25 May 2014

Maraton Antarabangsa Sungai Melaka 2014

Melaka River International Marathon 2014


Maraton Antarabangsa Sungai Melaka 2014
pada 8 Jun 2014 (Ahad) bertempat di Hadapan Dataran Pahlawan, Banda Hilir Melaka

MELAKA- Seramai 10,000 peserta dijangka menyertai pertandingan Marathon Antarabangsa Sungai Melaka 2014 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM120,000 bermula 8 Jun ini.

Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin berkata, pertandingan itu turut menarik penyertaan peserta dari luar negara seperti Jepun, Norway, England, New Zealand, Denmark, Amerika Syarikat, Kenya, Jerman, Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura, Iran, India dan Thailand.

Larian tersebut membabitkan empat kategori utama iaitu sejauh 42 kilometer (km), 21 km, 10 km dan 5 km (Fun Run).

Beliau berkata, kategori Terbuka Lelaki untuk peringkat umur 18 tahun ke atas bagi jarak 42 km menawarkan hadiah tertinggi iaitu juara bakal meraih RM10,000.

Marathon antarabangsa yang julung kali diadakan MBMB ini bertujuan mempromosi dan memperkenalkan Sungai Melaka ke peringkat antarabangsa selain bertepatan dengan usaha menarik pelancong ke negeri ini.

Marathon Antarabangsa Su­ngai Melaka ini juga diadakan sempena sambutan Ulang Tahun MBMB Ke-11 dan Festival Antarabangsa Sungai Melaka.

Antara kawasan warisan yang bakal dilalui peserta ialah sekitar Banda Hilir, Kota Laksamana, Kampung Morten, Sungai Melaka serta kawasan sehingga ke Klebang dan Pantai Puteri mengikut kategori yang ditentukan...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City