22 February 2011

Tip Jimat Minyak


BUKAN mudah hendak membuang tabiat pemanduan yang salah. Dengan kebimbangan dan kemarahan yang memuncak, pemandu yang bijak akan melakukan apa sahaja untuk menjimatkan penggunaan petrol.


Mungkin anda sendiri boleh mempraktikkan beberapa tip berikut (terutama di Melaka :P)  :-
  • Apabila lampu isyarat bertukar HIJAU, anda tidak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekan pedal minyak, lebih banyak minyak yang digunakan. Sebaliknya, tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.
  • Jika anda melihat lampu isyarat bertukar kepada MERAH, cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan. Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini menjamin ketahanan pad brek.

Kedua-dua tip ini mampu meningkatkan penggunaan petrol sehingga 35% berdasarkan kajian yang dijalankan oleh laman automotif. Walaupun tidak menekan minyak dengan kuat, kelajuan boleh menghabiskan banyak petrol. Lebih laju anda memecut, lebih banyak angin yang diperlukan untuk menolak kereta ke depan.

Berdasarkan satu lagi kajian consumer, pemanduan kereta pada kelajuan 120km sejam kepada 100km sejam akan mengurangkan penggunaan minyak petrol antara 3 hingga 5 batu setiap gelen, bergantung kepada jenis kenderaan.

Tabiat mengekori kenderaan lain adalah satu perkara yang patut dielak. Selain tidak selamat, perbuatan ini membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menekan brek, anda terpaksa memijik lebih cepat. Kemudian anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semua.

Relakskan diri dan memandu secara hemah. Pastikan kereta anda sejauh 2 saat dari kereta di hadapan dengan mengira 2 saat dalam hati.

Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama. Dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden, tabiat ini boleh dikikis tanpa was-was.

Dengan membiarkan enjin dua minit akan menghabiskan minyak sejauh 1 batu berdasarkan kepada Suruhanjaya Tenaga California. Sebab itu kereta hybrid akan mematikan enjin gasolon apabila ia berhenti bergerak, walaupun sesaat.

Kita tidak perlu mematikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.

Jangan membeli makanan melalui kaunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak menggoreng ayam.

PEMANDU yang bijak akan mengikuti kaedah-kaedah yang betul untuk menjimatkan petrol.




No comments: