28 September 2013

Agensi Kerajaan Perlu Serius Bantu Usahawan

Usahawan Melayu Berdepan Kekangan


Salah satu cabaran yang dihadapi...

Ayer Keroh- Timbalan Menteri Sains dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Abu Bakar Mohd Diah, menggesa semua agensi kerajaan serta pihak-pihak yang terlibat merealisasikan visi di bawah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Ianya supaya agensi-agensi kerajaan terbabit bersikap serius dalam membantu usahawan Melayu agar mereka boleh berjaya.

Abu Bakar Berkata, "Terlalu banyak kekangan serta birokrasi sehingga menyebabkan ramai usahawan Melayu menjadi kerdil, tidak berdaya saing dan akhirnya terpinggir dalam arus perdana pembangunan ekonomi Negara".

Terlampau banyak syarat yang dikenakan kepada usahawan Melayu. Ditambah lagi dengan kerenah birokrasi dan janji tidak ditepati.

Contohnya, jika membuat pinjaman dengan jumlah yang besar, tetapi hanya mendapat sebahagian sahaja. Ini adalah kekangan serta dilemma yang dihadapi usahawan Melayu bila handak membuat pinjaman. Ini tidak termasuk kekangan dari segi cagaran tanah yang perlu dicagarkan untuk membuat pinjaman, tidak semua orang mempunyai tanah yang boleh dicagarkan dan ditambah dengan syarat hendahlah mempunyai & memgemukakan penjamin2 yang sanggup menjamin untuk membuat pinjaman dan pelbagai syarat lagi.

Agensi kerajaan dan badan-badan berkanun lain seperti TEKUN, MARA, SME Bank, atau Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), PBT dll perlu serius menghulurkan bantuan supaya usahawan Melayu lebih berminat menceburi bidang-bidang perekonomian yang berskala besar.

Usahawan Bumiputera juga perlu menyakinkan pelanggan tentang produk keluaran mereka untuk menembusi pasaran domestik dan global.

Jika dilihat contohnya kawasan Bukit Baru merupakan kawasan yang pesat membangun berdasarkan kedai-kedai baru yang dibina di kawasan itu, malang ramainya orang Melayu yang memiliki hartanah di kawasan itu tidak punyai wang yang mencukupi sedangkan pembeli kaum Cina mampu membeli unit komersil tersebut biarpun dengan harga tinggi.
Berdasarkan senario itu, kerajaan perlu memperbanyak pembinaan kedai-kedai dua atau tiga tingkat yang mampu dibeli oleh Bumiputera dengan anggaran RM300,000 ke bawah sebagai jaminin mengekalkan kuasa membeli orang Melayu dalam jangka masa panjang.



No comments: