26 November 2011

Roti John Melaka

 Roti John @ Pantai Puteri Melaka 
Sekarang Han nak cerita & share tentang salah satu tempat roti john sedap kat Melaka. Kalau koang rasa mengidam, silalah ke Pantai Puteri aka Pantai Kundur, ada satu kedai ni namanya Berkat Roti John (kat tepi pantai). 

Roti John merupakan salah satu makanan kegemaran masyarakat pelbagai kaum di Melaka. Roti John sangat popular dan terkenal di Melaka. Ramai pelancong tempatan dan luar negara gemar menikmati keenakan Roti John di Melaka.

Selain rasanya yang sangat lazat, Roti John juga sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja dari kanak2 sehinggalah orang dewasa. Roti John diperbuat daripada sejenis roti yang berbentuk panjang, bahagian dalam roti akan disaluti Sardin, tuna atau daging kisar campuran telur ayam dan bawang. 

Di Melaka, Roti John biasanya dihidangkan untuk makan malam atau makan lewat malammm, bukannya untuk sarapan pagi seperti di negeri-negeri lain. 

Kini, Roti John boleh didapati dimana-mana sahaja. Sekiranya anda ke Melaka, jangan lupa untuk mencuba kelazatan Roti John Barkat di Pantai Puteri.
 Roti John die mmg sedap.. leh dicicah2 dengan  sos  lagi....makan panas-panas  sedap...!
 
 Kat sini ada juga jual  ayam golek .. yummy2..!

 Signboard Restoran Barkat Roti John...
 
Cubalah... ! :') 



21 November 2011

Pintu Gerbang Ayer Keroh


Sebaik sahaja anda masuk ke Melaka melalui Tol Ayer Keroh, Melaka pasti anda akan melintasinya. Pintu Gerbang Ayer Keroh terletak di laluan masuk utama ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pembinaannya bermula pada 10 September 2003 dan siap pada 9 Mei 2004 dengan dibiayai oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). 



Konsep pintu gerbang ini bersenibinakan  Istana lama zaman kegemilangan raja-raja Melayu Melaka  enam buah menara melambangkan enam rukun iman dalam  ISLAM   manakala reka bentuk menara mencerminkan tiga kaum utama di Negeri Melaka iaitu Melayu, Cina, India yang bercirikan seni bina kaum masing-masing. 



P a n j a n g pintu gerbang ialah 47.8 meter dan tingginya 22.1 meter, manakala setiap menara mempunyai purata ketinggian 24 meter. 



Pelbagai kemudahan asas telah disediakan di kawasan seperti pusat penerangan, gerai, surau, tandas, dan wakaf bagi kegunaan orang ramai. Pintu gerbang yang mempamerkan seni bina tradisional Melaka ini merupakan satu lagi mercu tanda utama bagi pelancongan di Melaka Bandaraya Bersejarah. 




Area Bandar Hilir sentiasa menjadi tumpuan Pengunjung yang datang ke Melaka...


English Version 


Ayer Keroh Arch 


The Ayer Keroh Arch is situated at the main entrance to the Melaka Historical City. The arch was constructed by the Melaka City Council of the Historical City of Melaka which began on 10 September 2003 and completed on 9 May 2004. 

The concept of the design of this arch was based the old places during the glorious era of the Melaka Sultanate. There are six towers signifying the six fundamentals of ISLAM, while the arch itself reflects the the three main ethnic group in Malacca, namely the Malays, Chinese, and Indians. 

The arch is 47.8 meters in length with a height of 22.1 meters, while each tower has an average height of 24 meters. 

There are many facilities available for visitors such as an information centre, stalls, a surau, washrooms, and rest huts. The Ayer Keroh Arch with its traditional Melaka architectural design has becom another principal landmark for tourist visiting the Melaka Historical City


Terima Kasih sila datang lagi...



16 November 2011

Great food, good deed and free souvenir Animal shelter seeks restaurants for charity programme

MELAKA CITY - Melaka only registered animal shelter in Melaka, Society for the Prevention of Cruelty to Animal (SPCA Melaka) is seeking restaurateurs as partners in its East Meets West, Dine to Donate Charity Drive (EMWDD) 2011.

Its Chairman Vincent Low said the society is looking for restaurants which are to willing to part of its shelter in Semabok.

“We spend an average of RM10,000 per month feeding, housing and providing veterinary care for the animals in our shelter in Semabok,” she added.

Those restaurants partnering with charity drive will be given a certificate of appreciation as well as the quest per table will be give a souvenir pen from SPCA Melaka. Local celebrities may be roped in the making the dine to donate programe a success.

For more information about this programme kindly  call Low on 019-6631407 . SPCA Melaka is the only organization in Melaka dedicated to animal welfare as well as the only animal shelter in Melaka. The shelter currently contain over 200 animal, including cats, dogs, ducks, and chicken and its mission include campaigning against cruelty to animal, providing a temporary shelter to animals in need, finding a home for these animal under an adoption programme and helping to change present laws towards clearer guidelines for animal welfare.

Set up in 1990, SPCA Melaka  is a non profit organization maintained by devoted members who are whole heartedly keen on furthering the cause of promoting active kindness to all animals great and small. Donations to SPCA Melaka are Tax-exempt .

Three-legged cat of SPCA Melaka… :(



15 November 2011

Sarapan RM2, Makan Tengah Hari RM4 di Melaka

Sebanyak 46 buah restoran dan kedai makan di negeri ini telah menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej makanan dengan harga maksimum RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka, Muhabir Ibrahim berkata, daerah Melaka Tengah mencatatkan penyertaan tertinggi dalam program tersebut iaitu sebanyak 30 restoran/kedai makan, diikuti Jasin 8 buah dan 8 di Alor Gajah.

Penyertaan untuk Program Menu Rakyat 1Malaysia adalah terbuka kepada peniaga-peniaga warung makan, kedai makan, kafetaria, dan restoran.

Tempoh perlaksanaa program adalah sekurang-kurangnya selama 6 bulan di mana setiap peserta perlu menyediakan senarai menu dan harga setiap set sarapan  pagi iaitu serendah RM2 dan set makanan tengah hari serendah RM4.

Penyertaan juga adalah percuma dan pihak PPDNKK Melaka akan membantu mempromosikan premis perniagaan setiap peserta melalui portal rasmi PPDNKK Melaka serta Facebook PPDNKK Melaka, banting Program Menu Rakyat 1Malaysia turut diberikan secara percuma kepada peserta program.

Contoh set Menu Sarapan Pagi & Makan Tengah Hari...
                                                                                                                                                                                                       
                                                                                                                                                                                                                gotomelaka.blogspot.com
Nama dan alamat premis peserta Program Menu Rakyat 1Malaysia di Negeri Melaka adalah seperti berikut:-


1. LAILI MESRA CATERING – Batu 4 ½, Jalan Gudang Beras, Batu Berendam.

2. CHE LAH USOP – Gerai No.1, Medan Selera Bukit Beruang.

3. RESTORAN SEDAP MESRA – No.25, Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak.

4. NUR NR ENTERPRISELot 379, Batu 3, Jalan Malim.

5. PESONA DELI CAFETERIA – Gerai R1&R2 Gerai R&R Masjid Al-Alami MITC.

6. KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN NOOR AL-BANJARI – No.49, Jalan Kampung Hulu.

7. RESTORAN SITI MUNIRA – No.29, Jalan Rambai Jaya 2, Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai.

8. WARUNG SAL & ZARATaman Tanjung Minyak Jaya, Bukit Rambai.

9. RESTORAN KHALIFAH – Giant Supermaket, Lot F 07&09, Jalan TTC 9, Taman Teknologi Cheng.

10. RESTORAN BERKAT – No.2, Plaza Pandan Malim, Jalan PPM 11, Malim.

11. UMMIE TWO CLASSIC ENTERPRISE – No.6, Jalan Rambai Jaya 14, Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak.

12. RESTORAN NADIA JZ – No.5-7, Jalan TU3, Taman Tasek Utama.

13. WARUNG MY – Air Leleh, Jalan Air Leleh, No.1 Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal.

14. RESTORAN NUR ILHAM – No.26, Jalan TMS 8, Taman Tanjung Minyak Setia.

15. RESTORAN ALI OSMAN – FSU 5, Pekan Sungai Udang.

16. RESTORAN SERI EMBUN – Jalan PSU 1, Plaza Sungai Udang.

17. KMZAJAI ENTERPRISE – Gerai MBMB, Plaza Sungai Udang.

18. PLOT 2 – Gerai Bangunan R&R, G2 Terminal Kenderaan Berat.

19. AYUB BISTRO – No.43&45, Jalan KF3, Kota Fesyen MITC.

20.  MRZ PROMA (Restoran Tebu Kelapa) -  No.86, Jalan Pengaga, Taman Merdeka.

21. RESTORAN AYANG – C8, Rumah Pangsa Bachang Permai, Jalan Tun Fatimah,

22. MESRA RIA MAJU – No.24, Lorong 1, Jalan BBU 1/6, Taman Bukit Beruang Utama.

23. NASI KERABU CITARASA PANTAI TIMUR – No.5, Medan Selera MPHTJ, Taman Merdeka Jaya.

24. NASI KANDAR PADANG KOTA – G-15, Jalan Cheng Perdana, 1/1A, Taman Desa Cheng Perdana 1.


Manakala bagi Daerah Jasin :-

1. RESTORAN HAJJAH ZALEHA – No. MB 2931, Jalan MU 1, Taman Merlimau Utara.

2. AKASAMU BAR – No. JB 7015, Jalan Jasin, Taman Mewah, Merlimau.

3. GERAI MAKAN & MINUMAN SAMION – Gerai No.13, Merlimau Point, Jalan Jasin, Merlimau.

4. GERAI NO.7Rasa Perisa Food Court (Belakang Family Stor Jasin).

5. ZABEDAH HITAM - Batu 14 ½, Jalan Jasin, Merlimau.

6. SAJIAN ETON – Serkam Pulai.

7. ROZIAH MAT – No.15, Merlimau Point, Jalan Jasin-Merlimau.

8. KEDAI MAKANAN & MINUMAN WAK MAN – J 1827, Bandar Baru Jasin 3, Jasin.


Bagi Daerah Alor Gajah :-

1. RESTORAN KAK LONG – PS 1050, Jalan Perhentian Bas Pulau Sebang.

2. RESTORAN RAFA – No.2337, Jalan Besar, Alor Gajah.

3. CT WAY ENTERPRISE RESTORAN – 7C, Taman Dimensi 15, Alor Gajah.

4. Y&Z CAFÉ – Batu 13, Kampung Sungai Petai

5. RAMBUTAN CONER – Kedai Pertubuhan Peladang Kawasan, Jalan Lesung Batu, Alor Gajah.



Dan banyak lagi…

13 November 2011

Anugerah Industri Muzik ke-18


KUALA LUMPUR, 13 NOV2011: Penyanyi dan komposer Yuna atau Yunalis Zarai antara artis yang mengungguli Anugerah Industri Muzik yang ke-18 (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Yuna telah mendominasi 3 kategori pada malam berprestij tersebut dengan merangkul anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu Penakut dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) serta satu anugerah khas, Artis Kembara.

Selepas Yuna, diikuti pula oleh seorang pendatang baru, Najwa Mahiaddin yang tidak kurang hebatnya apabila merangkul dua anugerah pada malam tersebut. Dua anugerah itu adalah Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

Manakala album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid milik ratu Jazz, Dato Sheila Majid ini pula berjaya merangkul Album Terbaik. Selain itu, lagu Jeritan Batinku nyanyiannya juga meraih anugerah Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu.

Sementara itu, lagu tema bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain nampaknya mendominasi 2 anugerah. Lagu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim ini meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dan Lagu Pop Terbaik.

Bagaimanapun, penyanyi Aizat Amdan pula tidak memenangi sebarang anugerah utama sebaliknya albumnya, Urusan Aizat Amdan merangkul anugerah Kulit Album Terbaik serta video muzik lagunya berjudul Susun Silang Kata meraih anugerah Video Muzik Terbaik.

Selain itu, kumpulan 6ixth Sense telah menerima anugerah khas daripada Celcom menerusi Artis Mobile Celcom Terbaik.
Bertemakan Bergemerlapan dan Glamor, anugerah yang dikemudikan oleh AC Mizal dan Zizan Razak ini telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), jam 9 malam.

Ramai artis yang hadir mengadakan persembahan yang bertenaga pada malam AIM18. Antaranya Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Mawi dan Akhil Hayy, Hafiz AF7, Stacy, Meet Uncle Hussain, Hazama, 6ixth Sense, Rahmad dan Zamani Slam.

Manakala artis-artis hadir sebagai penyampai trofi adalah seperti Datuk M.Nasir, Zainal Abidin, Search, Nora, Tony Eusof, Ziana Zain dan Fauziah Latif.


Senarai Penuh Pemenang AIM18

Artis Baru Terbaik - Najwa

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu - Jaclyn Victor, Shila Amzah, Ning Baizura/Beribu Sesalan

Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati/Mohariz Yaakup/Azalea/Adibah Nor

Lagu Nasyid Terbaik - Pedoman(VOU)/Johan Nawawi/Shah Mohamed, Hafiz Tarmizi, Johan Nawawi/Nora Feat VOU

Lagu Rock Terbaik - Pelita/Loque/Loque/A.P.I

Rakaman Album Terbaik - Keith Yong/Realize/Reza Salleh

Kulit Album Terbaik -Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd/Urusan Aizat Amdan/Aizat Amdan

Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu - Syed Shahrir Faisal Syed Hussain/Jeritan Batinku/ Sheila Majid

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Got To Go/Najwa/Najwa/Najwa

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang di Persembahkan oleh Artis Luar Negara -Ku Menunggu/Mery LC/Mery LC/Rossa

Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Anuar Zain

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) -Yuna/ Penakut

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) - Anuar Zain / Sedetik Lebih

Video Muzik Terbaik - Ahmad Farish/Susun Silang Kata/Aizat Amdan

Album Terbaik -Magada Entertainment Sdn Bhd/ The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid/ Sheila Majid

Lagu Terbaik - Yuna

Artis Kembara - Yuna

Artis Mobile Celcom Terbaik - 6ixth Sense

Anugerah Sri Wirama - Beh Suat Peng





sumber:murai

09 November 2011

Melaka Sentral

  Terminal, Pasar, dan Bazar 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Kompleks Melaka Sentral adalah pusat sehenti meliputi Terminal Bas dan Teksi, Pasar Besar, Bazar dan Medan selera. Ia terletak 15 minit daripada bandar Melaka dan bertentangan dengan pasaraya Tesco di Jalan Tun Razak. Terminal ini merupakan pusat pengangkutan yang menghubungkan bas dan teksi antara negeri dari seluruh pelusuk semenanjung serta perkhidmatan domestik. 

Idea penubuhannya lahir daripada ilham dan wawasan Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka. Dengan terbinanya kompleks ini, ia dapat memberi kepuasan kepada setiap pengunjung untuk mendapatkan perhidmatan pengangkutan awam domestik dan luar Melaka yang lebih tersusun. 

Kompleks Melaka Sentral yang berharga RM 61 juta ini di bina di atas tanah seluas 46.6 ekar di Peringgit. Kerja-kerja pembinaan telah bermula sejak Februari 2003 dan siap setahun kemudiannya, berkonsepkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)
Pusat hentian ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu pada 14 Mei 2004. 

Melaka Sentral menyediakan kemudahan pengangkutan yang lengkap dengan kompleks beli-belah yang menjadi mercu tanda penbangunan Negeri Melaka 'ke Arah Melaka Maju 2010'. 
Dirasmikan oleh Tun Abdullah..

Rekabentuk terminal ini adalah gabungan motif  Tradisional  Malaysia dan  Moden . Bangunan satu tingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan mempunyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini yang berhawa dingin sepenuhnya. Bangunan ini mempunyai bahagian yang berbeza untuk bas dan teksi. Setiap bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung. Kaunter Penerangan terletak diantara dua bahagian ini. 

Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk perkhidmatan bas ekspres antara negeri. Untuk perkhidmatan bas domestik pula, terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan. Untuk mereka yang ingin berjalan dengan teksi, terdapat banyak ruang untuk teksi antara negeri dan domestik di terminal teksi. 
Dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung...

 Diantara Medan Selera yang terdapat di Melaka Sentral...

Terminal Melaka Sentral yang berhawa dingin terdapat ruang-ruang menunggu yang selesa bagi penumpang-penumpang bas ekspress, domestik dan juga teksi. Boleh dikatakan Melaka Sentral adalah pusat sehenti yang canggih di Malaysia, Asia dan di dunia dan merupakan sebuah pusat pengangkutan awam yang menghubungkan Melaka dengan kawasan utara, selatan, timur semenanjung dan juga Singapura. 
 Terminal Bas antara Negeri...


Melaka Sentral adalah model pembangunan bersepadu dan telah mendapat pengiktirafan sebagai terminal bas dan teksi yang terbesar dan tercanggih di Malaysia oleh  Malaysia Book Of Records .

Diharap pengunjung-pengunjung di Melaka Sentral, sama ada masyarakat tempatan dan luar negara akan dapat menikmati kemudahan yang disediakan itu. Semoga dengan adanya Kompleks Melaka Sentral, ia memberi keselesaan dan kesenangan kepada semua pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong luar negara yang datang ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.




By: Farihan(Han)

02 November 2011