BANDARAYA MELAKA- Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka(PPSPNM) telah bekerjasama dengan hotel-hotel untuk jualan Tiket Melaka River Cruise kepada para pelancong yang bermalam di hotel-hotel di negeri ini.
Pengurus Bahagian Pemasaran dan Event, Abd Mutalib Che Man berkata, pelancong dalam dan luar negara yang menginap di hotel-hotel negeri ini boleh mendapatkan tiket Melaka River Cruise tanpa beratur di kaunter-kaunter di Sungai Melaka.
Menurutnya, langkah itu bagi mengurangkan kesesakan orang ramai membeli tiket menaiki Melaka River Cruise terutama sempena musim cuti sekolah ini dan perayaan Krismas tidak lama lagi.
Lebih 80 peratus hotel menjalinkan kerjasama bersama PPSPNM, antaranya Hang Tuah Heritage, Hotel Avillion, Hotel Puri, Best Western, Cowboy, Dreamhotel, Straits Meridian Hotel, Casa Del Rio, Quayside Hotel, Gingerflower Boutique Hotel, Hotel Bendahara dan banyak lagi…
Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Korporat dan Pemasaran PPSPNM, Liza Deraman berkata, usaha itu akan diteruskan walaupun setelah tamat cuti persekolahan dan perayaan Krismas nanti memandangkan ia mampu memberi keselesaan kepada pelancong yang menginap di hotel berkenaan.
“Terima kasih kepada semua hotel yang berkerjasama dengan PPSPNM dan usaha dan jalinan seumpama ini diharap dapat diteruskan bagi mempromosi pelancongan negeri ini di mata dunia,” ujarnya.
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City
No comments:
Post a Comment