18 September 2012

Kesengsaraan Rohingya

Penyelesaiannya??

Isu penindasan dan kesengsaraan etnik Rohingya hanya dapat diselesaikan sekiranya kerajaan Myanmar bersedia untuk mengiktiraf dan memberikan kewarganegara kepada kumpulan etnik minority itu di Negara berkenaan.

Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah sangat malang melihat rakyat berbunuhan sesama sendiri, kediaman penduduk dibakar dan penduduk berbalah hanya kerana keengganan kerajaan Myanmar mengiktiraf kerakyatan etnik Rohingya.

“Kerajaan Myanmar perlu mengakui hak permastautin Rohingnya di Negara mereka untuk menjadi warganegara dan diiktiraf sebagai kumpulan etnik lain di Negara berkenaan. Kita bimbang jika tidak ada usaha dilakukan, akan mengundang lebih banyak masaalah.

“Keadaan ini sangat tidak adil, sedangkan penduduk Negara berkenaan sudah mendiami Negara itu lebih lapan abad, namun tidak tahu mengapa hak mereka dinafikan hingga kini masih gagal mendapat kewarganegaraan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucaptamanya pada persidangan antarabangsa  bertajuk “Kesengsaraan Rohingya: Penyelesaiannya?” anjuran PGPF di Auditorium Muzium Islam Jalan Perdana, disini semalam.

Program sehari itu yang menghimpunkan ramai cendekiawan dari seluruh Negara nertujuan berkongsi ilmu serta mencari jalan penyelesaian mengenai nasib menimpa etnik minoriti Rohingya yang menjadi mangsa penindasan di Negara didiami sejak sekian lama.

Hadir sama, bekas Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (PBB), Tan Sri Razali Ismail selaku moderator; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Arakan Rohingya(Arno), Nurul Islam; bekas penyelidik pengampunan antaranangsa, Benjamin Zawacki dan Pemimpin Pusat Muhammadiyah, Prof Dr. Yunahar Ilyas.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, isu dihadapi Myanmar tidak banyak bezanya dengan Malaysia yang sebelum ini menerima penghijrahan kaum Cina dan India secara besar-besaran oleh kerajaan British untuk menjalankan aktiviti ekonomi.

“Miskipun ramai yang mahu pulang ke Negara asal, tetapi ada juga yang ingin menetap di Tanah Melayu. Sehubungan itu, bagi menyelesaikan masalah kemasukan imigran berkenaan sebagai warganegara.

“Jus Soli diperkenalkan oleh pihak British membolehkan kira-kira sejuta masyarakat Cina dan India diterima sebagai warganegara dengan menjadikannya jumlah ketika itu kira-kira 20 peratus daripada penduduk Tanah Melayu yang ketika itu berjumlah lima juta orang,” katanya.

Mengambil contoh pendekatan dilakukan Negara ini, katanya, kerajaan Myanmar perlu mengiktiraf etnik Rohingnya yang bukan datang daripada tiga generasi, tetapi lebih lapan abad dan menghampiri 1,000 tahun.

“Kita tidak berada di sini untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi kita berada disini untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang membelenggu etnik berkenaan sejak sekian lama terutama nasib menimpa etnik Rohinya di Myanmar.

“Kumpulan ini sebenarnya Islam dan masalah kerajaan Myanmar kerana enggan mengakui etnik rohingya sebagai warganegara,” katanya.

“Kerajaan Myanmar perlu mengakui hak permastautin Rohingnya di Negara mereka untuk menjadi warganegara dan diiktiraf sebagai kumpulan etnik lain di Negara berkenaan” – Tun Dr Mahathir Mohamad


Oleh: Mohd Sarban, Farihan(Han) @gotomelaka.blogspot.com     

3 comments:

Anonymous said...

Keep working, nice post! This was the information I had to know.

BUATBEST said...

kesian melihat keadaan mereka..nak ke mana pun takde arah..dihalau dari tanah air sendiri..harap2 keadaan ini tak berterusan..~

Anonymous said...

This is the right blog for anyone who wants to find out about this topic. You realize so much its almost hard to argue with you (not that I actually would want…HaHa). You definitely put a new spin on a topic thats been written about for years. Great stuff, just great!