Sebanyak 46 buah restoran dan kedai makan di negeri ini telah menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej makanan dengan harga maksimum RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka, Muhabir Ibrahim berkata, daerah Melaka Tengah mencatatkan penyertaan tertinggi dalam program tersebut iaitu sebanyak 30 restoran/kedai makan, diikuti Jasin 8 buah dan 8 di Alor Gajah.
Penyertaan untuk Program Menu Rakyat 1Malaysia adalah terbuka kepada peniaga-peniaga warung makan, kedai makan, kafetaria, dan restoran.
Tempoh perlaksanaa program adalah sekurang-kurangnya selama 6 bulan di mana setiap peserta perlu menyediakan senarai menu dan harga setiap set sarapan  pagi iaitu serendah RM2 dan set makanan tengah hari serendah RM4.
Penyertaan juga adalah percuma dan pihak PPDNKK Melaka akan membantu mempromosikan premis perniagaan setiap peserta melalui portal rasmi PPDNKK Melaka serta Facebook PPDNKK Melaka, banting Program Menu Rakyat 1Malaysia turut diberikan secara percuma kepada peserta program.
Nama dan alamat premis peserta Program Menu Rakyat 1Malaysia di Negeri Melaka adalah seperti berikut:-
1. LAILI MESRA CATERING – Batu 4 ½, Jalan Gudang Beras, Batu Berendam.
2. CHE LAH USOP – Gerai No.1, Medan   Selera Bukit Beruang.
3. RESTORAN SEDAP MESRA – No.25, Taman  Rambai Utama, Tanjung Minyak.
4. NUR NR ENTERPRISE   – Lot  379, Batu 3, Jalan Malim.
5. PESONA DELI CAFETERIA – Gerai R1&R2 Gerai R&R Masjid Al-Alami MITC.
6. KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN NOOR AL-BANJARI – No.49, Jalan Kampung Hulu.
7. RESTORAN SITI MUNIRA – No.29, Jalan Rambai Jaya 2, Taman  Rambai Jaya, Bukit Rambai.
8. WARUNG SAL & ZARA – Taman  Tanjung Minyak Jaya, Bukit Rambai.
9. RESTORAN KHALIFAH – Giant Supermaket, Lot  F 07&09, Jalan TTC 9, Taman  Teknologi Cheng.
10. RESTORAN BERKAT – No.2, Plaza Pandan Malim, Jalan PPM 11, Malim.
11. UMMIE TWO CLASSIC ENTERPRISE   – No.6, Jalan Rambai Jaya 14, Taman  Rambai Jaya, Tanjung Minyak.
12. RESTORAN NADIA JZ – No.5-7, Jalan TU3, Taman  Tasek Utama.
13. WARUNG MY – Air Leleh, Jalan Air Leleh, No.1 Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal.
14. RESTORAN NUR ILHAM – No.26, Jalan TMS 8, Taman  Tanjung Minyak Setia.
15. RESTORAN ALI OSMAN – FSU 5, Pekan Sungai Udang.
16. RESTORAN SERI EMBUN – Jalan PSU 1, Plaza Sungai Udang.
17. KMZAJAI ENTERPRISE – Gerai MBMB, Plaza Sungai Udang.
18. PLOT 2 – Gerai Bangunan R&R, G2 Terminal Kenderaan Berat.
19. AYUB BISTRO – No.43&45, Jalan KF3, Kota   Fesyen MITC.
20.  MRZ PROMA (Restoran Tebu Kelapa) -  No.86, Jalan Pengaga, Taman  Merdeka.
21. RESTORAN AYANG – C8, Rumah Pangsa Bachang Permai, Jalan Tun Fatimah,
22. MESRA RIA MAJU – No.24, Lorong 1, Jalan BBU 1/6, Taman  Bukit Beruang Utama.
23. NASI KERABU CITARASA PANTAI TIMUR – No.5, Medan   Selera MPHTJ, Taman  Merdeka Jaya.
24. NASI KANDAR PADANG   KOTA   – G-15, Jalan Cheng Perdana, 1/1A, Taman  Desa Cheng Perdana 1.
Manakala bagi Daerah Jasin :-
1. RESTORAN HAJJAH ZALEHA – No. MB 2931, Jalan MU 1, Taman  Merlimau Utara.
2. AKASAMU BAR – No. JB 7015, Jalan Jasin, Taman  Mewah, Merlimau.
3. GERAI MAKAN & MINUMAN SAMION – Gerai No.13, Merlimau Point, Jalan Jasin, Merlimau.
4. GERAI NO.7 – Rasa Perisa Food   Court   (Belakang Family Stor Jasin).
5. ZABEDAH HITAM - Batu 14 ½, Jalan Jasin, Merlimau.
6. SAJIAN ETON – Serkam Pulai.
7. ROZIAH MAT – No.15, Merlimau Point, Jalan Jasin-Merlimau.
8. KEDAI MAKANAN & MINUMAN WAK MAN – J 1827, Bandar Baru Jasin 3, Jasin.
Bagi Daerah Alor Gajah :-
1. RESTORAN KAK LONG – PS 1050, Jalan Perhentian Bas Pulau Sebang.
2. RESTORAN RAFA – No.2337, Jalan Besar, Alor Gajah.
3. CT WAY ENTERPRISE   RESTORAN – 7C, Taman  Dimensi 15, Alor Gajah.
4. Y&Z CAFÉ – Batu 13, Kampung Sungai Petai
5. RAMBUTAN CONER – Kedai Pertubuhan Peladang Kawasan, Jalan Lesung Batu, Alor Gajah. 
Dan banyak lagi…


3 comments:
Wah...best ne... Jap sat...nak share kat bebudak kelas..huhu
akan share je, belanje sekalilah.. :)
nk gi gak r
Post a Comment