Selamat Datang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka Melaka...
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada 1 syawal 1432/ 30 Ogos 2011 dihadiri lebih 50,000 orang yang terdiri dari pelbagai bangsa serta agama bagi meraikan dua sambutan perayaan serentak yang membawa pengertian cukup besar kepada semua.
Dewan MITC mula dibanjiri orang ramai sejak awal pagi. Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Mohd Khalil dan Mohd Ali serta, Datin Seri Asmah dalam suasana yang cukup ceria dan harmoni sekali. Pada Majlis yang sama, Mohd Khalil dan Mohd Ali serta Asmah turut meluangkan masa meraikan seramai 250 orang anak merdeka pada upacara memotong kek hari jadi.
Sebahagian 50,000 orang yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka Melaka...
Sempena sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 4 petang itu, orang ramai juga turut disajikan dengan pelbagai juadah termasuk lemang, rendang, ketupat, dan satay dijadikan menu utama, selain nasi goreng, mee soto, roti canai, roti jala, teh tarik, mee goreng, goreng pisang panas, kuih raya, ABC, cendol serta bubur kacang dll.
Yang jelas, sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka di MITC Melaka ini menyerlahkan semangat perpaduan dan patriotik yang cukup kental di kalangan masyarakat berbilang bangsa bagi meraikan Aidilfitri dan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-54 yang diadakan serentak walaupun ada yang menunggu lama untuk memasuki dewan MITC.
Orang ramai yang hadir mengambil kesempatan bertemu & bersalaman dengan Ketua Menteri dan TYT Melaka...
Kios Nasi Lemak Bungkus...
Kios Buah-buahan...
Kios CENDOL...
Tambah lagi Cendol...!
Kios Ketupat, Ketupat palas, Rendang, Lemang, dll... ambil je...
Kios Roti Jala, Lempeng bersama kuah Kari Ayam...
Kios Mee, Bihun, Kueh Tiaw, and Nasi Goreng...
Kios Kuih Raya pun ade...
Kios makanan goreng & Sup...
Mesti cuba...!
boleh tahan...!
Cukup ke tu...
Satay dah licin... hee..
Ketupat, Ketupat palas, Rendang Daging, Ayam, Lemang, Satay...
Jemput makan semua...!
Yummy...
Sedang asyik menyaksikan persembahan artis...
Diantara artis yang membuat persembahan, Ali Mamak...
Bersemangat... Mohd Khalil dan Mohd Ali serta Asmah turut melaungkan Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...!
Lebih 50,000 orang hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri & TYT Melaka.
Pada 1 Syawal 1432 / 30 Ogos 2011...
See Next Year...!
No comments:
Post a Comment