Sebelum memandu kenal pasti laluan yang akan diambil untuk mengelak daripada memandu dalam keadaan yang teragak-agak.
Tentukan terlebih dahulu kawasan rehat untuk berhenti berehat serta persimpangan yang perlu diikuti.
Gunakan peta untuk merancang perjalanan anda.
Dapatkan rehat yang secukupnya
- Makanan berat dan masa kerja yang panjang boleh mengakibatkan keletihan dan membawa kepada hilang tumpuan ketika memandu.
- Dapatkan tidur yang cukup pada sebelah siang sekiranya anda memilih untuk memandu pada sebelah malam.
- Elakkan daripada mengambil minuman atau ubat yang boleh mendatangkan kesan mabuk atau mengantuk. Selain itu,
elakkan juga daripada menggambil makanan yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang banyak bagi menggelakkan rasa mengantuk.
Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa, dan teragak-agak sebelum memandu.
- Ia juga boleh mendorong anda melanggar peraturan jalan raya seperti memandu terlalu laju, memandu dengan cara yang merbahaya dan lain-lain.
- Perasaan negetif ini boleh menjejaskan tumpuan ketika memandu.
Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
Periksa bahagian-bahagian enjin seperti:
- Minyak Enjin
- Tali Kipas
- Bateri
- Air Bateri
- Periksa bahagian lampu utama seperti lampu isyarat, lampu hadapan, lampu brek dan lampu kecemasan
- Periksa tekanan angin tayar, tayar ganti, dan bunga tayar agar berfungsi dengan baik
- Periksa bahagian-bahagian brek supaya berfungsi dengan baik
- Periksa getah pengelap cermin
Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia