Pusat Transformasi Bandar
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Center atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
UTC juga merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategi antara pelbagai agensi Kerajaan termasuk penglibatan pihak swasta.
Kewujudan UTC Melaka yang menjadi ikon kebanggaan rakyat bakal memberikan tranformasi besar kepada lokasi sekitar Jalan Hang Tuah menerusi pelbagai aktiviti yang mampu memberi limpahhan rezeki tambahan kepada rakyat.
Selepas ini Jalan Hang Tuah dan sekitarnya akan terus 'hidup' dengan berbagai aktiviti. Pelbagai aktiviti sedang dirangka termasuk Pasar Tani Mega dan Pasar Malam Mega di perkarangan UTC Melaka.
UTC Melaka diharap menjadi model atau ikon terbaik yang akan memberikan perkhidmatan lebih berkualiti kepada rakyat oleh 72 agensi kerajaan, pihak swasta, dan NGO yang bernaung di bawah satu bumbung.
Jika sebelum ini rakyat perlu pergi ke beberapa lokasi berasingan dengan jarak yang agak jauh dan tempoh masa yang agak panjang, tapi di UTC Melaka semua perkhidmatan ada. Semua urusan jadi lebih mudah. Nak beli barang keperluan. Kedai Rakyat 1 Malaysia Malaysia pun ada, nak tukar kad pengenalan baru, kaunter JPN juga ada disini. Hendak dapatkan rawatan perubatan, UTC Melaka juga sediakan Klinik 1 Malaysia. UTC Melaka diharap mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat...
UTC Melaka menempatkan 72 organisasi melibatkan agensi kerajaaan, swasta serta NGO menyediakan 10 kluster.
10 KLUSTER UTC :
1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan
SENARAI AGENSI / PERKHIDMATAN DI UTC MELAKA :
Aras Bawah
1. Kafeteria UTC
2. Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
3. ATM / CDM
4. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
5. Klinik 1 Malaysia
Aras 1
1. Kementerian Pembangunan Waniata, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
2. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
3. Tabung Haji (TH)
4. SME Bank
5. FAMA
6. Bank Rakyat
Aras 2
1. Jabatan Imegresen Malaysia
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
5. Biro Pengaduan Awam (BPA)
Aras 3
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
2. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
3. Tekun Nasional Berhad
4. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
5. Telekom Malaysia (TM)
6. Pos Malaysia
7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
8. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
9. E-Perolehan
10. Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
11. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
12. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Melaka (PPSPPA)
Aras 4
1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
2. Kementerian Sumber Manusia (JPK/JTM/JOB MALAYSIA/PTPTK)
3. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Aras 5
1. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)
2. Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
3. Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)
4. Unit Kerajaan Tempatan Melaka (UKT)
5. Majlis Keselamatan Negara (MKN)
6. Majlis Sukan Negara (MSN)
7. Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
8. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
9. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
10. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
11. Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
12. Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
13. Unit Pembela dan Pembangunan Desa dan Pemantau Adun (UPPD)
14. Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN)
15. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEIM)
16. Pusat Zakat Melaka (PZM)
17. Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah
18. Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin
19. Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah
20.
21. Bahagian Promosi Pelancongan (BPP)
22. Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Melaka (PTG)
23. Jabatan Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM)
24. Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)
25. Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM)
26. Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka (MBGM)
27. Sahabat Belia Negeri Melaka
28. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
29 Yayasan Melaka (YM)
Aras 6
1. Cybercafe (CC)
2. Perpustakaan
3. Tuition Center
Aras 7
1. Lot-lot Perniagaan (Entrepreneur Center)
Aras 8
1. Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
2. Youth Centre
3. Fitness Centre
4. Music Centre
Aras 9
1. Yayasan DMDI
2. DMDI Finance
3. Bilik Mesyuarat
4. Bilik Perbincangan
5. Bilik Seminar
6. Surau Lelaki & Wanita
UTC MELAKA, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA.