02 July 2012

Filem dan Pelancongan

Pengembaraan Mr Bean dalam filem Mr. Bean's Holiday diselitkan dengan panorama yang begitu indah di Perancis...


MASIH ramai lagi yang belum mengetahui filem sebenarnya boleh mempromosikan pelancongan sesebuah negara.

Kaedah mempromosikan pelancongan ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh negara Barat terutamanya di Britain.

Kaedah ini secara tidak langsung telah memberikan pulangan yang baik kepada industri pelancongan sesebuah negara itu kerana mereka melihat filem adalah satu medium yang paling berjaya untuk menaikkan bilangan pelancong ke negara mereka.

Paling ketara adalah menerusi filem Mr. Bean's Holiday yang berjaya mempromosikan tempat menarik di Perancis.

Walaupun filem ini tidak keterlaluan jika dikatakan menyajikan lawak yang telah diulang-ulang menerusi siri-siri Mr Bean selama ini, namun keindahan panorama di sepanjang perjalanan Mr Bean untuk ke Festival Filem Cannes membuatkan penonton juga teruja ingin merasakan sendiri pengalaman tersebut.

Menurut satu kajian yang telah dikeluarkan melalui sebuah majalah pelancongan terkenal di Britain, selepas penayangan filem/movie tersebut pada Ogos 2007, peningkatan jumlah pelancong yang mengunjungi Perancis meningkat sebanyak 45 peratus berbanding sebelumnya.

Ini satu petanda bahawa filem yang dahulunya ingin diberi tajuk French Bean ini telah berjaya memperkenalkan industri pelancongan di Perancis.

Dengan mengambil watak Mr. Bean yang sudah menjadi ikon lawak Britain dan mempunyai pengikutnya sendiri, filem ini dilihat sebuah filem pelancongan paling berjaya dalam sejarah.

Bukan itu sahaja, jika kita perhatikan setiap filem serta drama Korea yang menjadi satu fenomena baru di negara kita ketika ini, sebenarnya turut mempunyai agenda pelancongan mereka tersendiri.

Setiap shot dan babak yang ditampilkan dalam setiap filem serta drama mereka, kita sering sahaja disajikan dengan keindahan tempat mereka sehinggakan kita sendiri sebagai penonton mempunyai keinginan untuk bertandang ke sana.

Begitulah kehebatan filem, bukan sahaja sebagai medium hiburan semata-mata, namun pengisian sebenarnya memberi makna yang tersendiri.

Namun, paling sedih apabila kita menonton drama dan filem kita, bukan sahaja tidak pernah untuk mempromosikan sebarang tempat pelancongan yang menarik negara kita, malah memperbodohkan budaya kita sendiri.

Lihatlah filem kita ketika ini, hanya mampu memaparkan tentang masalah keluarga, budaya Melayu yang diporak-perandakan dan paling menyedihkan adalah mengenai kepercayaan karut dengan paparan cerita hantu yang...

Kementerian Pelancongan serta agensi-agensi pelancongan yang berkaitan tidak pernah mencuba berganding bahu dengan mana-mana produksi filem agar kaedah penghasilan filem pelancongan.

Mungkin mereka masih samar atau tidak mengetahui kuasa filem yang sebenarnya atau mereka sendiri memang tidak pernah mengambil tahu tentang peluang yang terbentang luas di hadapan mereka.

Negara kita yang begitu kaya dengan keindahan panorama serta tempat pelancongan yang begitu menarik tidak digunakan sebaik mungkin oleh pengarah filem Melayu selama ini.



Rowan Atkinson star as Mr. Bean in Mr. Bean's Holiday...






Sumber: Universal Pictures, Universal Studios, Mr. Bean's Holiday, Rasdan Utusan, Farihan(Han) @gotomelaka.blogspot.com

4 comments:

Ridzwan Mohamed said...

setuju dengan entri ni.cube filem kite buat mcm ni kan.ok jugak.daripade sikit2 gaduh,rempit,datuk/tan sri gatal,hantu kan. dah mcam boleh bace dah...

Malaysian Boy said...

tiada pembaharuan dalam pembikinan filem malaysia.idea yang dipamerkan sama je.sebab tu tak hit.

Siti Sakura said...

nice entry..i like this blog,keep it up! :)
jom mlwat blog sy jgk,msih baru lg blogging ni.hehe.
anyway thanks ye ^_^

Farihan Han said...

tq Sakura dll..