29 April 2014

Melaka Sedia Bas Khas Ke Lokasi Pelancongan


Bas Double Decker / Bas London

BANDARAYA MELAKA- Panorama Melaka, menyediakan perkhidmatan bas Double Decker bagi kemudahan orang ramai dan pelancong menikmati keindahan sekitar lokasi tumpuan ramai di negeri ini.

Antara lokasi itu ialah di sekitar Banda Hilir, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Jonker Street serta tempat bersejarah Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO. Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd, Mohd. Salleh Jusman berkata, bas berkenaan akan mengambil penumpang bermula dari Menara Taming Sari menuju ke Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Bukit Senjuang, Bukit Cina, Jalan Munshi, Hang Tuah Mall, Ong Kim Wee, Jonker Walk, Masjid Kampung Hulu, Kampung Pantai, Stadthuys, Kapal Samudera dan kembali ke Menara Taming Sari dengan tambang RM5 bagi dewasa dan RM2.50 untuk kanak-kanak.

Bas Double Decker beroperasi setiap Isnin hingga Khamis (5 petang hingga 10 malam), manakala Sabtu dan Ahad bermula jam 4 petang hingga 10 malam dengan tempoh perjalanan kira-kira 45 minit.

Bas Double Decker milik Panorama Melaka yang menawarkan perkhidmatan khas ke lokasi tumpuan pelancong bermula di Menara Taming Sari Melaka


London Bus Routes


Bus Double Decker ketika melalui Stadthuys...



Bas Panorama Melaka turut menyediakan perkhidmatan dari Melaka Sentral melalui Bangunan Merah dan beberapa destinasi tumpuan pelancong lain dengan kekerapan 20 minit bagi setiap bas.


Selain itu, PMSB turut menyediakan perkhidmatan bas Panorama Melaka (tujuh bas) dari Melaka Sentral ke Ujong Pasir melalui Jalan Mata Kucing, Pengkalan Rama, Jalan Bendahara, Bangunan Merah, Mahkota Parade, Banda Hilir, Ujong Pasir dan Taman Hilir Garden dan kembali ke Melaka Sentral. "Perkhidmatan bas berkenaan turut melalui lokasi tumpuan pelancongan dengan kekerapan laluan bagi setiap bas adalah 20 minit," ujarnya.

Kata Mohd. Salleh lagi, kesemua bas berkenaan beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 9.30 malam.




Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

No comments: