Puteri Gunung Ledang (PGL) merupakan sebuah filem yang dilakon
oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan
filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan Teater muzikal yang sama
jalan ceritanya.
Sinopsis Film Puteri Gunung Ledang (PGL)
Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera
Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, Raja
Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan
adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri
telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta
hatinya Hang Tuah.
Hang Tuah Dan Gusti Putri
Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang
sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di
Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya
menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.
Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung
Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa
mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan
peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah
pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat
pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke Istana Melaka tanpa
Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan
Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal
meragut nyawa anaknya sendiri.
Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh
syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud(Sultan Melaka) yang
diterjemahkan dari Sanskrit Jawa:
"Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh
tempayan banyaknya..."
"Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah
darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
"Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga
kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
"Keempat, terbang bebas di udara, darah juga
kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
"Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning
raja dari tapak ke takhta..."
"Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning
raja dari tapak ke takhta..."
"Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan
bersilih menanti, sebatil..."
Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan
'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu
adalah satu penolakan.
Melaka
Istana Melaka
Gusti Putri menghadap Sultan Mahmud (Sultan Melaka) di Istana
Pencapaian Filem Puteri Gunung Ledang
Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja
tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia
yang. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi
iaitu lagu tema filem ini, "Asmaradana". Filem itu diarah oleh Teong
Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. "Puteri Gunung Ledang"
telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing
Terbaik di Anugerah Akademi Oscar ("Academy Awards") Tahun 2004.
Selain itu, filem ini menyertai Bangkok International Film
Festival, 2005, 61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy ),
48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA ).
Filem tersebut turut dicalonkan pada Festival Filem Malaysia ke-18, 2005 dan
memenangi anugerah Pengarah Terbaik (Saw Teong Hin), Lakon Layar Terbaik (Mamat
Khalid & Saw Teong Hin), Skor Muzik Terbaik (M. Nasir & Tan Yan Wei),
Penataan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi "Filem inovatif &
berinspirasi".
Pelakon utama, Tiara Jacquelina turut memenangi Pelakon
Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala
Lumpur pada tahun 2005.
Trivia
Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di
Festival Filem Malaysia
ke-16 pada April 2003 yang turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara
melalui RTM1.
Sepanjang 9 bulan tempoh keseluruhan penggambaran yang
bermula pada Januari 2003, jumlah hari penggambaran yang dilakukan di lokasi
adalah selama 94 hari sahaja.
Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya
ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar.
Filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia
bagi menyertai Anugerah Akademi (Academy Awards).
Pelakon Dan Watak Di Dalam Puteri Guning Ledang (PGL)
melakonkan/memegang watak
Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Gusti Putri Retno Adjeng
Dumilah / Puteri Gunung Ledang
Dato' M. Nasir sebagai Laksamana Hang Tuah
Dato' Rahim Razali sebagai Datuk Bendahara
Adlin Aman Ramli sebagai Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka)
Sofia Jane sebagai Permaisuri
Tun Teja
Alex Komang sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat / Raja
Majapahit
Christine Hakim sebagai Bayan
Ruminah Sidek sebagai Nenek Kebayan (jelmaan Gusti Putri)
Azmil Mustapha sebagai Pangeran Demak / Putera Demak
Sabri Yunus sebagai Sang Setia
Man Bai sebagai Topok
Radhi Khalid sebagai Tapik
Slamet Rahardjo sebagai Patih
Muhammad Naufal Nasullah sebagai Raja Ahmad
Princess Of Mount Ledang
This is a story of a Majapahit(Java) princess Gusti Puteri
Raden Adjeng Retno Dumilah who run away to Malacca (Malaysia - formerly known as Tanah Melayu) and then fall in? love with Hang Tuah and
refuse to marry Sultan of Malacca. Cursed to live alone on top of Mount
Ledang (Malaysia )
forever...
SINGER PGL- Datuk M. Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Datin Seri Tiara Jacquelina (Malaysian)
OST PGL - Puteri Gunung Ledang (Princess Of Mount
Ledang ) - Malaysian Movie
Using both the culture of Malaysian and Javanese.. :)
1 comment:
thank-you
Post a Comment