29 July 2011

Presiden Termiskin di Dunia


Mahmoud Ahmadinejad...

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh stesen Televisyen Fox (AS) tentang kehidupan peribadinya: "Ketika anda melihat cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?" 

Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: "Ingat, kau tidak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran."


Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang terkagum dan terkesima : 

1. Saat pertama kali menduduki pejabat Presiden 
Beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Tehran dan menggantikannya dengan karpet biasa.

2. Beliau mendapati bahawa terdapat ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menyambut tetamu VIP, lalu beliau mengeluarkan arahan untuk menutup ruang tersebut dan menyuruh pegawai untuk menggantikannya dengan ruang yang biasa dengan 2 kerusi kayu. Walaupun nampak sederhana tetapi terlihat menakjubkan.

3. Di banyak kesempatan, beliau dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya. 

4. Di bawah kepimpinannya, ketika beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang mempunyai arahan-arahan darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menteri-menterinya untuk hidup secara sederhana dan disebutkan bahawa segala rekod peribadi mahupun ahli keluarga terdekat mereka akan diawasi, sehingga pada saat menteri-menteri tersebut keluar dari pejabatnya, mereka keluar dengan kepala menegak. 

5. Langkah pertama beliau ketika itu ialah mengumumkan kekayaan dan harta benda beliau yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Rekod banknya mempunyai baki paling minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah gaji bulanannya. 

6. Gajinya sebagai pensyarah kejuruteraan di sebuah universiti hanya senilai US$ 250 (RM 750)

7. Ahmadinejad masih tinggal di rumah warisan ayahnya. Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang penting. Bahkan beliau juga dikatakan tidak mengambil apa-apa elaun tambahan alasan beliau adalah semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

8. Satu perkara yang membuatkan para staf di pejabat presiden kagum adalah beg yang selalu dibawa oleh beliau setiap hari selalu berisikan sarapan; roti atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.
Lunch time...

9. Hal lain yang beliau ubah ialah Penggunaan Jet Terbang Presiden, beliau mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan duit cukai yang dibayar rakyat dan untuk dirinya, 
beliau hanya meminta untuk terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.

10. Beliau kerap mengadakan pertemuan dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan, dan beliau memansuhkan protokol sehingga menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang halangan. 
Beliau juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah(red carpet), sesi foto, atau penerbitan peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika berkunjung di berbagai tempat di negaranya.

11. Sekiranya perlu menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

Apakah perilaku tersebut merendahkan kedudukan presiden? Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikut kemanapun beliau pergi. Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yang diambil oleh adiknya tersebut, kemudian dipaparkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika.

12. Sepanjang solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di saf paling depan

Presiden Iran menundukan kepala sebagai rasa hormat...

13. Ketika suara azan berkumandang, beliau akan terus mengerjakan solat di manapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.

14. Majlis perkahwinan anak lelaki beliau hanya berlangsung dalam keadaan yang amat sederhana, bahkan majlis itu tidak ubah seperti perkahwinan kaum Buruh sahaja. Berikut adalah gambar-gambar majlis perkahwinan seorang anak presiden.
Tetamu hanya dihidangkan buah-buahan dan minuman...

Peace...



By:Han

21 July 2011

Pameran Tortura di Dataran Pahlawan Melaka

 - berlangsung dari 14 Julai hingga 31 Oktober 2011
 The inquisitional chairs...

 Pameran Tortura  merupakan satu-satunya pameran yang membawakan kepada masyarakat cara-cara penderaan dan hukuman dilakukan di zaman era yang amat berbeza sekarang.

Pameran berlangsung dari 14 Julai hingga 31 Oktober 2011 di Upper Pergola, Dataran Pahlawan, MelakaPameran ini berkisarkan, dimana manusia akan dihukum secara zalim hanya kerana perbezaan pendapat, keturunan, agama, bahasa, jantina, dan kedudukan social.

Ianya juga memperlihatkan betapa manusia beruntung kerana hidup di zaman ini yang memberikan mereka lebih kebebasan.

Pameran itu suatu pengembaraan dimasa lampau, dimana kita dapat menyaksikan bagaimana mangsa diekploitasi sewaktu perbicaraan di  Eropah pada zaman pertengahan .

Tortura adalah pameran yang unik kerana ia memaparkan lukisan, gambarajah dan alatan penderaan sebenar yang dibawakan khas dari perbagai tempat di Eropah.

Ianya mengambakan era keganasan dan kekejaman menyamai jenayah yang sering didikwa dilakukan olah para pesalah.

Sehingga kini ia telah dipamerkan di merata tempat seluruh Eropah, Tokyo(Jepun), Argentina, Mexico, Malaysia dan lain-lain negara. Pertama kali dipamerkan di Negara ini pada tahun 2003.  
















Kerusi penyiasatan

"Semua kerusi mempunyai ciri-ciri yang sama yakni mempunyai paku-paku diseluruh permukaannya.
Mudah untuk mengambarkan efek ke atas 'Si tuduh' apabila beliau melihat alat ini, lebih-lebih lagi kerusi yang mempunyai makanisma untuk mengetatkan lagi tubuh 'Si tuduh' ke atas kerusi ini.

Kadangkala kerusi ini boleh juga dibuat dengan logam dan boleh dipanaskan. Banyak Negara Eropah menggunakan alat-alat ini hingga ke penghujung abad 1800."
Bahan-bahan yang dipamerkan telah menarik minat jutaan pengunjung dan pihak media bukan sahaja kerana  kesan pameran itu, malah mesej yang jelas berhubung pencabulan hak asasi manusia.

Pameran ini menyingkap lebih dalam tentang nilai-nilai ilmu dan sejarah kerana ianya membawakan gambaran sebenar sejarah zaman pertengahan.

Maklumbalas yang diterima sewaktu pertama kali dipamerkan adalah ‘Menarik’, ‘Menakutkan’, ‘Penuh sejarah’, danBerilmiah, dimana sekolah-sekolah seluruh Negara telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke pameran ini.
Pengunjung mungkin menemui persamaan di antara sejarah negeri Melaka dan sebahagian dari bahan pameran ini.

Begitu juga kepada para pelajar, pameran ini memberikan peluang kepada kita mempelajari sejarah penjajahan negeri Melaka dan hukuman penderaan serta perlaku sosial masyarakat pada waktu itu yang tidak mudah ditemui, tercatat dalam buku sejarah kita.

The Guillotine...
"Dicipta oleh seorang doktor bernama Joseph Ignace Guillotine(Dr.Guillotin) yang menciptanya supaya si pesalah tidak dapat sedar atau rasa sakit apabila dipancong.
Amat popular di negeri Perancis dan telah membunuh beribu-ribu pesalah sewaktu Revolusi Perancis.."

Pameran ini dijangka mampu menarik minat para pengunjung dari Singapura, Indonesia, termasuk pengunjung dari luar negara yang berada di Melaka serta para pelancong domestik dari negeri-negeri berdekatan.

Jangkaan pengunjung yang bakal berkunjung ke pameran ini adalah terdiri dari golongan keluarga, para pelajar, serta  peminat-peminat sejarah

Tortura telah menjelajah jauh dan menerima pengiktirafan dari institusi-institusi terkenal antaranya seperti Amnesty International, Academy of Human Rights, The Mexican, dan banyak lagi.

Sejarah Tortura di Malaysia berjaya dipamerkan pada tahun 2003 dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka  (PERZIM)  di Bastion House, Muzium Dunia Melayu Dunia Islam dan dipamerkan sekali lagi dari 2009 hingga Mac 2010 di permis sama.

Pameran ini juga pernah diadakan di Muzium Kota Baharu, Kelantan dari 14 September hingga Disember 2010 dan di Muzium Seni Pahang dari 1 Mac hingga 31 Mei 2011.
 -The Virgin Nuremberg
Dara Nuremberg...

"Alat penyiksaan ini telah dicipta di bandar Nuremberg di negeri Jerman, Alat ini selalunya mempunyai ukiran wajah seorang gadis, dan ini hanya kononnya untuk mengindahkan wajah peralatan ini yang sebenarnya memang menyeramkan.
Alat ini adalah sebuah peti yang mempunyai paku-paku tajam yang akan menyucuk dan menikam pesalah yang terkurung didalam. Paku-paku tersebut diatur supaya tidak membunuh pesalah itu tetapi memanjangkan lagi hayatnya supaya dapat terus diseksa.
Peti ini amat tebal dan kukuh dan apabila ditutup jeritan dan tangisan manusia dari dalam tidak kedengaran..." 


By: Han

11 July 2011

Sambutan Ulangtahun Ke-3 Pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Khalil Yaakob yang melepaskan burung merpati sebagai simbolik pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Pengisytiharaan Melaka Bandaraya Warisan Dunia, turut sama Mohd Ali Rustam dan Othman Muhamad


MELAKA(Bandar Hilir), 8 Julai – Lebih 5,000 pengunjung membanjiri perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Jalan Parameswara, Bandar Hilir di sini sempena ulang tahun ketiga pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu   (UNESCO) .

Upacara penuh gilang gemilang itu dimulakan dengan persembahan muzikal oleh lebih 200 penari kebudayaan dengan pakaian berwarna-warni menyemarakkan lagi sambutan.

Berkisar peristiwa bersejarah pada 20 Februari 1956, artis kesenian dan kebudayaan melakonkan kembali peristiwa Perdana Menteri pertama, Almarhum Tungku Abdul Rahman Putera Alhaj mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu di tempat yang sama, 55 tahun lalu.

Persembahan muzikal selama satu jam yang diiringi lebih 10 buah lagu tema masyarakat daripada pelbagai kaum itu berjaya memukau ribuan pengunjung.

Upacara perasmian gilang-gemilang yang diakhiri dengan pertunjukkan bunga api  itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob

Seperti biasa, turut hadir sama ialah:-
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam(DAR);
Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad;
S/U Kerajaan Negeri. Datuk Omar Kasih dan
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latif Tamby Chik.

DAR dalam ucapannya meminta rakyat bersama-sama menghayati kembali sejarah kemerdekaan Negara iaitu melalui kebijaksanaan rundingan dan perpaduan, bukannya perbalahan.

Rombongan Merdeka yang di ketuai oleh Tungku Abdul Rahman dan disertai Tun Tan Cheng Lock serta Tun V.t Sambathan ketika itu menunjukkan perpaduan kaum yang tinggi dan perlu diteruskan generasi muda hari ini.

Setiap daripada kita perlu mempunyai semangat  patriotik  yang tinggi dan cuba elakkan sebarang unsur-unsur yang cuba memecah belahkan rakyat yang akhirnya akan merugikan Negara.

Dengan mengekalkan keamanan, pastinya kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat dapat diteruskan dan meningkatkan keupayaan membina Negara yang teguh dan utuh.


Menghayati Sejarah Kemerdekaan...
Imbasan kembali suasana Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lok diarak membawa berita kejayaan menuntut  kemerdekaan..




07 July 2011

Melaka perkenal kaedah baru tangkap kucing..



Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Melaka memperkenalkan satu kaedah baru bagi mengatasi masalah penangkapan kucing liar.

Menariknya alat yang dikenali sebagai  ' Smart Catcher Cat'   itu diperbuat daripada bahan terbuang iaitu tong drum terpakai.



Ia hasil kretiviti seorang kakitangan penolong penguatkuasa, Muhammad Munir Sharabuddin yang bertujuan memudahkan proses penangkapan kucing liar.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron berkata, alat itu mula diperkenalkan sejak Februari 2011 lalu dan berjaya menunjukkan hasil yang positif apatah lagi dalam memastikan haiwan yang ditangkap ditempatkan di kawasan lebih selamat mengikut garis panduan ditetapkan.

Menurutnya, kewujudan 'Smart Catcher Cat' yang direkabentuk dari sebuah tong terpakai mampu berfungsi untuk memerangkap dua ekor kucing dalam satu-satu masa.

Menurutnya, keberkesanannya telah diuji sekitar kawasan Medan Selera Ayer Keroh.

"Dalam tempoh terdekat ini, beberapa tong 'Smart Catcher Cat' akan ditempatkan di beberapa medan selera yang dikenalpasti terdapat banyak kucing liar.


 Bau umpan 

"Kita percaya, usaha ini mampu mengurangkan rungutan orang ramai ketika menikmati sarapan pagi, tengahari atau makan malam di setiap kawasan medan selera sekitar MPHTJ," katanya.


Menurut Sapiah, alat itu berfungsi dengan cara kucing liar yang disasarkan akan menghidu bau umpan yang disediakan dan kemudiannya akan menghampiri perangkap lalu menolak pintu perangkap sehingga akhirnya pintu tertutup lalu bertindak menghalang kucing daripada terlepas keluar.

Kucing liar yang berjaya ditangkap akan  dihantar ke pusat penjagaan di Bukit Jelutong  di mana kawasan itu kini berperanan sebagai tapak semaian milik MPHTJ.

"Ia akan dijaga oleh anggota Jabatan Landskap kerana kebetulan kawasan tersebut menempatkan pelbagai jenis bunga sememangnya kepunyaan MPHTJ," katanya.

Jelas Sapiah, anggota bertugas akan menjaga makan dan menyediakan tempat selesa untuk haiwan-haiwan terbabit.

"Sekiranya ada kalangan orang ramai yang berminat melihat kucing, boleh datang ke sini.

"Dalam tempoh seminggu, MPHTJ mensasarkan untuk menangkap sekurang-kurangnya enam ekor kucing. Ia diyakini mampu membantu MPHTJ mengurangkan kucing liar di kawasan ini," katanya.

Sapiah berkata, dengan adanya 'Smart catcher cat' ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos, menjimatkan tenaga anggota yang bertugas di samping mengurangkan aduan orang ramai.


-Alhamdulillah dgn usaha MPHTJ nasib kucing2 liar tu terbela dengan di tempatkan di pusat penjagaan…
kucing liar tak pernah buat kes gigit orang. tapi anjing liar memang banyak ada kes begini. Kena buat alat untuk tangkap anjing liar jugak ? lagi mengancam nyawa.