Kapal Selam Penyerang buatan Perancis ini mampu digunakan sebagai silent weapon untuk menangani anasir luar. Ianya mampu memuatkan 5 pegawai dan 36 anak kapal dengan sistem radar Thomson CSF DRUA 33 mampu membuat ianya mengesan sebarang anasir-anasir jahat di perairan Selat Melaka.
Kelajuan 12 knots ketika bergerak dipermukaan dan 20.5 knots ketika menyelam mampu mendatangkan gerun musuh di mana jua.
Bercerita tentang keupayaan senjatanya.. ia boleh dilengkapi dengan bow torpedo tube dan ECAN F17 Mod 2 torpedo yang bergerak selaju 40 knots dan mencapai sasaran sejauh 20 KM.
Namun, ini semua adalah kekuatan Agosta yang digunakan sejak zaman perang dingin tahun 70-an, ianya tiada kaitan pun sebagai alatan tentera Melaka ataupun Malaysia...
Kini Melaka bertuah kerana bakal menerima Kapal Selam pertama dan ditempatkan di Klebang sebagai Muzium Maritim. Ianya akan diletakkan dipermukaan pinggir laut Klebang untuk orang ramai mendekati aset startegik laut ini.
Sebuah kapal selam buatan Perancis itu yang akan ditempatkan di Muzium Maritim, Klebang yang dijangka menjadi ikon terbaru pelancongan Melaka, dijangka tiba di sini pada November 2011.
Kapal selam jenis Agosta 70 yang kini berada di Brest, Perancis, sedang dalam persiapan untuk diangkut melalui sebuah syarikat perkapalan, Jumbo Netherlands ke perairan Melaka pada bulan Oktober 2011.
Felda Transport Services Sdn Bhs, ialah syarikat yang menguruskan penghantaran kapal selam itu dari Prancis ke Melaka menjelaskan, setiba di perairan Melaka, kapal selam terbabit akan diturunkan ke atas barge untuk ditempatkan di Kompleks Muzium Maritim, di Klebang.
“Proses penghantaran kapal selam dari Brest yang melalui Turusan Suez akan mengambil masa sebulan dan proses penurunan kapal selam dari perairan Melaka ke jeti sementara di Klebang pula, akan mengambil masa tiga hari,” kata CEO Felda Transport Servis Sdn Bhd, Zainal Abidin Daud.
Sementara itu, Pengarah Perniagaan IKRAM, Jimjali Ahmed memberitahu, pihaknya sedang menyelaras pembinaan di tapak penempatan kapal selam di Klebang dan proses pembangunan berjalan lancer.
“Kerja-kerja penapak kapal selam, jalan sementara dermaga, lokasi berlabuh dan jeti berjalan lancer dan akan siap mengikut jadual.
Penempatan kapal selam itu yang diusahakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bakal menjadikan tarikan kedatangan lebih ramai pelancong ke negeri ini.
Program pengendalian kapal selam berkenaan melalui 7 fasa bermula Ogos lalu (2011) merangkumi :
1-pengesahan rekabentuk saddles;
2-fabrikasi saddles;
3-menghantar saddles ke Brest;
4-menaikkan kapal selam;
5-pelayaran;
6-ketibaan di perairan Melaka serta
7-penurunan hingga ke tapak muzium.
Muzium Maritim Klebang terbabit bakal menjadikan muzium ke-25 di bawah PERZIM dan apabila siap sepenuhnya, ia akan menjadi ikon terbaru pelancongan ke negeri ini.
Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa ia bakal diletakkan di Klebang, Melaka. Namun kami berpendapat, ianya sesuai dengan adanya Muzium Maritim di Melaka sebelum ini. Menjadikan kapal selam ini sebagai muzium, akan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk merasai sendiri pengalaman menarik dalam mengetahui fungsi dan kelebihan kapal selam secara keseluruhannya.
3 comments:
wah bangga jadi rakyat melaka :)
Hari ini berpeluang melihat sendiri secara dekat kapal selam Agosta 70 ini di Dataran 1Malaysia.
nampaknya akubiomed dah melihat sendiri Kapal Selam Agosta...
Post a Comment