Festival Antarabangsa Sungai Melaka yang telah dianjurkan sejak tahun 2007 pada peringkat awalnya dikenali sebagai Pesta Sungai Melaka. Pada ketika itu ia dianjurkan selama satu minggu iaitu pada setiap bulan Jun yang merupakan musim cuti persekolahan.
Penganjuran Pesta ini diilhamkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam setelah melakukan lawatan kerja ke Sungai San Antonio (San Antonio River Walk) di Texas, Amerika Syarikat. Beliau yakin penganjuran Pesta Sungai Melaka ini akan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Melaka yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Venice Of The East’.
Keunikan Sungai Melaka yang menjadi nadi kepada pengkisahan sejarah negeri Melaka bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, British, dan Jepun hinggalah pengiktirafannya sebagai Melaka Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO menjadi faktor penarik kepada pelancong dari dalam dan luar Negara.
Berikutan kejayaann penganjurannya, maka Kerajaan Negeri Melaka telah melangkah setapak lagi ke hadapan apabila mengambil keputusan memanjangkan tempoh penganjurannya daripada seminggu kepada satu bulan dan membabitkan hampir 100 acara, pada tahun 2010. Ia juga telah disenaraikan dalam ‘Calender of Events Tourism Malaysia ’ oleh Kementerian Pelancongan.
Pada Tahun 2013, Acara pelancongan terbesar di negeri Melaka ini telah dinaiktaraf menjadi Festival Antarabangsa Sungai Melaka, supaya ia dapat memfokuskan kepada usaha menarik lebih ramai kehadiran dan penyertaan daripada pelancong luar Negara.
Festival Antarabangsa Sungai Melaka kali ini mengetengahkan 80 acara mega dan berprestij sejajar dengan Temanya: 'Warna Warni Kemeriahan Melaka, Kehadiran Seluruh Dunia Dialu-alukan (Colourful Excitement of Melaka, We Welcome The World).
Pelbagai Acara menarik bersesuaian dengan pelbagai Peringkat umur dianjurkan sempena festival ini antaranya adalah Persembahan Kesenian dan Kebudayaan, Perarakan Bot Berhias, Melaka International Parade, Pertandingan Gladiator, Dragon Boat Race, Pertandingan Remote Control Boat, International Seminar In Water Management, Pesta Sukan Air, Pertandingan Memancing, Melukis dll.
Pada tahun 2012, seramai 450,000 pelancong telah menghadiri dan menyertai Festival Antarbangsa Sungai Melaka dan pada tahun 2013, ia dijangka dapat menarik seramai 800,000 orang pelancong. Rancanglah percutian anda, kami mengalu-alukan kehadiran anda ke Festival Antarabangsa Sungai Melaka. Jangan lepaskan peluang ini..!!
Festival Jemputan Sungai Melaka gotomelaka.blogspot.com
25 Mei 2013 (Sabtu)
Live Band – Akasia Band 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertunjukan Bola Api – Fire Eater 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
26 Mei 2013 (Ahad)
Live Band D’Gempita 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
27 Mei 2013 (Isnin)
Pertandingan Melaka Idol (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
28 Mei 2013 (Selasa)
Pertandingan Retro (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
29 Mei 2013 (Rabu)
Pertandingan Irama Malaysia (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
30 Mei 2013 (Khamis)
Bacaan Yassin & Tahlil 7mlm-10mlm (Masjid Pengkalan Rama)
31 Mei 2013 (Jumaat)
Majlis Perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka 8mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka) *Perkhidmatan Bot Melaka River Cruise(MRC) secara percuma bagi memudahkan orang ramai berulang alik dari Taman Rempah ke Dataran Sungai Melaka, lokasi perasmian.
Pertandingan Bot Berhias 8mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Bot Berhias yang akan berlangsung pada 31 Mei dan 1 Jun membabitkan penyertaan 20 buah bot mewakili pelbagai agensi, syarikat korporat..
Seminar Sungai Antarabangsa 8pg-5ptg (Ramada Plaza Melaka)
Pameran & Jualan Kraftangan 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pameran Perusahaan Kecil & Sederhana 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pameran Teknologi Hijau 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pertandingan Bot Berhias 8mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Live Band – Akasia Band 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pameran & Jualan Kraftangan 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pameran Perusahaan Kecil & Sederhana 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Pameran Teknologi Hijau 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Persembahan Kesenian Cina 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Melaka Idol (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Persembahan Kesenian Kaum India & Portogis 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Retro (saringan) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Persembahan Komedi, Nyanyian, dan Artis Jemputan 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Irama Malaysia (saringan) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Persembahan Maulid D’Bai 9mlm-11mlm (Taman Rempah)
Pameran Kesihatan & Derma Darah 9pg-6ptg (Dataran Sungai Melaka)
- 10,000 Langkah Jalan Kaki
- Hari Tanpa Tembakau
Live Band dan Nyanyian Artis 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pameran Kesihatan & Derma Darah 9pg-6ptg (Dataran Sungai Melaka)
- 10,000 Langkah Jalan Kaki
- Hari Tanpa Tembakau
Pertandingan Bot Kawalan Jauh 9pg-5ptg (Taman Tasik Ayer Keroh)
- Dijangka menarik penyertaan 250 peserta dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Thailand, Brunei, dll, sekaligus akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records
Warna-Warni Rakyat Malaysia 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Malam Puisi 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Gotong Royong Pihak Berkuasa Tempatan/PBT 8pg-12tgh (MBMB,MPHTJ,MPAG,MPJ)
Pertandingan Bot Kawalan Jauh 9pg-5ptg (Taman Tasik Ayer Keroh)
Pertunjukkan Beca Berhias & Artis Jemputan 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Persembahan Lagu-Lagu Patriotik 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Melaka Idol (saringan) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Retro (saringan) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Irama Malaysia (saringan) 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Persembahan Kebudayaan Kanak-Kanak 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Persembahan Silat 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Retro (akhir) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Tarian Singa 8mlm-12mlm (Taman Rempah)
Larian Kitar Semula 2013 7pg-2ptg (Mydin Hypermaket)
Sukan Air 8pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Badang 9pg-5ptg (Taman Rempah)
Melaka Parade 8mlm-11mlm (Hang Tuah Mall-Taman Rempah)
Pertandingan Perahu Naga turut menggamit penyertaan peserta dari luar negara
Pertandingan Perahu Naga 9pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Persandingan Beramai-ramai Saudara Baru 8mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pameran Solek Setanjak & Peragaan Pemakaian Busana Melayu 2ptg-8mlm (Dataran Sungai Melaka)
Live Band D’Gempita 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Live Band MBMB & Persembahan Kesenian 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Melukis & Mewarna 9pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Festival Pantun 9mlm-12mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Irama Malaysia (akhir) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Maulid D’Bai 9mlm-11mlm (Taman Rempah)
Bicara Addin 9mlm-11.30mlm (Taman Rempah)
Pertandingan Melaka Idol (akhir) 9mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka)
Kayak Sirkit Kebangsaan 8pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Larian Sungai Melaka 9pg-12tgh (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Masakan Bersama Chef Selebriti 9pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Pertandingan Memancing 9pg-5ptg (Pantai Puteri)
Kayak SIRKIT Kebangsaan 8pg-5ptg (Dataran Sungai Melaka)
Majlis Penutup Rasmi Festival Antarabangsa Sungai Melaka 8mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka) *Perkhidmatan Bot Melaka River Cruise(MRC) secara percuma dari 7mlm-11mlm bagi memudahkan orang ramai berulang-alik dari Taman Rempah ke Dataran Sungai Melaka, lokasi Majlis Penutupan Rasmi.
Majlis Penutup Rasmi Festival Antarabangsa Sungai Melaka 8mlm-12mlm (Dataran Sungai Melaka) *Perkhidmatan Bot Melaka River Cruise(MRC) secara percuma dari 7mlm-11mlm bagi memudahkan orang ramai berulang-alik dari Taman Rempah ke Dataran Sungai Melaka, lokasi Majlis Penutupan Rasmi.
Cuti-cuti 1Malaysia,
Tahun Melawat Malaysia 2014
By: Farihan[Han]
Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City