24 October 2011

Melaka Monorail

Sebaik melangkah masuk ke dalam koc Melaka Monorail dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah, penumpang pastinya tidak menduga bahawa perjalanan kira-kira 30 minit pada ketinggian 7 meter itu menawarkan sesuatu yang jarang dialami, cukup menguja dan menyeronokkan sekali.

  Melaka Monorail  yang bergerak selaju 15KM/J  :P menjanjikan sesuatu suasana ‘penggembaraan’ yang cukup santai.

Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa. Penumpang berpeluang menikmati keindahan panorama Kampung Morten yang tersusun indah, bersih serta unik dari sudut pandangan yang berbeza dari biasa.

Keunikkan inilah sebenarnya yang telah menggamit kedatangan lebih 15,286 orang penumpang bagi merasai pengalaman baru bersama menaiki Melaka Monorail, iaitu salah satu  ikon pelancongan Melaka yang mula beroperasi pada 10/10/2010.           gotomelaka.blogspot.com

Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Berkonsepkan ‘Koc pelancongan’, Melaka Monorail yang diuruskan oleh Melaka Taming Sari Berhad (MTS Berhad). Ianya boleh memuatkan 22 orang penumpang untuk setiap perjalanan sejauh 1.6 Kilometer dari   Stesen Hang Jebat ke Stesen  di Jalan Hang Tuah di Bunga Raya.  

 Stesen Hang Jebat di Taman Rempah sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang ingin merasai pengembaraan bersama Melaka Monorail

Selain menikmati keindahan panorama sepanjang Sungai Melaka dan Kampung Morten, penumpang turut disajikan dengan persembahan video berkaitan kepelbagaian subsektor pelancongan yang terdapat di negeri ini sebagai destinasi yang wajib dilawati, khususnya Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Kapal Flor De La Mar, Jonker Walk, keunikkan produk warisan di Tapak Warisan Dunia UNESCO serta pelbagai infomasi lain berkaitan pelancongan Melaka yang sememangnya terkenal ke seantero dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif MTS Berhad, Nazary Ahmad berkata, Melaka Monorail adalah antara destinasi yang menjadi pilihan pelancong. “Sebagai tarikan, kami turut menawarkan pakej 20 peratus diskaun bagi pelanggan yang membeli tiket Melaka Monorail dan Menara Taming Sari,”

Melaka Monorail yang beroperasi setiap hari dari jam 10pg hingga 10mlm terus dikunjungi pelancong yang ingin merasai pengalaman baru melihat keindahan jaluran Sungai Melaka penuh bersejarah dan Kampung Morten sama ada pada waktu siang atau malam.

Keseronokkan menaiki Monorail sebenarnya terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, kecuali merasai sendiri pengalaman ini untuk dikongsi bersama rakan taulan, sanak saudara, atau keluarga… 

Penumpang Melaka Monorail dapat menikmati pemandangan indah sekitar Sungai Melaka dan Kampung Morten pada ketinggian 7 meter. 


07 October 2011

Kapal Selam Pertama Melaka


Kapal Selam Penyerang buatan Perancis  ini mampu digunakan sebagai silent weapon untuk menangani anasir luar. Ianya mampu memuatkan 5 pegawai dan 36 anak kapal dengan sistem radar Thomson CSF DRUA 33 mampu membuat ianya mengesan sebarang anasir-anasir jahat di perairan Selat Melaka. 

Kelajuan 12 knots ketika bergerak dipermukaan dan 20.5 knots ketika menyelam mampu mendatangkan gerun musuh di mana jua. 

Bercerita tentang keupayaan senjatanya.. ia boleh dilengkapi dengan bow torpedo tube dan ECAN F17 Mod 2 torpedo yang bergerak selaju 40 knots dan mencapai sasaran sejauh 20 KM. 

Namun, ini semua adalah kekuatan Agosta yang digunakan sejak zaman perang dingin tahun 70-an, ianya tiada kaitan pun sebagai alatan tentera Melaka ataupun Malaysia... 

Kini   Melaka  bertuah kerana bakal menerima Kapal Selam pertama dan ditempatkan di Klebang sebagai Muzium Maritim. Ianya akan diletakkan dipermukaan pinggir laut Klebang untuk orang ramai mendekati aset startegik laut ini. 
Sebuah kapal selam buatan Perancis itu yang akan ditempatkan di Muzium Maritim, Klebang yang dijangka menjadi ikon terbaru pelancongan Melaka, dijangka tiba di sini pada November 2011. 

Kapal selam jenis    Agosta 70  yang kini berada di Brest, Perancis, sedang dalam persiapan untuk diangkut melalui sebuah syarikat perkapalan, Jumbo Netherlands ke perairan Melaka pada bulan Oktober 2011. 

Felda Transport Services Sdn Bhs, ialah syarikat yang menguruskan penghantaran kapal selam itu dari Prancis ke Melaka menjelaskan, setiba di perairan Melaka, kapal selam terbabit akan diturunkan ke atas barge untuk ditempatkan di Kompleks Muzium Maritim, di Klebang. 

“Proses penghantaran kapal selam dari Brest yang melalui Turusan Suez akan mengambil masa sebulan dan proses penurunan kapal selam dari perairan Melaka ke jeti sementara di Klebang pula, akan mengambil masa tiga hari,” kata CEO Felda Transport Servis Sdn Bhd, Zainal Abidin Daud. 

Sementara itu, Pengarah Perniagaan IKRAM, Jimjali Ahmed memberitahu, pihaknya sedang menyelaras pembinaan di tapak penempatan kapal selam di Klebang dan proses pembangunan berjalan lancer. 

“Kerja-kerja penapak kapal selam, jalan sementara dermaga, lokasi berlabuh dan jeti berjalan lancer dan akan siap mengikut jadual. 

Penempatan kapal selam itu yang diusahakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bakal menjadikan tarikan kedatangan lebih ramai pelancong ke negeri ini. 

Program pengendalian kapal selam berkenaan melalui  7 fasa  bermula Ogos lalu (2011) merangkumi : 

1-pengesahan rekabentuk saddles; 

2-fabrikasi saddles; 

3-menghantar saddles ke Brest; 

4-menaikkan kapal selam; 

5-pelayaran; 

6-ketibaan di perairan Melaka serta 

7-penurunan hingga ke tapak muzium. 

Muzium Maritim Klebang terbabit bakal menjadikan muzium ke-25 di bawah PERZIM dan apabila siap sepenuhnya, ia akan menjadi ikon terbaru pelancongan ke negeri ini.

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa ia bakal diletakkan di Klebang, Melaka. Namun kami berpendapat, ianya sesuai dengan adanya Muzium Maritim di Melaka sebelum ini. Menjadikan kapal selam ini sebagai muzium, akan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk merasai sendiri pengalaman menarik dalam mengetahui fungsi dan kelebihan kapal selam secara keseluruhannya.



Muzium Kapal Selam Melaka
Melaka Bandaraya Warisan Dunia @gotomelaka.blogspot.com