12 May 2014

Masuk Percuma ke Muzium & Galeri di Melaka pada 18 Mei

Sempena Hari Muzium Antarabangsa
Masuk Percuma ke Muzium & Galeri di Melaka pada 18 Mei 2014 (Ahad) Sempena Hari Muzium Sedunia / FREE Entrance to All Museum and Gallery in Malacca

BANDARAYA MELAKA- Sempena Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei setiap tahun, para pelancong dari dalam dan luar Negara berpeluang melawat 25 buah muzium dan 12 buah galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) secara percuma pada tarikh tersebut.

Menurut Pengurus Besar Perzim, Datuk Khamis, setiap kali sambutan Hari Muzium Antarabangsa, perzim akan memberi peluang kepada para pelancong mengunjungi muzium secara percuma bagi mendekatkan para belia dengan warisan dan khazanah Melaka mahupun negara.

Tema Hari Muzium Antarabangsa 2014 ialah “Koleksi Muzium Menjalin Hubungan”.  Selamat Menyambut Hari Muzium Antarabangsa 2014... 


Diantara Muzium dan Galeri di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) :-


Rangkaian Muzium PERZIM Di Melaka

Muzium Sejarah & Etnografi
Muzium Pendidikan
Muzium Sastera
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka
Muzium Belia Malaysia
Muzium Islam Melaka
Muzium Rakyat
Muzium Kecantikan
Muzium Layang-layang
Muzium Setem Melaka
Muzium Istana Kesultanan Melaka
Muzium Dunia Melayu Dunia Islam
Muzium Samudera (Flor de La Mar)
Muzium Samudera Fasa II
Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia
Muzium Al-Quran
Muzium Chetti
Muzium Orang Asli
dll..


Rangkaian Galeri PERZIM Di Melaka

Galeri Balai Seni Lukis Melaka
Galeri Seni Rakyat
Galeri 3D
Galeri Ketua Menteri Melaka
Galeri Melaka
Galeri Balai Polis Batang Tiga
Galeri Demang Abdul Ghani
Galeri Laksamana Cheng Ho
dll..



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City 

No comments: