11 August 2011

Cowboys & Aliens

Invitation Exclusive Screening – Cowboys & Aliens
Date: 10 August 2011 (Wednesday)
Time: 9.30 pm
Venue: TGV KLCC


FILEM: Cowboys & Aliens
ARAHAN: Jon Favreau
LAKONAN: Daniel Craig, Harrison Ford, Olivia Wilde, Sam Rockwell
GENRE: Aksi, ngeri, fiksyen sains
DURASI: 1 jam 59 minit
EDARAN: United International Pictures
TAYANGAN: Bermula 11 Ogos 2011

STAR RATING HAN GIVE: 4/5


MUNGKIN tidak terjangkau di fikiran bagaimana sebuah filem yang memaparkan plot pertempuran antara masyarakat koboi di abad ke-19 dengan makhluk asing yang dilengkapi peralatan serba canggih mampu dizahirkan dengan berkesan di layar perak. 

Pada atas kertas, fakta itu cukup menawan untuk dibayangkan dan kebenarannya terbukti dengan menonton filem terbaru Cowboys and Aliens (CA) arahan Jon Favreau ini. 

Adalah sesuatu yang cukup menarik untuk dihuraikan apabila paduan dua genre yang kedengaran canggung bersama ini menjadi sebuah filem yang menarik dan segar untuk ditonton. 

Jujurnya, percantuman atau hibrid dua genre iaitu cerita koboi dan fiksyen sains yang diketengahkan itu ternyata luar biasa. 


Bukan saja konsep filemnya berbeza, malah penawaran Cowboys & Alien kepada audiens turut merangkumi pakej naratif, teknikal dan lakonan yang molek berpadu.
KLCC...

2 Pas jemputan ke Tayangan Perdana Cowboys & Aliens....



Fairus...

Han...

Exclusive Screening Invitation Cowboys & Alien...


Menanti ketibaan 9.30malam...



Skripnya yang menarik, bersahaja dan mencuit hati itu diadunkan dengan aplikasi teknikal yang memberangsangkan... 

Perhatikan saja shoot2 yang dipaparkan pada babak-babak penting terutamanya ketika pertempuran manusia dan mahkluk asing, babak-babak Daniel Craig dan Harrison Ford bersama di layar dan banyak lagi. 

Jika dilihat pula pada aspek lakonan yang rata-ratanya dibarisi oleh para bintang Hollywood yang bukan saja gah pada nama tetapi berkesan dalam penterjemahan watak masing-masing. 

Ikon James Bond, Daniel Craig membuktikan kredibilitinya sebagai aktor hebat apabila tampil dengan lagak dan gaya seorang koboi bernama Jake Lonergan yang mengalami amnesia dan tersadai di sebuah perkampungan. Seteguh aksi Craig, bintang veteran Harrison Ford yang menggalas ketua di perkampungan Absolution iaitu Woodrow Dolarhyde juga tidak kurang hebatnya.
Shoot dan kesan khas memukau pada babak pertarungan antara penduduk koboi dengan makhluk asing...

Apabila James Bond bertemu  Indiana Jones..
Gandingan mantap aktor veteran Harrison Ford (kiri) dan Daniel Craig dalam Cowboys & Aliens...


Bahkan, gabungan Craig yang bersahaja dan tenang dengan lagak Ford yang kasar dan lasak itu mencetuskan visual yang sensasi dan gah di layar. 

Bagai melengkapi aspek itu, persembahan aktres Olivia Wilde sebagai Ella Swenson, Sam Rockwell (Doc) dan Paul Dano (Percy Dolarhyde) juga memikat tumpuan. 

Oleh yang demikian, adalah tidak silap untuk mengatakan himpunan nama besar Hollywood baik daripada pasukan penerbitan sehinggalah para pelakonnya berjaya mencernakan sebuah naskhah yang efektif. 

Pendekatan dan pembaharuan menerusi tema, skrip dan hiburan yang serba menjadi itu berhak dipuji. 

Cowboy & Alien yang diadaptasi daripada komik oleh Scott Mitchell Rosenberg dengan judul yang sama ini menyingkap kisah seorang lelaki yang hilang ingatan bernama Jake Lonergan tersadai di sebuah perkampungan koboi, Absolution di wilayah Arizona pada 1873. Tanpa mengetahui identiti dan sebarang maklumat tentang dirinya, Lonergan sedar kehadirannya sebagai orang asing di perkampungan itu kurang disenangi oleh penduduk setempat.

Salah sebuah babak antara Craig dan aktres Olivia Wilde sebagai Ella Swenson(Alien)...

Teknologi Cowboy VS Alien...



Bagai sudah menjadi satu budaya hidup di situ, para penduduknya tidak bebas bergerak atau melakukan sesuka hati tanpa keizinan ketua di kawasan itu, Colonel Woodrow Dolarhyde (Harrison Ford). 

Dalam kekalutan dan ketakutan yang dihadapi mereka, muncul pula masalah yang lebih besar apabila perkampungan itu diserang oleh sekumpulan makhluk asing. Lonergan yang pada awalnya tidak disenangi itu akhirnya menjadi penyelamat untuk memerangi ancaman tersebut.


Adakah dia terselamat dan bagaimana kesudahannya..?



Saksikan Cowboy & Alien di pawagam yang berhampiran…

No comments: