19 March 2012

Masjid Al Azim Melaka

Masjid Negeri Melaka 
Masjid Al-Azim
Kompleks Al-Azim Fasa II,
Bukit Palah, 75150 Melaka
Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid ini mampu menampung jemaah seramai  10,400 orang Tingkat atas dikhaskan untuk wanita seramai 700 orang manakala tingkat bawah boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki. Masjid ini luas dan selesa kerana tidak diganggu oleh tiang-tiang kecil.

Masjid Al-Azim mula dibina pada 14 Mac 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM19.5 juta itu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 H. - gotomelaka.blogspot.com



Rekabentuk

Gaya seni bina Masjid Al-Azim ini disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Rekabentuk yang mengambil kira aspek keunikan seni bina tradisi Melayu dan seni ukir Islam. Sesuai dengan keunikannya itu, ia dapat dilihat dari dua sudut luaran dan dalaman.
Berbentuk segi empat yang disesuaikan dengan bumbung tiga tingkat yang juga sama bentuknya. Ilham ini berdasarkan bentuk masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan selaras dengan hakikat Islam itu sendiri yang terdiri dari empat unsur utama, iaitu:

  1. Tapaknya melambangkan syariat (Perundangan Islam);
  2. Tingkat pertama melambangkan tariqat (jalan mendekati Allah);
  3. Tingkat kedua melambangkan haqiqat (mencari kebenaran Allah); dan
  4. Tingkat ketiga melambangkan makrifat (mengenal Allah).

Puncaknya yang berukir-ukir digantikan dengan dom.
Beberapa potong ayat al-Quran telah dipilih dan diukir dengan tulisan khat yang menarik. Pemilihan ayat tersebut pula disesuaikan dengan konsep dan falsafah pembinaan masjid ini.
Setiap hujung tulang bumbung masjid ini terdapat sulurbayung yang melambangkan satu ciri keistimewaan terhadap keindahan senibina Melayu. Ilham terciptanya sulurbayung ini diambil dari sejenis tumbuhan liar di tepi sungai. Ia menggambarkan genggaman tangan semasa bertahhiyat.

Masjid ini mampu menampung jemaah sehingga 10,400 orang pada satu-satu masa...
Tingkat bawah boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki..

Tingkat atas dikhaskan untuk wanita...


Pemandangan Masjid Al-Azim di waktu malam...


Melaka Bandaraya Warisan Dunia @ gotomelaka.blogspot.com