29 November 2013

Showcase SDSI 2013

gotomelaka.blogspot.com Showcase Satu Daerah Satu Industri Peringkat Nasional 2013


Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 yang menjadi pemeran tahunan terbesar menghimpunkan produk/ perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia. Program ini menjadi platform terutamanya kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk mempromosikan keluaran mereka di peringkat domestic dan antarabangsa.  Selain tujuan promosi, pameran SDSI ini dapat meningkatkan imej produk SDSI serta member pendedahan kepada orang ramai bahawa keluaran SDSI adalah berpontei dan berkualiti. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan serta memperluaskan rantaian perniagaan di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, stokis dan pelbagai jaringan yang boleh dimanfaatkan. Ini dapat membantu usahawan dan bakal usahawan untuk menambah ilmu serta memperkembangkan lagi perniagaan mereka.

Pameran yang telah berlangsung 8 kali sejak diperkenalkan ini semuanya dilangsungkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Showcase SDSI pada tahun 2013 diadakan pada 29hb November – 1hb Disember 2013 di MITC, Melaka. Program 3 hari itu terdiri daripada 6 program/aktiviti iaitu :-

  •     Pameran dan Jualan
  •     Seminar Keusahawan
  •     Business Matching
  •     Klinik Usahawan
  •     Menu Malaysia
  •     Aktiviti Tarikan Pengunjung
  •     Pertandingan SDSI


Banyak perkara menarik di sana antaranya tempat pameran yang disediakan. Berbeza dengan pameran-pameran lain, Showcase SDSI ini berkonsepkan pameran usahawan mengikut negeri di mana setiap negeri akan mendirikan pavilion berdasarkan kreativiti negeri masing-masing. Setiap pavilion menempatkan antara 10-30 usahawan SDSI terpilih dari negeri masing-masing.  Selain pavilion negeri, agensi-agensi Kerajaan berkaitan seperti Jabatan Perdana Menteri, Felda, Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta beberapa agensi lain juga menyediakan pavilion yang unik. Sememangnya pembinaan pavilion yang kreatif dapat menarik minat pengunjung untuk masuk ke sana. Terdapat banyak pengusaha-pengusaha kecil sederhana yang mempamerkan produk keluaran syarikat mereka. Pelbagai produk daripada bahan makanan, pakaian dan kraftangan menjadi antara produk pameran di pavilion masing. Selain dari mempromosikan jualan,  jualan produk syarikat mereka dilakukan.  Bagi memeriahkan lagi suasana terdapat juga pavilion yang mempersembahkan nyanyian, tarian serta demonstasi permainan alat tradisional kepada pengunjung.





Melaka Bandaraya Warisan Dunia
http://gotomelaka.blogspot.com
Melaka World Heritage City

No comments: