30 March 2013

Menara Persekutuan Melaka

Pusat Khidmat Sehenti Permudah Urusan Rakyat

 Menara Persekutuan prasarana canggih, menempatkan 24 Jabatan

AYER KEROH- Pembinaan Menara Persekutuan Melaka di lokasi strategik pusat perbandaran terancang di MITC adalah jelas membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak, sentiasa mendahulukan rakyat dalam segala sudut termasuk penyediaan prasarana yang canggih untuk manfaat rakyat di negeri ini.

Pembinaan Menara Persekutuan Melaka setinggi 21 tingkat dan menempatkan 24 Jabatan adalah satu lagi terjemahan kepada transformasi Perkhidmatan Awam yang digerakkan oleh Perdana Menteri, sekaligus mencerminkan iltizam Kerajaan untuk merealisasikan setiap perancangan kepada tindakan yang pastinya akan memberikan limpahan manfaat kepada rakyat.

Kewujudan Menara Persekutuan Melaka setinggi 21 tingkat yang menempatkan 24 Jabatan juga turut menjadi ikon kebanggaan rakyat Melaka seiring dengan status Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau yang menjadi katalis kepada kemajuan masa depan Melaka yang lebih gemilang.

Pembinaan Menara Persekutuan Melaka berharga RM208 juta ini turut menyaksikan Kerajaan telah mengotakan janjinya serta melambangkan kelangsungan agenda transformasi negara dalam menjaga kebajikan penjawat awam di Melaka dengan menyediakan kemudahan yang selesa supaya dapat terus menyumbang perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Dengan adanya Menara Persekutuan Melaka, ia bukan sahaja mempermudahkan urusan rakyat dengan agensi Kerajaan, malah pelanggan (rakyat) turut menikmati pelbagai kemudahan serba canggih, seterusnya menjadikan urusan dengan agensi Kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.

Panorama indah Menara Persekutuan Melaka yang mempamerkan sentuhan seni bina kontemperari seiring agenda transformasi negara ke arah 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' yang lebih efisen

Kini terdapat seramai 1,050 kakitangan yang bertugas di Menara Persekutuan Melaka membabitkan 24 Jabatan iaitu :-


Jabatan Kemajuan Masyarakat Melaka (ARAS 2);

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional;
Pusat Khidmat Kontraktor;
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja;
Jabatan Perhubungan Perusahaan serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (ARAS 3);

Jabatan Tenaga Kerja dan Biro Tatanegara  (ARAS 4);

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Melaka (ARAS 5);

Jabatan Bantuan Guaman (ARAS 6);

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (ARAS 6,7 & 8);

Arkib Negara Malaysia Melaka (ARAS 8);

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Bahagian Audit Sekolah (ARAS 9);

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka (ARAS 10);

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Melaka (ARAS 10);

Jabatan Insolvensi Malaysia (ARAS 12);

Majlis Keselamatan Negara (ARAS13);

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (ARAS 14);

Jabatan Penerangan Negeri Melaka (ARAS 14, 15 & 16);

Jabatan Hal Ehwal Khas- JASA (ARAS 15 & 16);

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara –PERHILITAN (ARAS 18);

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (ARAS 20) dan

Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (ARAS 18, 19 & 20).

Apa yang jelas, Menara Persekutuan Melaka yang dibina dengan sentuhan seni bina kontemperari juga adalah bukti kesungguhan Kerajaan dalam melaksanakan usaha berterusan 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' demi memastikan rakyat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Kerajaan untuk terus memberi khidmat bakti terbaik.

Majlis Perasmian Menara Persekutuan Melaka yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak tentunya akan membuka lembaran sejarah baru kepada sektor Perkhidmatan Awam.

Menara Persekutuan Melaka terletak di lokasi strategik pusat perbandaran terancang MITC
  


p/s: Selepas ini diharap lebih banyak lagi pembinaan menara2 yang menjadi mercu tanda kejayaan dan kemajuan negeri Melaka, terutama dari pihak swasta/korporat seperti Maybank, CIMB, Tabung Haji, PETRONAS, TM, TNB, syarikat telekomunikasi, multinasional dll


Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

28 March 2013

Replika Kapal Laksamana Cheng Ho di Jonker Walk Melaka

Replika Kapal Laksamana Cheng Ho

MENARIK... Sebuah replika kapal Laksamana Cheng Ho yang diletakkan berhampiran Jonker Walk berdekatan dengan Hard Rock Cafe Melaka menjadi satu imbasan sejarah apabila pelancong melalui kawasan itu.

Replika berkenaan dibina bersempena Ulang Tahun ke-608 Pelayaran Laksamana Cheng Ho dimana namanya terpahat dalam mata pelajaran Sejarah kerana membuka jalan hubungan diplomatik dua negara, Melaka dan China adalah seorang pelayar Islam legenda pada kurun ke-15.

Dikenali sebagai Ma He pada awalnya, beliau dilahirkan pada tahun 1371 dalam sebuah keluarga Cina Islam etnik Hui yang miskin.

Kunjungan bapa dan datuknya ke Mekah untuk menunaikan haji, telah menyumbang kepada pendidikan Cheng Ho sejak awal.

Beliau membesar dengan fasih bertutur dalam bahasa Arab selain bahasa ibundanya, serta belajar mengenai dunia sehingga ke Barat dan geografi serta budayanya.

Bertugas sebagai pekerja istana ketika berusia 10 tahun, Cheng Ho ditugaskan menjadi pengiring Duke Yan, yang kemudian dinobat sebagai Maharaja Yong Le yang memerintah di Dinasti Ming.

Beliau mengiringi Yan dalam banyak siri kempen ketenteraan yang membawa kejayaan dan memainkan peranan penting dalam menakluk Nanjing, ibu negara China ketika itu. Beliau kemudian dianugerahkan pangkat tinggi dalam istana dan diberi nama keluarga Zheng.

Maharaja Yong Le berusaha menaikkan imejnya dengan menghantar pegawainya belayar dan tugas nakhoda pelayaran diserahkan kepada orang kepercayaannya, Cheng Ho.

Sebuah kapal besar dengan sembilan tiang layar dan dikemudi 500 anak kapal pada setiap satunya, memulakan pelayaran pada Julai 1405 iaitu kira-kira 50 tahun sebelum Columbus menemui Amerika Syarikat.


Laksamana Cheng Ho merupakan seorang pelayar Islam legenda, pada kurun ke-15


Kebanyakan kapal dibina di Teluk Naga berhampiran Nanjing, dan peninggalannya masih boleh dilihat sehingga hari ini. Armada pertama Cheng Ho termasuk 27,870 pekerja di atas 317 kapal termasuk kelasi, kerani, penterjemah, askar, pakar perubatan dan pakar kaji cuaca. Mereka membawa kuantiti besar kargo termasuk sutera, emas, perak, peralatan tembaga serta barangan kapas.

Armada itu berlayar ke Champa berhampiran Vietnam dan selepas melepasi Laut China Selatan, ia melawat Jawa, Sumatera dan sampai ke Sri Lanka dengan melepasi Selat Melaka.

Dalam perjalanan pulang, ia belayar di sepanjang pantai Barat India dan tiba pada tahun 1407. Pada musim luruh 1413, Cheng Ho meneruskan pelayaran dengan 30,000 ahli rombongan ke Arab dalam pelayarannya yang keempat dan paling penting.

Ketibaan armada diketuai Cheng Ho itu mencetuskan sensasi di rantau itu dan 19 negara menghantar duta menaiki kapalnya dengan hadiah untuk Maharaja Yong Le.

Pada tahun 1417, selepas dua tahun di Nanjing dan melawat bandaraya lain, pembesar asing itu diiringi pulang oleh Cheng Ho sendiri. Dalam pelayaran itu, beliau mengunjungi pantai Timur Afrika, berhenti di Mogadishu, Matindi, Mombassa dan Zanzibar serta berkemungkinan besar sampai ke Mozambique.

Maharaja Yong Le meninggal dunia pada tahun 1424 sejurus selepas Cheng Ho kembali dari pelayarannya yang keenam. Pada tahun 1430, beliau masih lagi dipercayai mengetuai armada untuk kali ketujuh dan juga terakhir.

Pada usia 60 tahun, Cheng Ho melawat semula Teluk Parsi, Laut Merah dan Afrika. Beliau meninggal dunia di India dalam perjalanan pulang pada tahun 1433.


Replika kapal ini dibina bersempena dengan Ulang Tahun ke-608 Pelayaran Laksamana Cheng Ho...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

27 March 2013

Melaka Sasar 100,000 Pelajar IPT 2015

MELAKA HUB PENDIDIKAN TERSOHOR

Kerajaan Melaka mensasarkan 100,000 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini menjelang tahun 2015 bagi meningkatkan sektor pendidikan sekaligus mencapai taraf negeri berpendidikan tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Industri pendidikan di Melaka terus berkembang pesat . Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Bahagian Institusi Pengajian Tinggi (BIPT) Jabatan Ketua Menteri mencatatkan sejumlah 43,122 pelajar sedang mengikuti pengajian di 22 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan seramai 40,685 orang lagi di 27 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negeri ini, sekaligus menjadikan keseluruhannya berjumlah 83,807 orang.

Perkembangan ini jelas memperlihatkan sasaran kerajaan negeri Melaka untuk menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan pendidikan seantero dunia semakin menjadi realiti.

Dalam pada itu penambahan bilangan institusi dan pusat-pusat pengajian tinggi termasuk universiti di negeri ini sekaligus menterjemahkan bahawa Melaka terus menjadi destinasi mereka yang dahagakan ilmu.

Sepertimana pesatnya industri pelancongan Melaka BandarayaWarisan Dunia ekoran destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di negeri ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong, termasuk pelancong daripada negara luar, begitulah juga pesatnya bidang pendidikan di negeri Melaka Bersejarah ini.

Tumpuan pelajar untuk melanjutkan pengajian di negeri ini bukan sahaja datang daripada luar Melaka (daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), malah daripada negara-negara luar, sekaligus menjadikan Melaka hub pendidikan yang tersohor.

Sesungguhnya perkembangan sihat sektor pendidikan amat mengagumkan sekali. Meskipun dari segi saiznya, Melaka merupakan sebuah negeri kecil, namun kerajaan negeri Melaka sentiasa memastikan peluang-peluang pendidikan di negeri ini sentiasa terbuka luas bagi menjadikan negeri ini lembah pendidikan yang tersohor.

Kepelbagaian pengajian dari peringkat sijil hingga ke PhD yang ditawarkan oleh IPTA/IPTS di Melaka banyak memberi kelebihan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka di negeri ini. Langkah Kerajaan Negeri Melaka membuka pintu kepada mana-mana IPT di dalam maupun di luar Negara menanam pelaburan mereka di negeri ini dengan membuka kampus masing-masing sekaligus menjadikan Melaka pusat ilmu yang tersohor.

Kerajaan Negeri Melaka juga telah mengambil inisiatif mewujudkan jabatan IPT di Jabatan Ketua Menteri agar mudah untuk semua IPT di sini berurusan.

Sehingga kini (2013), Melaka punyai lebih 80,000 pelajar dan bakal bertambah dari masa ke semasa, pada masa sama penambahan pelajar/penuntut juga menyumbang kepada peningkatan sektor ekonomi negeri Melaka.



By: Farihan[Han]
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

26 March 2013

Tengkolok Terbesar Di Malaysia

Tengkolok Dendam Tak Sudah, MBR Iktiraf Arca Terbesar Negara

Arca Tengkolok Dendam Tak Sudah ini telah diiktiraf  oleh The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai yang terbesar di Malaysia.

Sungai Rambai, Melaka- “Tengkolok Dendam Tak Sudah” yang dibina dengan ketinggian 9.09 meter dan punyai ukur lilit 84.5 meter bersaiz gergasi di pintu masuk Melaka arah Selatan di Sungai Rambai, Jasin, kini menjadi satu lagi mercu tanda Gerbang Selatan di negeri Melaka.

Arca “Tengkolok Dendam Tak Sudah” ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 24 Mac 2013.

Arca yang mengambil inspirasi kepahlawanan Melayu itu sesuai dengan kedudukannya yang dibina di negeri ini sinonim dengan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Tengkolok terbesar berwarna merah hati dan putih dilengkapi lambing bulan sabit dan bintang 14 bucu ini menjadi lambang kesetiaan dan simbol perpaduan ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka serta kebanggaan masyarakat di DUN Sungai Rambai.

Tengkolok ini bukan sahaja sebagai lambang kehebatan pahlawan Melayu di zaman dahulu kala tetapi menjadi mercu tanda terbaharu tarikan ke Sungai Rambai. Ianya memberikan pandangan yang menarik kepada pengguna Lebuh AMJ.

Ia bukan sahaja dibina bagi melindungi tangki air setinggi 20 meter di tepi Lebuh Alor Gajah-Melaka–Jasin (AMJ), tapi menjadi mercu tanda terbaru sekali gus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke gerbang Selatan Melaka.

Arca yang didirikan dengan kos RM270ribu itu memperlihatkan Sungai Rambai  aktif menggiatkan aktiviti pelancongan dan turut menjadi DUN contoh yang cemerlang dalam pembangunan bagi menarik lebih ramai jumlah kedatangan pelancong.

Malah, ia pasti menjadi kebanggaan penduduk negeri ini khususnya di DUN Sungai Rambai yang punyai semakin banyak produk pelancongan.

Mercu tanda baru yang unik ini mampu membantu Melaka meningkatkan jumlah kedatangan pelancong kepada sasaran 20 juta orang menjelang 2020.

Arca yang dibina oleh kontraktor tempatan ini siap dalam tempoh tiga bulan  menggunakan ‘fiber’ itu turut menerima sijil pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records sebagai yang terbesar di Malaysia.  - Gotomelaka.blogspot.com



By: Farihan[Han]
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

24 March 2013

Ladang Jagung 1Malaysia Terbaik, Cemerlang - Sultan Johor

Sultan Ibrahim berkenan melawat Ladang Jagung 1Malaysia, pagi semalam.

BANDARAYA MELAKA, 23 Mac- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan mencemar duli melawat Ladang Jagung 1Malaysia di Jalan Gapam, Ayer Keroh, dekat sini.

Kehadiran baginda kira-kira jam 9.50 pagi itu disambut oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Selain itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh dan juga barisan Exco-exco serta Timbalan Exco turut menyambut ketibaan baginda.

Dalam lawatan itu, baginda telah diberi penerangan oleh penasihat ladang mengenai operasi dan pembukaan ladang jagung itu sebelum dibawa melawat ke ladang seluas 650 ekar dengan menaiki ‘buggy’.

Tidak sekadar melawat ladang, baginda juga berkenan mengunjungi berberapa kiosk produk tani berasaskan jagung selain merasa sendiri jagung rebus dan jagung muda segar.

Baginda turut beramah mesra dan menyantuni orang ramai yang hadir dan bersalaman dengan baginda.

Pada masa sama, baginda melahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kerajaan negeri atas pembukaan Ladang Jagung 1Malaysia yang disifatkan sebagai terbaik dan cemerlang.


Galakkan Tanaman Dan Jana Pendapatan
Tanam Jagung Di Tanah Terbiar - Mohd Ali

Jagung Rebus/Jagung Bakar boleh juga dijual di sepanjang pintu-pintu masuk ke Melaka seperti di AMJ Sungai Rambai, Simpang Ampat Alor Gajah dll…

Melaka akan mengusahakan tanah-tanah terbiar yang ada di negeri ini dengan penanaman jagung, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, ini termasuklah tanah-tanah di bawah talian atau kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mana ada di antaranya dibiarkan kosong dan tidak diusahakan.

Katanya, inisiatif ini bagi mengalakkan industri penanaman jagung agar dapat menjana jutaan pendapatan bukan sahaja kepada negeri Melaka, sebaliknya kepada pemilik tanah.

“Sebagai permulaan, pihak kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian sedang mengenal pasti pemilik tanah terbiar di negeri ini untuk berbincang bagi mengusahakan tanah terbiar itu dengan penanaman jagung.

“Bukan saja tanah milik individu, tetapi pihak kita akan mengusahakan tanah-tanah di bawah talian atau kabel TNB, dari dibiarkan kosong lebih baik ditanam dengan tanaman jagung,” ujar Mohd Ali.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Lawatan Menjunjung Kasih Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ke Ladang Penanaman Jagung 1Malaysia (JOM) di Ladang Jagung Gapam Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beritahu Mohd Ali, program penanaman jagung berkelompok ini diusahakan oleh CSR1Malaysia yang merupakan satu badan komuniti bertindak membantu menguruskan penanaman jagung secara komersil.

Jelasnya, pihak CSR1Malaysia akan memastikan semua peserta yang bersetuju menyertai program penanaman jagung mendapat manfaat sepenuhnya lebih-lebih lagi dari segi bayaran tanah yang diusahakan.

Dijangkakan 10,800 tongkol jagung dapat dihasilkan untuk satu ekar tanah yang mana pemilik tanah yang menyewakan tanah akan dibayar anggaran RM330 sebulan.

“Mengikut terma CSR1Malaysia, setiap 10 ekar tanah akan disertai tiga pemilik tanah yang akan mengusahakan tanahnya dengan penanaman jagung.

“Sehingga hari ini, 650 ekar tanah di sini (Ladang Jagung 1Malaysia Jalan Gapam) telah diusahakan yang mana 106 ekar tanah telahpun ditanam jagung,” kata Mohd Ali Sungai Rambai miliki 10 ekar ladang penanaman jagung.

Ketua Menteri berkata, hasil penanaman jagung itu amat memberangsangkan selain dapat menampung 60 peratus eksport jagung ke luar negara.

Sehubungan itu, Mohd Ali berharap agar inisiatif kerajaan negeri yang bakal membangunkan tanah-tanah terbiar dengan penanaman jagung akan mendapat sambutan orang ramai.

Khususnya pemilik tanah, bertepatan konsep menghijaukan Melaka melalui ‘Green Technology, Go Green’ selain menjadikan penanaman jagung sebagai sebuah penanaman pertanian terbesar di Melaka berjaya dilaksanakan.



Ladang Jagung 1Malaysia di Jalan Gapam, Ayer Keroh Melaka

Sultan Ibrahim juga dibawa melawat ladang seluas 650 ekar dengan menaiki ‘buggy


Merasai jagung kukus...

Jagung dalam Tin...

Sultan Ibrahim bersama Mohd Khalil dan Mohd Ali ceria ketika menikmati jagung segar yang baru dipetik...

Sultan Ibrahim (tengah) bersama Mohd Ali dan Mohd Khalil sewaktu bergambar bersama sebelum berangkat pulang


Suasana semasa lawatan D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR ke tapak tanaman jagung di Jalan Gapam. Menjunjung kasih, daulat tuanku. Sila datang lagi...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City

22 March 2013

Earth Hour 2013

Support Earth Hour
Program Earth Hour 2013

KEMPEN INI UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT DUNIA TERHADAP PEMANASAN GLOBAL DAN MEMINTA ORANG RAMAI MEMADAMKAN LAMPU DAN ELEKTRIK SELAMA 1 JAM SERENTAK PADA MASA DAN TARIKH YANG SAMA.
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU.


I'm turning off my lights this EARTH HOUR 2013 Saturday, 23 March 2013 at 8.30pm to 9.30pm...





Gotomelaka.blogspot.com
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City UNESCO