

Antara lokasi itu ialah di sekitar Banda Hilir, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Jonker Street serta tempat bersejarah Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO. Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd, Mohd. Salleh Jusman berkata, bas berkenaan akan mengambil penumpang bermula dari Menara Taming Sari menuju ke Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Bukit Senjuang, Bukit Cina, Jalan Munshi, Hang Tuah Mall, Ong Kim Wee, Jonker Walk, Masjid Kampung Hulu, Kampung Pantai, Stadthuys, Kapal Samudera dan kembali ke Menara Taming Sari dengan tambang RM5 bagi dewasa dan RM2.50 untuk kanak-kanak.

Bas Double Decker beroperasi setiap Isnin hingga Khamis (5 petang hingga 10 malam), manakala Sabtu dan Ahad bermula jam 4 petang hingga 10 malam dengan tempoh perjalanan kira-kira 45 minit.

Bas Double Decker milik Panorama Melaka yang menawarkan perkhidmatan khas ke lokasi tumpuan pelancong bermula di Menara Taming Sari Melaka


London Bus Routes


Bus Double Decker ketika melalui Stadthuys...



Bas Panorama Melaka turut menyediakan perkhidmatan dari Melaka Sentral melalui Bangunan Merah dan beberapa destinasi tumpuan pelancong lain dengan kekerapan 20 minit bagi setiap bas.


Selain itu, PMSB turut menyediakan perkhidmatan bas Panorama Melaka (tujuh bas) dari Melaka Sentral ke Ujong Pasir melalui Jalan Mata Kucing, Pengkalan Rama, Jalan Bendahara, Bangunan Merah, Mahkota Parade, Banda Hilir, Ujong Pasir dan Taman Hilir Garden dan kembali ke Melaka Sentral. "Perkhidmatan bas berkenaan turut melalui lokasi tumpuan pelancongan dengan kekerapan laluan bagi setiap bas adalah 20 minit," ujarnya.

Kata Mohd. Salleh lagi, kesemua bas berkenaan beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 9.30 malam.




Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

05 April 2014

Avenue des Champs Elysees

Tourist attractions in Melaka Paris


Avenue des Champs Elysees Paris France... Champs Elysees, boulevard utama yang melintasi tengah Bandar Paris. Boulevard ini mempunyai jalan tengah yang luas untuk lalu-lintas kereta dan dua buah jalan kecil antara jalan tengah dengan deretan bangunan di kiri kanan untuk pelancong/pelawat ke kedai dan restoran...   Photo by Josh Hallett

The Avenue des Champs-Elysées is probably the most famous avenue in the world. This impressive street stretches from the Place the la Concorde to the Place Charles de Gaulle, the site of the Arc de Triomphe. The Champs-Elysées is almost two kilometers long(2KM long) and seventy meters wide (70m wide). At its western end the street is bordered by cinemas, theaters, cafés and luxury shops. On the opposite end, near the Place de la Concorde, the street is bordered by the Jardins des Champs-Elysées, beautifully arranged gardens with fountains and some grand buildings including the Grand and Petit Palais at the southern side and the Elysée at its northern side. The latter has been the residence of the French Presidents since 1873.

The Champs-Elysées is used for all the major celebrations. This is where Parisians celebrate New Year's Eve and where the military parades are held on the 14th of July. Historic national events, like the Liberation at the end of the second World War or the victory in the World Cup football were also celebrated on this wide avenue.


In the sixteenth century this area was nothing but fields outside the center of Paris. In 1616 Marie de Medicis decided to create a long tree-lined path going east from the Tuileries. The route was redesigned in 1667 by renowned landscape designer André Le Nôtre as an extension of the Jardins des Tuileries. The promenade, now called 'Grande Allée du Roule' or 'Grand-Cours' had become a fashionable place but was still isolated from the city with few buildings surrounding the area.

Twenty-seven years later the promenade was renamed to 'Champs-Elysées', or Elysian Fields in English. The name was derived from Greek mythology where 'Elusia' is a place where heroes come to relax.

In 1724 the Champs-Elysées was extended all the way to the Chaillot hill (now known as l'Etoile, the site of the Arc de Triomphe). Its current form took shape in 1838 when French architect Ignaz Hittorf - who was redesigning the Place de la Concorde - created the Jardins des Champs-Elysées. He also installed sidewalks, gas lamps and fountains. The Champs-Elysées started to attract more and more restaurants and hotels, especially after 1900 when the Paris metro line nr 1 reached the Etoile station.

The lastest redesign of the prestigious avenue was done in 1994 by Bernard Huet. The side lanes were converted into pedestrian zones, an underground parking lot was created and new trees were planted. Cars now only occupy half the width of this grand avenue.




Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

28 March 2014

Earth Hour Melaka Malaysia 2014


Earth Hour is a global environmental initiative in partnership with WWF. At 8:30pm-9.30p.m on Saturday 29th March 2014, individuals, businesses, governments and communities will turn off their lights for one hour to show their support for environmentally sustainable action towards the betterment of the one thing that unites us all: our living planet. 

Earth Hour began in 2007 in a single city, but by 2012, Earth Hour reached more than 7,000 cities and towns across 152 countries and territories, becoming “The world’s largest campaign for the planet”. 

Everyone is invited to TURN OFF their lights for one hour on Saturday, 29 March 2014 at 8.30pm - 9.30p.m to show their support for environmentally sustainable action.



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Malacca World Heritage City

27 March 2014

Melaka Pet Expo di MIBC

Pet Expo di MIBC Melaka

AYER KEROH, MELAKA- Orang ramai dijemput hadir memeriahkan lagi Melaka Pet Expo 2014 yang akan berlangsung di ruang legar Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), pada 29 hingga 30 Mac ini.

Pengurus program, Firdaus Sani berkata, program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada peminat kucing dan haiwan peliharaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

"Orang ramai yang hadir pada program itu akan diberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai cara penjagaan dan mengurus haiwan peliharaaan kesayangan mereka dengan cara yang betul.

"Ini juga dapat dilihat sebagai platform kepada peminat haiwan peliharaan untuk berkumpul bersama-sama dan berkongsi minat dalam bidang ini," katanya ketika ditemui semasa memberikan penerangan kepada wakil media di MIBC, hari ini.

Menurutnya lagi, orang ramai juga berpeluang untuk memiliki kucing peliharaan sendiri menerusi program Pengambilan Kucing Angkat Terbesar di Melaka Pet Expo 2014 yang akan diberikan secara percuma pada program itu.

"Pemberian secara percuma kepada orang ramai yang berminat pada program itu adalah bagi membela nasib kucing yang kurang bertuah itu untuk dipelihara," ujarnya.

Katanya lagi, expo berkenaan turut dimeriahkan dengan Pertandingan Kucing membabitkan kira-kira 170 ekor kucing pelbagai baka dari dalam dan luar negara, di samping Pameran Haiwan Peliharaan Mini (Small Pet), Pameran Haiwan Exotic juga Taman Arnab.


Melaka Pet Expo 2014 yang akan berlangsung di Melaka International Bowling Centre (MIBC Melaka)






Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City