02 June 2012

Pesta Sungai Melaka 2012


Pesta Sungai Melaka 2012 Edisi Keenam anjuran Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah membuka tirainya, 1 hingga 30 Jun ini.

Pesta yang berlangsung selama sebulan di beberapa lokasi seperti
Dataran Sungai Melaka, Taman Rempah, Dataran Pengkalan Rama dan Dataran 1Malaysia, Klebang bakal menyajikan lebih daripada 80 acara menarik.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharom Majid berkata, segala persiapan telah dibuat dan PPSPM telah mengatur pelbagai acara menarik dan padat yang bakal menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang sebulan ia diadakan.

Menurutnya, PPSPM yakin sasaran 500,000 pengunjung mampu dicapai terutamanya sewaktu musim cuti persekolahan selama dua minggu yang bermula Jumaat lalu.

Pelbagai acara kali ini disusun lebih menarik dan teratur kerana hampir kesemua agensi kerajaan negeri, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan institusi pengajian tinggi (IPT) turut serta menganjurkan aktiviti masing-masing.

Pelbagai acara yang diatur berlangsung pada hari biasa dan lebih menarik sewaktu cuti hujung minggu bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.

Beberapa acara yang diatur untuk tahun ini mendapat penyertaan peserta dari luar negara seperti pertandingan badang, perahu naga, bot kawalan jauh dan tarian singa. Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan ialah PortugalBelandaUnited Kingdom dan beberapa negara Asia.

Lima artis terkenal tanah air bakal memeriahkan acara pembukaan Pesta Sungai 2012 yang akan diadakan di Pengkalan Rama 8 Jun ini.

Artis yang dijangka membuat persembahan itu ialah penyanyi popular era 90-an, Francesca Peter; juara AF7, Hafiz; naib juara rancangan One In A Milion 2008, Shila Amzah dan penyanyi 60-an, J. Sham.

Kehadiran lima artis berkenaan bakal memeriahkan upacara pembukaan Pesta Sungai 2012 yang akan berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 30 Jun ini.

Upacara pembukaan tahun ini kita ubah ke tempat lain iaitu di kawasan lapang di Pengkalan Rama dan bukannya di Taman Rempah seperti sebelum ini.Perubahan baru tempat majlis perasmian dibuat bagi memberi ruang kepada orang ramai untuk datang menyaksikan pembukaan Pesta Sungai kali ini.

Kerja-kerja meratakan kawasan tapak majlis perasmian pesta berkenaan sedang giat dijalankan manakala pentas utama artis membuat persembahan berada di seberang sungai berhadapan tempat duduk kenamaan.

Majlis perasmian akan dilakukan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Maskot Pesta Sungai Melaka 2012...

Persiapan rapi telah dibuat dan ada beberapa elemen kelainan yang akan dibuat bagi memeriahkan lagi majlis perasmian pesta kali ini.

Sehubungan itu Baharom meminta orang ramai untuk hadir beramai-ramai menyaksikan majlis perasmian di Dataran Pengkalan Rama yang terletak bersebelahan Taman Rempah.

Jadual Pesta sungai Melaka 2012...

Antara acara menarik bakal menjadi tumpuan sepanjang sebulan pesta itu berlangsung seperti Melaka Idol, Bintang Pop Yeh Yeh, perarakan beca berhias, bot berhias, Melaka Parade, pertandingan memancing, Forum Perdana, Bintang Asli, deklamasi puisi, persembahan kebudayaan, pertunjukkan bunga api dan sebagainya.

Orang ramai tidak dikenakan bayaran untuk menyaksikan kesemua acara pesta yang diadakan nanti.

Dijangka lebih 5,000 orang bakal hadir menyaksikan majlis perasmian pesta kali ini.

Sebanyak 40 bot penumpang turut disediakan di jeti Sungai Melaka bagi membawa pelancong mengelilingi sungai berkenaan untuk menikmati panorama sepanjang 45 minit perjalanan.

Pesta ini berjaya menarik lebih 500,000 pengunjung tahun lepas dan jumlah itu diyakini bertambah tahun ini




4 comments:

Anonymous said...

mcm mana nak join melaka idol?

Fariz Reza said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 30.

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

Farihan Han said...

di muara sungai melaka

Anonymous said...

assalamualaikum..
actually sy tgh bt research sket untuk name2 kg. kat melaka,, sy dah cari kat internet,,tp mcm xcukup jer,, bleh xtlg listkan senarai name kg2 kat melaka,,,tq.. =)