29 November 2013

Showcase SDSI 2013

gotomelaka.blogspot.com Showcase Satu Daerah Satu Industri Peringkat Nasional 2013


Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 yang menjadi pemeran tahunan terbesar menghimpunkan produk/ perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia. Program ini menjadi platform terutamanya kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk mempromosikan keluaran mereka di peringkat domestic dan antarabangsa.  Selain tujuan promosi, pameran SDSI ini dapat meningkatkan imej produk SDSI serta member pendedahan kepada orang ramai bahawa keluaran SDSI adalah berpontei dan berkualiti. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan serta memperluaskan rantaian perniagaan di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, stokis dan pelbagai jaringan yang boleh dimanfaatkan. Ini dapat membantu usahawan dan bakal usahawan untuk menambah ilmu serta memperkembangkan lagi perniagaan mereka.

Pameran yang telah berlangsung 8 kali sejak diperkenalkan ini semuanya dilangsungkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Showcase SDSI pada tahun 2013 diadakan pada 29hb November – 1hb Disember 2013 di MITC, Melaka. Program 3 hari itu terdiri daripada 6 program/aktiviti iaitu :-

  •     Pameran dan Jualan
  •     Seminar Keusahawan
  •     Business Matching
  •     Klinik Usahawan
  •     Menu Malaysia
  •     Aktiviti Tarikan Pengunjung
  •     Pertandingan SDSI


Banyak perkara menarik di sana antaranya tempat pameran yang disediakan. Berbeza dengan pameran-pameran lain, Showcase SDSI ini berkonsepkan pameran usahawan mengikut negeri di mana setiap negeri akan mendirikan pavilion berdasarkan kreativiti negeri masing-masing. Setiap pavilion menempatkan antara 10-30 usahawan SDSI terpilih dari negeri masing-masing.  Selain pavilion negeri, agensi-agensi Kerajaan berkaitan seperti Jabatan Perdana Menteri, Felda, Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta beberapa agensi lain juga menyediakan pavilion yang unik. Sememangnya pembinaan pavilion yang kreatif dapat menarik minat pengunjung untuk masuk ke sana. Terdapat banyak pengusaha-pengusaha kecil sederhana yang mempamerkan produk keluaran syarikat mereka. Pelbagai produk daripada bahan makanan, pakaian dan kraftangan menjadi antara produk pameran di pavilion masing. Selain dari mempromosikan jualan,  jualan produk syarikat mereka dilakukan.  Bagi memeriahkan lagi suasana terdapat juga pavilion yang mempersembahkan nyanyian, tarian serta demonstasi permainan alat tradisional kepada pengunjung.





Melaka Bandaraya Warisan Dunia
http://gotomelaka.blogspot.com
Melaka World Heritage City

01 November 2013

Teater Muzikal Peminangan Puteri Hang Li Po

Sempena Persidangan Pelancongan Dunia 2013/ World Tourism Conference 2013

Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob(kanan) melakonkan watak Bendahara Melaka, Zulkifli Zain, (dua dari kiri)Sultan Melaka dan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron.(kiri) anakda kepada sultan Melaka, berjaya menarik perhatian peserta Persidangan Pelancongan Dunia 2013 melihat persembahan mereka mengenai sejarah Kesultanan Melaka dengan Puteri dari China, Hang Li Po di Muzium Samudera, Melaka.


MELAKA 23 Okt- Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menyertai hampir 500 pelakon dan penari menjayakan pementasan teater muzikal di hadapan Muzium Samudera, Banda Hilir, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Persembahan penuh warna-warni yang diadakan sempena majlis Penutup Persidangan Pelancongan Dunia 2013 itu turut mendapat sambutan hangat dengan kehadiran hampir 2,000 pengunjung termasuk pelancong dari luar negara.

Selain itu, teater muzikal berkenaan turut ditonton para perwakilan dari 46 buah negara termasuk United Kingdom, Portugal, China, Australia, Argentina, Afrika Selatan, Guatemala, Singapura dan Brunei yang menyertai persidangan selama tiga hari bermula Isnin lalu.

Persembahan bertajuk Peminangan Puteri Hang Li Po yang sarat dengan adegan mencuit hati dan tarian kebudayaan itu bermula kira-kira pukul 9.30 malam dan turut menampilkan beberapa pelakon terkenal seperti Wan Maimunah dan Datuk Zulkifli Zain.

Persembahan yang menampilkan sejarah Kesultanan Melaka pada zaman dahulu itu begitu menghiburkan malah para penonton kelihatan teruja menyaksikan para pemimpin negeri mempamerkan bakat dalam persembahan selama satu jam setengah itu.

Mohd. Khalil yang memainkan watak sebagai Bendahara berjaya menghidupkan watak berkenaan sambil disokong Idris yang memegang watak Raja Muda sementara watak Sultan Mansur Syah dibawa Zulkifli.

Turut sama menjayakan persembahan itu isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Zurina Kassim; isteri Ketua Menteri, Datin Fadilah Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad serta barisan Exco kerajaan negeri, Datuk Md. Yunos Husin, Datuk Hasan Rahman dan Datuk Ismail Othman.

Selain lakonan, pelbagai jenis tarian turut diselang-selikan pada persembahan itu yang berkaitan dengan hubungan perdagangan Melaka suatu masa dahulu termasuk tarian Cina, India, Arab dan Majapahit.

Persembahan yang pertama kali diadakan itu diakhiri dengan tarian tradisonal Melaka, Dondang Sayang sebelum tarian Joget Lambak yang turut disertai para pengunjung termasuk para perwakilan dari pelbagai negara.

Pementasan teater muzikal yang diadakan di hadapan Muzium Samudera, Banda Hilir, Melaka...



Gotomelaka.blogspot.com @
Melaka Bandaraya Warisan Dunia / Melaka World Heritage City